JANGAN TEMPELAK ORANG BACA SEBARIS AYAT AL-QURAN
-
Sebelum saya berhijrah ke Mantin, N9, atas sebab-sebab tertentu, pada satu
awal pagi sebelum subuh tatkala bersiap sedia mahu ke Ipoh, Perak saya
memba...
Showing posts with label Petaka Armagedon. Show all posts
Showing posts with label Petaka Armagedon. Show all posts
Oct 4, 2014
Sep 5, 2014
Petaka Armagedon 8
Everard berlari, bukan kerana
sayangkan nyawanya, tetapi kerana mengejar musuh. Dia melihat kelibat lima
susuk musuh sedang cuba menggasak seorang anggota Templar wanita. Sut armor biru
gelap wanita itu berkobar dengan percikan api warna kebiruan langit apabila
diserang oleh kumpulan itu.
“Serigala?” Everard menyoal sendirian.
Dia sedikit panik kerana kelompok
musuh itu buat pertama kali dilihatnya. Kini musuh tentera Rusia ialah robot
berupa serigala berkuku dan bertaring tajam. Ternyata bahawa pihak Rusia
berjaya mempelbagaikan jenis tentera, daripada cyborg manusia sehinggalah robot
menyerupai haiwan liar.
Templar wanita itu tetap bertahan
dengan libasan pedangnya. Walaupun demikian, justeru bilangan yang banyak dan
kepantasan serangan demi serangan, wanita itu nampak keletihan dan terlihat
amat terdesak.
Everard bertindak dari belakang. Pedangnya
berjaya menabrak dua robot serigala, manakala tiga lagi mulai berubah arah. Kini
Everard di serang pula. Sebaik sebuah robot melompat tinggi untuk menerkam
kepala Everard, dia menembak senapang 6-laras secara pantas. Musuhnya berkecai.
Sementara dua lagi terpelanting ke kanan dan kiri setelah dilibas oleh pedang.
Dua robot itu menyeringai dan
mengeluar bunyi seperti menderam dalam jarak beberapa meter. Everard bersiaga
tatkala robot-robot itu berada sebaris. Kedua-dua robot itu melompat hampir
serentak. Sekuat tenaga Everard melibas dari kanan ke kiri. Hasilnya kedua-dua robot
itu meletup di udara, sebaik Everard melompat ke hadapan bagi menghindari
letupan itu terkena tubuhnya.
Everard menghampiri wanita itu.
“Siapa kau?” Soal wanita itu dengan
suara lemah dan tersekat-sekat.
“Aku Everard,” jawab Everard seraya
membuka penutup mukanya.
“Oh, kau dari kumpulan elit Templar.”
“Ya.”
“Aku Madaline. Aku kenal kau. Nama kau
... .” Tersekat suara wanita itu.
“Kau perlu bantuan perubatan segera,” Everard
memujuk cuba memberi harapan.
“Sudah terlambat. Everard ... kau
sedar atau tidak apa yang kita hadapi kini?” Soal Madaline.
Everard hanya mengangguk lalu berkata,
“Kita berdepan dengan tentera Rusia yang pelbagai bentuk. Aku juga hairan
bagaimana tentera kita tidak tahu kekuatan musuh, sehinggakan ... .”
“Sehingga pasukan tentera Amerika
Syarikat pun terpedaya atau kita pun terpedaya,” sahut Madaline lemah.
“Kau ... .”, Everard cuba memberi
harapan lagi. Tetapi segera dihalang oleh Madaline dengan mengangkat tangan
kirinya. Baru Everard perasan, tangan kanan Madaline sudah terputus. Darah
pekat mengalir laju.
“Teruskan perjuangan, Everard. Mati
secara baik ya.”
Everard sekali lagi sekadar
mengangguk. Madaline memegang pergelangan tangan Everard, dan kemudian nafasnya
terhenti. Paparan HUD Everard mengesahkan wanita itu sudah mati.
Tatkala ini Everard teringat Haji
Bashi. Bagaimana perang ini persis tiada penghujungya. Ia bagaikan mainan
pemerintah kedua-dua buah blok. Bukan perang suci seperti yang didendang oleh
Grand Master Templar.
“Ada sebuah kuasa hitam di sebalik
hijab yang menjadi pencatur. Ia konspirasi bagi musnahkan kemanusiaan dan kepercayaan
kepada Tuhan Yang Esa. Doktrin yang ribuan tahun dimainkan oleh musuh-musuh
agama langit,” gema kata-kata Haji Bashi terngiang-ngiang.
