Mar 21, 2009

Dengan Rahmat Tuhan

Al kisah tersebutlah cerita
Tuhan bertanya kepada hamba
“Apakah kamu masuk syurga kerana amal perbuatanmu

…. atau dengan rahmatKu?

Sang hamba menjawab, “Tentu sekali dengan amalku”

Sungguh amalnya banyak 500 tahun lamanya

Namun sebanyak mana selama itu pun

…. tidak terbanding nikmat Tuhan

…..walau hanya dengan nikmat mata anugerahNya

Sang hamba diheret menuju neraka panas tidak terperi

Rahmat Tuhan ke syurga jua akhirnya dia


Sang miskin diberi nikmat kekayaan setelah musibah

Ujian baginya menyusul sudah

Malaikat bertandang sebagai fakir meminta bantuan

Hamba kaya lupa daratan, “Keperluanku terlalu banyak”

Sekelip mata Tuhan menarik kembali nikmat diberi

Maha bernarlah FirmanNya

“Sesungguhnya keadaanNya apabila

…. Dia menghendaki hanyalah berkata kepadanya:

…..“Jadilah!” maka terjadilah ia”


Sungguh kita insan kerdil

Tak terdaya walaupun menggerak pelupuk mata

Tanpa rahmat Tuhan Yang Maha Kaya

Kita cumalah ibarat debu-debu berterbangan, tanpa arah

Sedang Muhammad Rasulullah senantiasa menangis

Lantaran bukannya banyak dosa

Tapi bersyukur seorang hamba yang sedar

Seorang hamba yang tahu tidak empunya apa
Tanpa rahmat Tuhan kita melata merana.

Mar 19, 2009

Dialog 1

"Kau hendak melawan aku dengan hanya menggunakan sebilah pedang usang?," tengking Durga sambil menuding jari telunjuk ke arah Sunan.

Sunan tetap berdiri terpacak di atas sebongkah batu besar di tebing sungai itu, tanpa melarikan pandangan tajam ke wajah musuhnya, Durga.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
"Mek, saya hendak ke baruh, hendak memancing," kata Sunan sambil memandang emaknya yang sedang membasuh kain di atas sekeping papan di tepi telaga.

Mek Yah, emak Sunan, tekun membasuh kain-kain yang diamanahkan oleh seisi keluarganya. Matahari sudah agak tinggi di langit. Jalur-jalur cahaya menembusi daun-daun pokok rambutan yang menaungi sekitar telaga yang menjadi sumber utama air keluarga Mek Yah.

"Pergilah, tapi hati-hati berjalan atas batas kerana batas-batas di baruh licin, hujan malam tadi," ujar Mek Yah memberi nasihat kepada Sunan.

Sulan tersenyum dan mengangguk kepada kepada emaknya. "Terima kasih mek," kata Sunan sambil mengangkat batang buluh kecil yang dibuat joran di atas bahunya.

"Saya pergi dulu," Sunan berkata semasa lalu di depan emaknya, sambil menunduk badan tanda hormat.

Mar 17, 2009

Dalam rindu

Photobucket