Jul 26, 2009

Cinta itu kurnia

Sungguh cinta itu anugerah
rindu kurnia suci indah

dari Allah Tuhan Maha Indah;


Ingatlah….

cinta agung cinta Rasulullah terhadap umat

cinta suci cinta Khatijah pada Muhammad

cinta indah cemburu Aisyah pada Khatijah

cinta anak cinta Fatimah Az-zahrah pada Muhammad;


Sungguh cinta tidak buta

ia anugerah dari Allah

yang buta ialah hati;


Cintailah Allah

bawaannya

semua cinta indah
suci.

Jul 14, 2009

Menyediakan hidangan dan keperluan lain pengantin

(c) Menyediakan hidangan dan keperluan lain pengantin

Ada kalanya katerer tidak sempat atau tidak berapa mahir menyediakan hidangan khas untuk meja pengantin. Justeru itu, katerer akan memerlukan pihak kedua bagi menyediakan hidangan pengantin bagi pihak mereka. Kategori ini boleh diceburi oleh pihak-pihak yang turut menyediakan perkhidmatan perancang perkahwinan.

Selain saudara boleh merancang majlis perkahwinan bersama alat-alat perhiasan dan penyediaan pelamin yang diperlukan, adalah baik sekiranya saudara juga turut menawarkan penyediaan makanan khas untuk meja pengantin bagi membantu katerer yang menyediakan masakan yang lebih besar untuk hidangan para tetamu.

Pelbagai dekorasi bunga, door gift dan pemberian khas seperti kek cawan juga boleh diceburi. Jangan dilupa bahawa permintaan kek mempelai serta perhiasan berupa ukiran ais juga boleh difikirkan.

** Sumbangan dari Lusiana Catering. Catatan ini juga dimuatkan dalam buku berjudul Buat Duit dengan Katering terbitan PTS Professional Sdn. Bhd. Untuk maklumat lanjut berkenan buku ini, sila klik di sini.

Jul 10, 2009

Menyediakan kuih sahaja

(b) Menyediakan kuih sahaja

Ada juga pihak yang menyediakan kuih-muih untuk katerer. Di sini pihak katerer akan meminta saudara pengusaha menyiapkan kuih tertentu, misalnya karipap, kuih ketayap, kuih cara, donat dan sebagainya.

Saudara boleh menceburi kategori ini secara sepenuh masa atau separuh masa. Ianya sangat sesuai untuk surirumah yang mempunyai masa terluang, juga sesuai untuk pihak yang terlibat dalam bisnes pasar malam yang turut menjual kuih-muih. Cuma pastikan bahawa saudara boleh menyediakan kuih-muih tersebut dari bilangan sekecil 20 biji sehingga 1,000 biji sehari untuk satu jenis kuih.

Saya ada pengalaman berkaitan dengan penempahan kuih-muih yang melibatkan jumlah yang agak banyak. Pada suatu pesanan katering untuk satu acara sukan selama enam hari berturut-turut, pihak saya dikehendaki menyediakan tiga jenis kuih sebanyak 800 biji setiap jenis.

Pada dua hari yang pertama, chef saya menguruskan sendiri penyediaan kuih-muih itu. Tetapi pada hari yang ketiga, chef mengadu tidak cukup masa lantaran banyak lagi menu lain yang perlu disediakan. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk mencari pihak kedua yang boleh membantu saya menyediakan kuih yang diperlukan.

Untuk tiga jenis kuih, saya meminta bantuan tiga orang yang berlainan. Setiap pihak yang membuat kuih tersebut diberi tugas menyiapkan 250 ke 300 biji seorang bagi setiap jenis. Cuma pastikan bahawa saudara pembuat kuih bersedia untuk menerima tempahan kuih-muih sebanyak ini.

Jul 5, 2009

Al-Quds Tika Jumaat Akhir Ramadhan

Jumaat terakhir Ramadhan 1427 Hijrah harus diperingat
Tanggal 27 Ramadhan berlalu sudah

Betapa al-Quds simbol perjuangan suci

Mesti bebas dari belenggu penjajahan Israel laknat

Disaat umat Islam dunia berada di ambang Aidilfitri

Sambutan Hari Fitrah yang menggembirakan

Namun sekelompok umat Palestin masih mengharung duka

Merempat di bumi sendiri

Lantaran onar rejim ganas Zionis musuh Allah


Al-Quds bukan sekadar isu kemanusiaan sejagat

Palestin tidaklah sekadar isu tanah para anbiya dan syuhada

Keduanya isu aqidah wajib

Ditanggung ke pundak setiap Muslim

Bebasnya Al-Aqsa tanah suci ketiga, kiblat pertama umat

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad)”

pada malam hari dari Masjidil Haram (di Makkah) ke Masjidil Aqsa (di Palestin)”

Terakam kukuh dalam Kitabullah

Tanah penuh berkah dan suci


Al-Quds dan Palestin yang penuh keberkatan

Menjadi tawanan tangan-tangan Yahudi yang mencalar luka

Yang amat dalam di hati setiap Muslim

Suburkan kerinduan kita

Jihad membebaskan Masjid al-Aqsa dari belengu Yahudi


Datangnya Aidilfitri tanda kemenangan Mukmin sejati

Ingatlah kemenangan Ahzab

Bertekad sematkan dalam jiwa

Satu hari nanti

Umat Palestin bersolat dengan aman penuh syahdu

Di Aidil Fitri menyambut kemenangan

Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!


(Puisi ini saya tulis di Ramadhan 1427 H)