@@@@@@@
Raungan
amukan di belakang Everard hampir sahaja membekukan sum-sum tulangnya. Mengesani
lokasi ancaman baharu dari paparan HUD membuatkan dirinya berpaling. Namun
dampak ancaman itu memberi satu rasa sangat bimbang, justeru bukan sahaja susuk
berbentuk paparan haba, bahkan kerana agamnya susuk itu. Walaupun begitu, Everard
bersedia dengan pedang dan senapang 6-laras.
Dia
menyedari kini, ancaman ini bukan calang-calang. Kepala makhluk itu menjulang
dengan bentuk tombak berkelompok, walaupun sekadar dalam bentuk imej merah-kuning-biru
di paparan HUD-nya. Bentangan luas kedua-dua bahunya memberi pandangan bahagian
kepala agak kecil, kurang padan dengan tubuh agam.
Everard
menarik nafas dalam-dalam. Peluh jantan mulai mengalir di pelipisnya, ia dapat
dirasa di dalam sut tempurnya, walaupun sut itu telah disesuaikan untuk suhu
tubuh.
“Shoggoth.
Syaitan sembahan kumpulan Illuminati. Adakah ini benar, ya tuhan?” Dia mengeluh
justeru seakan tidak berdaya.
“Adakah
ini saat kematianku?”
Dikatakan
Shoggoth ialah jenis makhluk di bawah air, yang membina bandar-bandar di bawah
air bagi tuan-tuan mereka. Begitu kepercayaan sesetengah masyarakat di belahan dunia
tertentu.
Shoggoth
membuka mulutnya dan menghembur segumpal asap. Walaupun masih jauh, asap itu
melaju menuju ke lokasi Everard. Dia cuba merunduk ke samping yang dijangka
selamat, namun gagal mengelak semua gumpalan asap yang merebak pantas. Asap
kelabu itu melekat di bahagian atas lengan kirinya, dan menghilang melepasi
armor keluli khas.
Seketika
itu juga cahaya amaran muncul di dalam HUD. “Amaran. Keutuhan armor luar mulai
ditembusi.”
“Abaikan
amaran.” Dengan nekad Everard berlari menuju jarak lebih kurang 500 meter di
hadapannya. Beberapa saat kemudian Shoggoth mengangkat penumbuk besarnya untuk menghentam
Everard seperti penukul. Everard berguling dan berdiri kembali. Penumbuk
syaitan itu membantai permukaan bumi yang masih bertar. Gegaran dan percikan
jalan tar dan tanah bertaburan.
“Apakah benar atau sihir?” Everard bermonolog. Saat itu dia
teringat kisah sihir yang diceritakan oleh Haji Bashi.
Dengan
tangkas dia mengayun pedang ke sebelah kaki makhluk itu.
“Ada
darah!” Dia terkejut dengan darah hitam yang berasap.
“Amaran.
Pedang terkena bahan berasid.” Sistem armor memberi amaran lagi.
“Abaikan
amaran.” Walaupun Everard melihat pedangnya sudah rosak. Logam pedang mulainya
berubah warna.
Dia
akas berundur secara mengereng lalu memuntahkan peluru senapang 6-laras.
Beberapa ratus peluru tajam mengenai mata dan dahi Shoggoth. Makhluk itu
meraung. Putaran laras senapang berpusing laju, tetapi muntahan peluru
seterusnya dapat dielak oleh Shoggoth.
Seketika
kemudian, Shoggoth dapat memegang tubuh Everard dan mengangkat setinggi separuh
badannya. Everard dapat mendengar bahagian sut armornya berderak. Nafasnya
mulai mencungap, paparan HUD memberi laporan bahawa keadaan agak kritikal.
Alih-alih
Everard berucap, “Allah!”
Ternyata
ucapan itu bukan sahaja mengejutkan Shoggoth, bahkan diri Everard sendiri.
Secara tiba-tiba tubuh Everard terjatuh, cengkaman sebelah tangan Shoggoth
terlepas. Shoggoth terundur-undur lebih sepuluh meter. Tubuh makhluk itu mulai
terhuyung-hayang dan dalam masa yang hampir sama, kedengaran ayat-ayat suci
al-Quran.
Nun di
atas awan, sebuah pesawat asing mengalirkan bacaan ayat-ayat al-Quran. Pelindung
sihir syaitan dibaca oleh pilotnya. Walaupun sayup-sayup kedengaran di telinga Everard,
tetapi ia jelas di deria dengar Shoggoth.
Kurang
lapan saat kemudian, dua aliran cahaya berwarna hijau cerah ditembak dari
pesawat dron di sebalik lapisan awan paling bawah. Pesawat lonjong bersayap
kecil itu dikawal oleh sebuah pesawat yang halimunan di atas beberapa lapisan
awan.
Susuk tubuh
Shoggoth terbakar dan meletup. Ia lenyap ditelan buana.
