Mari kupujuk, kasih  

Posted in

Kasih
aku bukan

seperti yang kau fantasikan

akal-akal dalam berkasih;

aku tidak petah lidah
tidak juga

pandai menyulam rahsia

apatah lagi

berminyak air;

andai ada benci di hati
andai rindumu longlai merebah

ditiup penghembus

jauh entah ke mana

akan kukutip kembali

kubasuh dengan zikir cinta;

puisikan bisikanmu
akan kuterima

walau tulahan

asalkan

iktikad tidak sirna

Hati penuh cinta dan rindu  

Posted in

Photobucket

Hamparan sejadah itu  

Posted in

Photobucket

Kembang Tidak Jadi (6)  

Posted in

Enam tahun berselang. Anak sulongku sudah tamat darjah enam. Memandangkan ketika itu sekolah menengah belum didirikan di kawasan berdekatan, terpaksa dihantar kembali anakku itu bersekolah di Besut,Terengganu.

Anakku tinggal menetap bersama Mak Tehnya, iaitu kakakku di kampung asal aku dilahirkan. Tempoh tiga tahun berlalu, anakku menduduki peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP). Syukur dikembalikan kepada Allah dengan anugerah kecerdikan anak sulongku itu. Dia memperoleh keputusan cemerlang dengan menjadi pelajar terbaik bagi Sekolah Menengah Seri Nering, Jerteh, Besut, Terengganu.

Orang kampung heboh bercerita mengenai kejayaan anakku itu, maklumlah budak kampung. Orang kata anak Pak Teh Kadir pandai, memperoleh kedudukan pertama dalam peperiksaan. Abang Kadir ialah suami kepada kakakku.

Aku, suami dan anak-anak yang lain kembali sebentar ke kampung asal kami untuk mengadakan kenduri kesyukuran atas kejayaan anak sulongku. Suamiku bercerita bahawa ada rakan-rakan lamanya berkata bahawa anak Kadir cemerlang dalam SRP.

“Itu anak akulah,” kata suamiku dengan tergelak dan menumpang bangga.

Iyalah, orang kampung di Besut mengenali anak sulongku sebagai anak abang Kadir. Kebetulan pula abang Kadir memang tidak memiliki anak kandung. Aku masih ingat tatkala dia masih kecil semasa di kampung, anakku itu selalu bermain-main di rumah Mak Teh dan Pak Tehnya malah selalu tidur di sana.

Kepalang gembiranya aku sebab anakku cemerlang dalam peperiksaan. Alhamdulillah, segalanya aku kembalikan ke hadrat Allah yang menentukan rezeki hambaNya.

Aku teringat kepada satu peristiwa. Suatu hari semasa di tingkatan dua, anak sulongku mengirim surat, mengatakan bahawa baju sekolah dia sudah koyak. Rupa-rupanya anakku hanya memiliki sehelai baju sekolah sahaja tanpa aku sedari. Dia tidak pula memberitahu kepadaku berkenaan perkara itu.

Sebaik sahaja aku selesai membaca suratnya, air mata ibu ini tidak tertahan lagi. Tertumpah, rawan menangisi akan betapa anak itu tidak mahu menyusahkan orang tuanya, walaupun baju sekolah hanya sehelai. Aku bertambah pilu bila memikirkan tatkala itu kehidupan aku bersama suami dan anak-anak yang lain tidaklah susah sangat.

Sungguh dia anak yang baik. Alhamdulillah, doa aku saban waktu termakbul. Namun aku tidak dapat membayangkan bagaimana dia membasuh baju itu setiap hari dan mengeringkannya sebelum ke sekolah pada keesokan hari pula. Sampai koyaklah. Aduhai anak!

Dengan keputusan cemerlang dalam SRP, anakku ditawarkan memasuki sekolah berasrama penuh di Sekolah Menengah Sains Dungun. Dalam masa yang sama suamiku telah menghantar keputusan peperiksaan anak ke pejabat Felda untuk tindakan susulan. Justeru itu, pihak Felda juga menawarkan sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur.