“Andai Engkau wujud,
tolonglah aku ya Allah.” Itu ucapan terakhir Everard sebelum bayangan Haji
Bashi lenyap dari pandangannya. Gelap.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Labels:
Petaka Armagedon
Jun 17, 2014
Petaka Armagedon 7
Dia
dilahirkan setelah ibunya hamil selama dua belas bulan. Sewaktu kelahirannya,
dia berteriak seperti teriakan bayi berumur satu bulan. Pada usia 21 tahun, dia
menguasai ilmu sihir. Melalui bicara jin bukan Islam dan bantuan syaitan, dia boleh melihat ‘sebalik tabir’ lalu membuat ramalan. Justeru, dia
menjadi terkenal di seluruh Israel.
Ramai yang berkata dia seperti yang disebut-sebut
dalam kitab Talmud. Kemunculannya penuh mistik. Ramai juga mula menyakini
wanita cantik itu ialah utusan khas tuhan Yahweh, seorang penganut dan pengamal
Kabbalistik atau Kaballah Zionis Yahudi.
Keberadaannya itu menggembirakan pihak Freemason,
Illuminati dan Zionis. Lalu pada suatu ketika, gerembolan di sebalik tabir yang
diketuai oleh Nathan V de Rothschild berkumpul di suatu lokasi di London.
Tujuan utama ialah untuk menjalin plot sang labah-labah, agar perangkap dapat
menyambar mangsa-mangsanya.
Order Baharu Dunia terus digerakkan dan
dirancakkan. Pertemuan kuasa-kuasa besar di Canberra, Australia menjadi
matlamat sebermula petaka dunia. Setelah berbincang, beberapa hari kemudian
mereka menemui secara sulit wanita itu di sebuah sinagog lama di pinggir bandar
metro Tel Aviv.
“Aku bersedia membantu kamu semua. Itu sudah
menjadi impian aku. Seperti aku beritahu sebelum ini, aku adalah wakil Messiah
untuk dunia ini. Cuma belum tiba masanya aku membuat pengisytiharan.”
Mereka mengangguk. Pertemuan itu sudah berlangsung
hampir setengah jam. Wanita cantik itu sangat menggoda, persis mereka turut
terkena sihirnya. Ada pandangan mata mereka tidak berkelip menatap pesona yang
ditampilkan. Kerap juga ada ahli yang menelan air liur, nafsu bergelojak
garang.
Wanita itu tersenyum manja melihat telatah kurang
keruan mereka.
“Dengar sini. Aku akan lakukan agar Benson Roth
menjadi dalang pada suatu peristiwa. Tuan-tuan, seperti kalimah setia janji,
jangan sesekali bocorkan rahsia. Andai ada sekelumit sahaja berita yang muncul,
tuan-tuan tahu apakah akibatnya. Tuan Rothschild?”
Nathan V de Rothschild hanya mengangguk memberi
kata putus.
“Dalam Bible, Baal juga disebut Beelzebub atau
Baalzebub, salah satu syaitan yang terkena sumpahan,” cerita wanita itu.
Ketika abad ke-17 Masihi, Baal wujud dalam ajaran
kultus ghotik sebagai salah satu daripada tujuh makhluk dari neraka. Nama ini
diambil dari dewa Kanaan, Baal, disebutkan dalam Bible Ibrani sebagai dewa
utama orang Phonecia. Ajaran sesat ini akhirnya terasimilasi dalam ritual
syaitan berunsur sihir gelap.
Itulah sihir yang akan digunakan oleh wanita itu -
sihir syaitan Baal.
** Hakcipta Terpelihara Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Labels:
Petaka Armagedon
Jun 6, 2014
Petaka Armagedon 6
Nusantara
Terjangan
menyendeng ke sebatang pokok melantun aura, lalu melayah. Sepantas hembusan
nafas, dia berdiri di dedaunan. Dia mengambil nafas dan bertasbih, amarah
diserap agar tidak menjadi bahana. Matanya galak menatap musuhnya yang
menyeringai marah. Musuh itu menghambur sumpah seranah.
Dengan
mudah si musuh terbang bersama tujahan angin ke atas. Dahan dan dedaunan pokok
itu dipupuk petaka. Namun Awang masih cekal mengimbang badannya, sambil membaca
sesuatu. Pasrah dalam doa.
Alih-alih
si musuh terpelanting menghempas ke sudut kiri, lalu terperosok ke dalam
rimbunan sebatang pokok yang hampir sama besar dengan pokok yang Awang sedang
kuasai. Tiupan angin panas terhenti.
Nun di sana
... kedengaran tiupan persis seruling. Awang kurang pasti dari arah mana, kerana ia
persis datangnya dari segenap sudut. Dia beristighfar dan mengucap takbir,
“Allahu-Akbar!”
Siaga ...
kerana dia tahu dari firasatnya, itu tiupan berbau hitam, sedang mengumpul
tentera syaitan yang bermitos petaka.
Umurnya
baru 20-an, tapi mengungguli ilmu persilatan tahap tinggi. Awang turun
perlahan-lahan dengan kaedah melompat dari dahan ke dahan. Sebaik mencecah
tanah, dia berlari pantas ke bunker perlindungan.
Setelah
memberi kata-kata semangat kepada beberapa orang sahabat, dia bergegas ke kubu
rahsia di mana Tok Ayah Nik berada.
Di segenap
sudut strategik dan bunker rahsia di semua bahagian pondok pengajian, beberapa
platun tentera Malaysia bersiaga penuh. Senjata bersedia sejak tiga hari lalu. Pihak
tentera Malaysia berpangkalan di Pasir Puteh, Kelantan, menyahut panggilan Tok
Ayah Nik. Walaupun mereka agak samar-samar dengan musuh yang bakal didepani,
tetapi mereka yakin dengan firasat tuan guru pondok itu.
Beliau –
Tok Ayah Nik - tuan guru pondok sekali gus seorang ulama yang sangat dihormati
di seluruh Nusantara. Pondok moden itu lengkap dengan semua teknologi terkini
dalam bidang pengajian. Cuma cara mengaji dan menuntut ilmu masih kekal dalam
kaedah bertalaqi – berdepan dengan guru dan para ustaz.
@@@@@@@
Dunia
kegelapan syaitan telah membuat onar di sini, dengan beberapa tinggalan sengsara
dan kesedihan. Tentera tunggangan Iblis itu makin giat daripada sebelumnya,
banyak alamat sudah dimaklumi oleh Awang dan Tok Ayah Nik.
Awang sedia
faham, hanya masa yang menentukan sebelum syaitan menebak mereka lagi. Justeru
tahap siaga berada dalam paras paling tinggi sejak tiga hari lalu, bukan ala
kadar sahaja. Sebarang kelalaian bakal memberi padah berdarah.
Tok Ayah
Nik menepuk bahunya lalu berkata, “Mu jangan bersedih lagi. Ingat pesan ayah mu
sebelum pergi dulu. Pondok ini kita kena jaga seboleh mungkin. Ini jihad kita,
Awang.”
Awang hanya
mengangguk.
“Jadikan
pesan almarhum ayah mu sebagai azimat. Kita berusaha dalam tawakal, semoga
kejadian lalu tidak berulang lagi.”
“Sudah lama
saya redha, Tok Ayah. Itu sudah takdir Allah Taala. Semoga ayah aman di alam
sana.” Sebaik Awang usai berkata begitu, dia sedekahkan bacaan al-Fatihah untuk
almarhum.
Akhirnya
Awang bertanya, “Tok Ayah, apa sebenarnya Tok Ayah lihat di Chieng Mai empat
hari lalu?”
Tok Ayah
Nik bercerita.
“Tok Ayah
tak boleh bercerita secara terperinci apa yang ada di kubu bawah tanah itu. Secara
mudah, ia berupa sebuah muzium lama ... paling tidak. Ruang besar yang gelap dan
penuh mistik kegelapan. Ia sebuah ruang yang sangat hina, tempat yang sukar Tok
Ayah bayangkan. Namun ia memang wujud, kalau tidak di sana ... di banyak lokasi
lain di seluruh dunia.
“Ia salah
satu ruang bawah tanah titipan kerajaan Iblis dari Segitiga Formosa. Di situ,
Tok Ayah dapat mengesan banyak peristiwa ngeri terjadi, dan ia kekal dengan
nafas syaitan ... busuk dan sangat cemar. Ia sebuah bunker dalam, di mana beberapa
arca syaitan bersayap diukir.
“Di
sekeliling dinding ruang jijik itu terdapat beberapa peti antik mumia, masih
ada bentuk.”
Awang bertanya, “Mumia yang diawet? Macam mumia Firaun dalam piramid?’
Awang bertanya, “Mumia yang diawet? Macam mumia Firaun dalam piramid?’
“Ya. Mumia
yang diawet dengan teknologi khas milik Dajjal. Bagi Dajjal, ia sebuah seni ...
seni kematian yang disimpan. Di atas beberapa meja, terdapat sekumpulan
tengkorak pelbagai saiz dan bentuk. Mayat kanak-kanak pun ada. Allah!”
Awang
terlopong, dan mengucap istighfar panjang.