Memandangkan banyak kemudahan yang diberikan oleh Felda kepada anak-anak peneroka yang cemerlang di Asrama Semai Bakti Felda, jadi suamiku memutuskan supaya anak sulong kami menerima tawaran itu. Perbelanjaan permulaan tidak dibebankan sangat kepada ibu bapa. Malahan perbelanjaan bulanan seperti bayaran asrama, makan-minum, pengangkutan bas, dan yuran tusyen ditanggung Felda. Ada sedikit bayaran yang akan ditolak dari pendapatan bulanan suamiku. Justeru itu tidak terlalu membebankan.

Cinta itu kurnia  

Posted in

Sungguh cinta itu anugerah
rindu kurnia suci indah

dari Allah Tuhan Maha Indah;


Ingatlah….

cinta agung cinta Rasulullah terhadap umat

cinta suci cinta Khatijah pada Muhammad

cinta indah cemburu Aisyah pada Khatijah

cinta anak cinta Fatimah Az-zahrah pada Muhammad;


Sungguh cinta tidak buta

ia anugerah dari Allah

yang buta ialah hati;


Cintailah Allah

bawaannya

semua cinta indah
suci.

Menyediakan hidangan dan keperluan lain pengantin  

Posted in

(c) Menyediakan hidangan dan keperluan lain pengantin

Ada kalanya katerer tidak sempat atau tidak berapa mahir menyediakan hidangan khas untuk meja pengantin. Justeru itu, katerer akan memerlukan pihak kedua bagi menyediakan hidangan pengantin bagi pihak mereka. Kategori ini boleh diceburi oleh pihak-pihak yang turut menyediakan perkhidmatan perancang perkahwinan.

Selain saudara boleh merancang majlis perkahwinan bersama alat-alat perhiasan dan penyediaan pelamin yang diperlukan, adalah baik sekiranya saudara juga turut menawarkan penyediaan makanan khas untuk meja pengantin bagi membantu katerer yang menyediakan masakan yang lebih besar untuk hidangan para tetamu.

Pelbagai dekorasi bunga, door gift dan pemberian khas seperti kek cawan juga boleh diceburi. Jangan dilupa bahawa permintaan kek mempelai serta perhiasan berupa ukiran ais juga boleh difikirkan.

Menyediakan kuih sahaja  

Posted in

(b) Menyediakan kuih sahaja

Ada juga pihak yang menyediakan kuih-muih untuk katerer. Di sini pihak katerer akan meminta saudara pengusaha menyiapkan kuih tertentu, misalnya karipap, kuih ketayap, kuih cara, donat dan sebagainya.

Saudara boleh menceburi kategori ini secara sepenuh masa atau separuh masa. Ianya sangat sesuai untuk surirumah yang mempunyai masa terluang, juga sesuai untuk pihak yang terlibat dalam bisnes pasar malam yang turut menjual kuih-muih. Cuma pastikan bahawa saudara boleh menyediakan kuih-muih tersebut dari bilangan sekecil 20 biji sehingga 1,000 biji sehari untuk satu jenis kuih.

Saya ada pengalaman berkaitan dengan penempahan kuih-muih yang melibatkan jumlah yang agak banyak. Pada suatu pesanan katering untuk satu acara sukan selama enam hari berturut-turut, pihak saya dikehendaki menyediakan tiga jenis kuih sebanyak 800 biji setiap jenis.

Pada dua hari yang pertama, chef saya menguruskan sendiri penyediaan kuih-muih itu. Tetapi pada hari yang ketiga, chef mengadu tidak cukup masa lantaran banyak lagi menu lain yang perlu disediakan. Justeru itu, saya mengambil inisiatif untuk mencari pihak kedua yang boleh membantu saya menyediakan kuih yang diperlukan.

Untuk tiga jenis kuih, saya meminta bantuan tiga orang yang berlainan. Setiap pihak yang membuat kuih tersebut diberi tugas menyiapkan 250 ke 300 biji seorang bagi setiap jenis. Cuma pastikan bahawa saudara pembuat kuih bersedia untuk menerima tempahan kuih-muih sebanyak ini.