Tok Ayah
Nik menambah, “Terdapat lebih kurang 10 patung dan lukisan ghotik barbarik.
Juga laci berkunci yang dapat dibuka oleh sahabat jin kita, di dalamnya Tok
Ayah lihat kulit manusia yang masih utuh. Di beberapa almari kaca ... Tok Ayah
melihat beberapa anggota badan manusia berada dalam balang cecair.”
“Kerja-kerja
Iblis dan syaitan, Tok Ayah,” sahut Awang. “Dari situ Tok Ayah memperoleh
firasat yang pasukan syaitan akan menyerang kawasan kita?”
Tok Ayah Nik mengangguk sebelum dia menekan di sisi telinganya. “Ada sebarang perkembangan?” Dia meraba-raba sebilah pedang yang melekat kemas di belakangnya.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Tok Ayah Nik mengangguk sebelum dia menekan di sisi telinganya. “Ada sebarang perkembangan?” Dia meraba-raba sebilah pedang yang melekat kemas di belakangnya.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Labels:
Petaka Armagedon
Jun 4, 2014
Petaka Armagedon 5
Pangkalan Madinah
Pembangunan Pangkalan Madinah oleh Syeikh Yassin Sulaiman dan kumpulan pejuang/bilionir Islam dimajukan. Salah satu usaha penting ialah membina pangkalan data rujukan awam E-Sahih dalam dunia siber. Ratusan juta, bahkan berbilion nilai mata wang digunakan untuk membeli, menyedia, mengelola dan memantau sistem sibernatik dan server di bawah kedalaman tertentu muka bumi.
Sistem keselamatan yang maju dari masa ke semasa dibangunkan, dengan izin Allah atas segala ilmu yang Dia anugerahkan. Domain super rahsia disediakan dengan tatacara sekuriti mutakhir agar ia tidak mudah diceroboh dan digodam. Antara matlamat ialah menyediakan banyak maklumat bagi menangkis doktrin Armagedon Zionis Yahudi, dan dalam masa yang sama menyedia suasana kondusif bagi perkaderan tentera Mujahid Islam.
***
Fahaman Zionis Yahudi dengan bantuan para sekongkol memporak perandakan dunia dan tamadun kemanusiaan. Antara jaringan halus ialah melalui sistem kewangan riba, ia senjata massa yang sudah lama yang disebut secara nyata dalam al-Quran dan diperingat oleh Rasulullah SAW.
Hiburan cabul dan lucah dihidangkan, kerja-kerja bodoh yang mengajak umat manusia menemani Iblis dan syaitan dalam neraka diindahkan, dan sentimen bangsa digelegakkan. Manusia disibukkan dengan sempadan negara bangsa dan politik kehancuran, petaka dikata sebagai demokrasi. Kehidupan bebas laksana sang haiwan, dunia seronok dan seks bebas diangkat sebagai hak setiap individu yang wajib dipertahankan.
Protocols of Elder of Zion digerakkan dengan kekuatan pelobi kaya Yahudi dan di bawah telunjuk Dajjal. Konspirasi demi konspirasi, helah sejarah ditata sebagai benar dan hak, lalu terbentuklah lapisan konspirasi di atas lapisan konspirasi.
Kandungan Taurat dan Injil yang sekian lama dipesongkan dipalu canang. Armagedon dihias dengan neon kepalsuan. Iblis dan Dajjal menunggu masa yang bukan milik mereka.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Labels:
Petaka Armagedon
May 25, 2014
Petaka Armagedon 4
Gasconi Toure memandang semua yang ada seorang demi seorang. Masing-masing tidak bersuara, tekun mendengar kisahnya. Seorang lelaki paling tua memberi anggukan agar dia terus bercerita.
“Eksperimen meledak menjadi petaka. Dari gurun Nevada yang rahsia itu, kumpulan awan partikel nano atau robot mikro lolos dari makmal. Kumpulan awan itu bersifat boleh bertahan sendiri dan boleh membiak. Ia unsur nano AI super dan boleh belajar dengan sendiri. Dengan bahasa mudah, ia ‘hidup’.
“Diprogram
untuk memburu ... dan membunuh. Ia boleh berkembang biak dengan pantas, semakin
berbahaya setiap jam berada di udara. Eksperimen rahsia dengan matlamat hasilkan
senjata massa untuk matikan nyawa secara senyap agar tidak dapat dikesan apakah
penyebabnya. Itulah harapan pihak yang berikan dana penyelidikan. Pihak tentera
Amerika Syarikat.”
Seorang
ahli bertanya, “Mereka hasilkan senjata biologi dan mekanikal?”
Gasconi
Toure mengangguk.
@@@@@@@
November 2419 Masihi
Kapikov, Sempadan Iran-Turki
Dua
minggu selepas peristiwa rompakan di muzium New York. Malam sudah berlalu
hampir sejam. Lelaki itu membongkok sambil memegang sebilah pisau sepanjang
hampir 12 inci di depan muka Gasconi Toure. Kali ini dia bercakap dengan suara
perlahan dalam bahasa Inggeris pelat orang Iran.
“Kami
tahu apa telah kau buat dan kau datang dari mana. Pihak kami kenal kau! Kau
dikatakan sudah mati semasa satu misi beberapa tahun lalu. Tapi aku tak akan
tertipu! Kau rupa-rupanya masih hidup. Kau pengkhianat! Sekarang, andai kau
beritahu aku apa yang aku mahu, kau akan terus hidup.”
Gasconi
Toure mengambil nafas dalam-dalam lalu berkata nekad, “Kau tak akan dapat ugut
aku.”
Untuk beberapa ketika lelaki itu sekadar berdiri, pipinya agak mengembung kerana mengepam nafas bengang. Alih-alih dia tersenyum, nafasnya dihembus kasar ke muka Gasconi Toure. Dia berkata, “Malam ini bakal menjadi panjang untuk kita berdua.”
Bilik itu terang, tanpa tingkap. Gasconi Toure tidak berapa pasti di mana dia berada. Namun dia masih mengingati pertarungan di suatu lokasi di Turki. Hatinya bertasbih memuji ke-Esaan Allah dan mengharap ampunan-Nya sebaik sahaja bayangan medan tarung itu menjelma di dalam ruang mindanya.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Untuk beberapa ketika lelaki itu sekadar berdiri, pipinya agak mengembung kerana mengepam nafas bengang. Alih-alih dia tersenyum, nafasnya dihembus kasar ke muka Gasconi Toure. Dia berkata, “Malam ini bakal menjadi panjang untuk kita berdua.”
Bilik itu terang, tanpa tingkap. Gasconi Toure tidak berapa pasti di mana dia berada. Namun dia masih mengingati pertarungan di suatu lokasi di Turki. Hatinya bertasbih memuji ke-Esaan Allah dan mengharap ampunan-Nya sebaik sahaja bayangan medan tarung itu menjelma di dalam ruang mindanya.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Labels:
Petaka Armagedon
May 11, 2014
Petaka Armagedon 3
Sebelas
bulan sebelum 2420 Masihi
Mereka
- kumpulan penyiasat NYPD dan FBI - melangkah secara berhati-hati melalui
serpihan yang berterabur. Salah seorang yang berdiri di tepi salah satu dinding
ialah lelaki berkulit agak gelap, menyorot kemusnahan agak menyeluruh dalam
muzium itu. Sebuah muzium yang dikatakan paling selamat di New York.
Relik
sangat berharga bersepah, kebanyakannya musnah dan mustahil untuk diperbaiki.
Keseluruhan bangunan sebagai kawasan jenayah. Lantai di dewan besar muzium
memaparkan hidup yang musnah – pecahan marmar, keratan kaca, percikan darah –
semuanya menjadi bahan-bahan penyiasat senario jenayah (CSI). Semuanya ada
kemungkinan memberi petunjuk, namun tidak semudah itu. Mungkin juga ia hanya
menjadi petunjuk yang keliru.
Dia
melihat sedozen lebih anggota CSI bersuit putih sedang bertugas secara
sistematik ke atas serpihan. Pada masa yang sama, dia melihat sekumpulan ajen
FBI dari unit khas – Pasukan Siasatan Bukti (ERT) – berjalan perlahan-lahan di
sekitar dewan besar.
Gasconi
Toure. Secara nota mental, dia sebagai salah seorang pegawai penting di muzium
itu, mengimbau kejadian lebih dua jam lalu.
Empat
penunggang kuda berpakaian ala-ala Kesatria Templar menyerbu tangkas tanpa
diduga daripada jangkaan sebuah pertunjukan. Hasilnya ... lima mayat untuk lima
orang polis dan empat mayat lain yang dia tidak pasti siapakah mereka. Enam
anggota polis dan dua orang awam cedera parah. Lebih dua belas orang luka-luka
ringan. Beberapa orang terkena serpihan kaca yang berterbangan semasa serbuan
yang tidak diduga itu.
Paling
ramai yang masih terkejut dan trauma, terutamanya di kalangan orang awam yang
mengunjungi pameran kontroversi bahan-bahan purba dan relik dari Era
Pertengahan itu. Situasi ini perlukan kehadiran beberapa orang kaunselor yang
sedang mententeramkan mereka.
Merentas
lobi, dia melihat dua orang sedang bertekak – Penolong Pengarah FBI dan Kapten
Detektif NYPD. Masing-masing ingin berkuasa, mengambil tanggungjawab kes besar
itu.
“Macam
dalam kisah wayang atau filem Hollywood.” Gasconi Toure berkata perlahan kepada
teman di sebelahnya. Temannya itu hanya mengangkat bahu.
“Ini
melibatkan teroris! Ada kaitan dengan Vatikan.” Kata Penolong Pengarah FBI.
“Belum
pasti lagi,” tingkah Kapten Detektif NYPD.
“Apa
yang belum pasti? Sudah nyata!” Tekan pegawai FBI itu.
Mengikut
syarat siasatan, sekiranya ia melibatkan hubungan Vatikan, maka kuasa siasatan
berpindah daripada NYPD kepada FBI. Suara mereka berdua masih kedengaran oleh
ramai orang lain di situ.
@@@@@@@
Lapan hari selepas rompakan di muzium
New York, 2419 Masihi
Gasconi
Toure. Dia bersendirian. Selepas menutup dan mengunci pintu di belakangnya, dia
mengambil mesin rumit dari lokasi dalam sebuah dinding rahsia di sebalik sebuah
rak buku besar. Kemudian dia berjalan menuruni tangga menuju ke sebuah bilik
bawah tanah, secara berhati-hati. Mesin itu tidak berat, namun dia bimbang
andai terhempas.
Lima
hari lalu, dia berjaya mengesan lokasi persembunyian pasukan empat orang
berkuda yang merompak muzium New York. Dengan bantuan rakan-rakan penyiasat
persendirian mahir, mereka mengelabui mata seorang tua penjaga sebuah lokasi
rahsia.
Sebelumnya
di hari kejadian, sebaik sahaja empat orang berkuda itu bergerak laju merentas
sebuah padang berdekatan muzium bersama tebusan VIP, dia segera menghantar
sepasukan penyiasat muzium secara senyap-senyap. Di waktu menemui orang tua
itu, empat perompak muzium tiada, jadi tugas mereka menjadi agak mudah.
Kamar
di bawah tanah, walaupun hanya berlampu tidak berapa terang, dia letakkan mesin
itu di atas meja kayu agak melengkung. Dia berjalan ke satu sudut kamar,
mengeledah longgokan kota lama. Dia ambil satu alat yang dikehendaki, lalu membuka
kotak itu dan keluarkan satu folder.
Daripada
folder, dia keluarkan beberapa helai kertas tebal dan aturkan secara kemas di
sebelah mesin itu. Kemudian dia duduk di kerusi, melihat daripada dokumen
kepada alat rumit yang mudah dibukanya, silih berganti.
Dia
berkata sendirian, “Akhirnya.”
Dia
membaca baris demi baris, dengan menggunakan kanta pembesar. Ada bahagian
dokumen yang tidak berapa jelas, bertulis tangan. Sehelai demi sehelai. Ada
lakaran diagram, ada peta suatu lokasi.
Ada
helaian yang bertulis, “Tatkala subuh esok sebermula, mereka dengan kuat
memanggil Baphometh dan kami berdoa secara senyap di dalam hati. Kemudian kami
menyerbu dan memaksa semua orang keluar ke bahagian luar tembok.”
Dia
mengangguk lalu berkata, “Gerakan bawah tanah Illuminati dan Persaudaraan Mason
diasaskan dari fahaman Kesatria Templar ini. Order Baharu Dunia yang
bertuhankan Iblis atau anak lelaki Lucifer.”
Misi
seterusnya ialah menyerahkan dokumen itu kepada pihak berkaitan. Ia adalah sebuah
kembara peribadi untuk sebuah kebenaran yang menghijab manusia sekian lama.
Pengembaraan peribadi yang dia yakini akan mengegar dunia – khususnya dunia
Barat.
“Baphomet adalah
syaitan yang disembah oleh ahli-ahli Freemason. Aku akan bersegera, walaupun
nyawa aku bakal hilang. Hanya Allah.”
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Labels:
Petaka Armagedon
Apr 18, 2014
Apr 17, 2014
Petaka Armagedon 1
Sahifah bahari tercatat ...
Perang akhir zaman adalah perang
dunia, perang ketiga sesudah dua perang besar sebelumnya. Kematian sangat
banyak, bahkan tiada dapat dihitung setepatnya, dalam semua perang. Perang
pertama dipalu gendang oleh seorang lelaki berupa ‘kucing besar’ di negara
gelas dan mahkota di kepala. Sementara perang kedua dipacu genderang petaka
oleh seorang lelaki dengan panggilan ‘Tuan Besar’; al-Sayyid al-Kabir (pemimpin
besar).
Riwayat ini aku sampaikan, agar aku
tidak ditohmah tiada sampaikan kepada umat manusia. Semuanya dalam kasih sayang
Allah dan hanya Dia tempat aku bermohon ampun. Hanya Dia yang Maha Berilmu dan
Hikmah-Nya teramat tinggi lagi tersangat mendalam.
Hitunglah mengikut kebijaksanaan
kalian.
Dalam rangkaian hitungan tahun Hijrah
sesudah 1,300 tahun, mereka mengikat perjanjian, yang di situ raja Rom melihat
perang semesta dunia pasti terjadi. Allah menghendaki terjadinya perang itu,
dan waktu tidak berlalu tanpa perjanjian demi perjanjian. Lalu berkuasalah seorang
lelaki dari negara bernama Jirman, namanya al-Hirr. Dia ingin menguasai seluruh
dunia dengan kuasa tenteranya, memerangi seluruh bangsa di negara-negara
bersalju, dan di wilayah-wilayah kebaikan. Dia bergerak dengan murka Allah
sesudah beberapa tahun api menyala. Dia ingin membunuh rahsia ar-Rus.
Dalam jujukan hitungan tahun Hijrah
sesudah 1,300 tahun, terhitung 5 atau 6 dasawarsa lagi, Mesir diperintah oleh
seorang lelaki dengan panggilan ‘Nashir’, yang disebut bangsa Arab sebagai
‘Syuda al-Arab' (sang pemberani dari Mesir). Allah membuatnya hina dalam perang,
dan dia tidak memperoleh kemenangan. Kemudian Allah menghendaki Mesir beroleh
kemenangan pada bulan-bulan yang mereka cintai, dan itu adalah untuk-Nya.
Mesir diterima sebagai pemelihara al-Bait dan Arab, dengan munculnya seorang lelaki bernama Sada’, ayahnya Anwar. Akan tetapi dia berdamai dengan pencuri Masjid al-Aqsa di negara al-Hazin. Di Iraq muncul seorang lelaki yang bertindak wewenang, dan Sufyani.
Di salah satu matanya terdapat tanda
sedikit kemalasan. Namanya al-Shaddam, yakni penghancur orang yang bersekutu
untuk menentangnya di Kuwait kecil yang dimasukinya. Dia adalah ‘Mahdun’
(tertipu), tidak ada kebaikan bagi Sufyani kecuali dengan Islam. Dia baik dan
ada juga buruknya, dan kecelakaan dan pengkhianat bagi al-Mahid yang tepercaya.
Dalam lapisan hitungan tahun Hijrah
1,400 tahun dan hitungan 2 atau 3 dasawarsa, perang lagi dan lagi dan lagi.
Sesat, jelaga hitam, dan kemelut iman dalam dakapan kedurjanaan!
Kemudian ... Al-Mahdi Al-Amin keluar
dan memerangi seluruh dunia, dan menghimpun orang-orang sesat dan dimurkai
Tuhan, dan orang yang terseret dalam kemunafikan di bumi Israk dan Mikraj
(Baitulmaqdis) di tepian bukit Majidun (Mageddo).
Dalam perang itu, keluar seorang sang
ratu dunia, pelaku makar dan pelacur. Namanya Amirika. Dia menggoda dunia
dengan kesesatan dan kekafiran. Dalam pada itu, Yahudi berada di tempat tinggi,
bahkan paling tinggi dengan menguasai Al-Quds dan kota yang disucikan.
Kemudian ... dengan sebab perlakuan
manusia durjana dan hikmat Allah Taala, di bumi Israk dan Mikraj tercetus perang
dunia di mana Al-Mahdi memberi peringatan kepada kaum kafir yang tidak mahu
keluar. Maka kumpulan kafir dunia berkumpul untuk memerangi Al-Mahdi, dengan
pasukan sangat besar yang belum pernah terhimpun sebelum itu. Selain daripada
pasukan Yahudi Al-Khazar dan bani Israel, wujud juga gerembolan lain yang
bersekongkol yang tidak diketahui jumlahnya.
Al-Mahdi melihat janji Allah sudah
tiba, maka Maha Benarlah janji-Nya itu. Kemudian Allah melempari mereka (yang
kafir dan munafik) dengan lemparan maha dahsyat. Bumi, lautan dan langit
terbakar untuk mereka, dan langit turunkan hujan (petaka) yang sangat buruk.
Seluruh penghuni bumi mengutuk gerembolan
kafir dunia, dan Allah memberi izin lenyapnya seluruh orang kafir dalam Perang
Dajjal, dan perang itu terjadi di Syam. Dan kejahatan itu musnah.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Labels:
Petaka Armagedon
















