Showing posts with label Fiksyen Alexander Agung. Show all posts
Showing posts with label Fiksyen Alexander Agung. Show all posts

May 7, 2011

Alexander Agung: Permulaan (5)

Dalam Kitab Cahaya Bersinar berkulit kambing gunung……

Ini adalah kebiasaan budaya tertentu sejarawan Yunani untuk menjelaskan perihal perkara asing, sudut kepercayaan mereka, cara dan kebiasaan dari perspektif etnosentris. Mereka melihatnya dari sebuah lensa Greek Yunani pagan.

Seumpama tuhan Krisha penganut Hindu yang digambarkan oleh sejarawan Yunani sebagai Heraklius tuhan Greek yang disembah penganut Hindu atau bahawa orang pagan Mesir menyembah dewa Zeus, Apollo dan Ammon.

Anak-cucu manusia sekalian, ketahuilah bahawa sehingga ada kemungkinan bahawa ketika Alexander menyembah satu Tuhan, atau ketika dia menggambarkan nama dan sifat yang berbeza, atau ditawarkan penyembelihan binatang kepadaNya, para sejarawan Yunani menggambarkan bahawa seolah-olah dia menyembah Zeus atau Heraklius atau Ammon.

Ayah Alexander, Raja Philip, mengajikan tutor untuk mengajar anaknya. Di antara guru-gurunya adalah Aristotle ahli falsafah Yunani yang mengajarkan Alexander banyak tentang falsafah, kebudayaan Yunani dan ilmu pengetahuan.

Selama pemerintahannya sebagai Raja Macedonia, Alexander menakluk sebahagian dari apa yang kemudiannya diperikan sebagai dunia bertamadun. Dia ingin mencipta sebuah negara raja dunia. Pertama mengalahkan pemberontak negara kota Yunani. Alexander kemudian melanjutkan pengembaraan menyerang Empayar Parsi di Asia Kecil dan Mesir. Keinginannya adalah untuk mendalami budaya tempatan di daerah takluknya, hidup berdampingan dengan idea-idea Tuhan yang Esa dan budaya yang dia bawa bersamanya.

Fasa 1, Bahagian ke-33, halaman 95.

--- Akan bersambung.

Sebelumnya: Alexander Agung: Permulaan (1)
Alexander Agung: Permulaan (2)

Alexander Agung: Permulaan (3)

Alexander Agung: Kitab Cahaya Bersinar berkulit Kambing Gunung (1)
Alexander Agung: Permulaan (4)

*** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

Feb 2, 2011

Alexander Agung: Permulaan (4)

Oleh kerana perbincangan tergempar Dewan Parlimen Greek tidak dapat memutuskan siapa dalang di sebalik pembunuhan Raja Philip, demi kerajaan Macedonia yang kelihatan mula retak dari dalam, maka ahli mesyuarat negara mesti memutuskan siapakah pengganti bagi memegang tampuk pemerintahan.

Sekali lagi dewan menjadi panas dengan pelbagai hujah dari beberapa kumpulan sekutu masing-masing. Oleh kerana undang-undang tubuh Greek tidak menetapkan bahawa anak sulung lelaki Raja Philip, iaitu Alexander yang mesti mengganti raja yang meninggal dunia, maka ada pihak yang mencadangkan bayi lelaki Raja Philip yang baru berumur kurang setahun dinobatkan sebagai raja Macedonia yang turut menjadi pemerintah seluruh jajahan takluknya.

Majoriti ahli dewan tidak bersetuju cadangan tersebut. Antara alasan penolakan cadangan bayi lelaki itu ialah sejurus selepas Raja Philip meninggal dunia, banyak wilayah cuba menuntut kemerdekaan dari Macedonia.

Dalam suasana perdebatan yang makin hangat itu, bangun seorang yang kelihatan perkasa dengan susuk tubuh yang tinggi lampai sambil berkata dengan suara lantang, “Minta perhatian, tuan-tuan semua. Benarkan saya menyatakan sesuatu.” Dia ialah seorang pahlawan Macedonia yang banyak menyertai misi ketenteraan bernama Hephaistion. Suasana dalam dewan kembali senyap, kecuali beberapa orang yang sedang berbisik-bisik sesama mereka.

“Tidakkah tuan-tuan ingat bahawa Tuanku Elexander dipertanggungjwabkan menerajui takhta Macedonia tatkala Tuanku Raja Philip memerangi bangsa Yunani pada usia 16 tahun? Manakala pada usia 17 tahun baginda telah menubuhkan pasukan tentera dan berjaya menundukkan suku-suku Thracia yang menduduki utara Macedonia. Walaupun tanpa pengetahuan ayah baginda, Tuanku Raja Philip berbangga dengan kejaguhan anaknya Tuanku Elexander,” Hephaistion, sahabat karib Elexander, mengingatkan para penggubal undang-undang di Perlimen Greek.

“Tuan-tuan harus jangan lupa akan peranan kedua-dua raja kita itu dalam serangan terhadap bangsa Yunani dua tahun selepas Tuanku Elexander dilantik sebagai pemangku Raja Macedonia dalam serangan pertama. Dalam serangan kedua tersebut, Tuanku Raja Philip dan Tuanku Elexander berjaya mengalahkan pasukan Athens dan Thebes. Saya dan ribuan lagi bala tentera Macedonia turut serta dalam peperangan yang membuka jalan seluruh Semenajung Yunani berada di bawah takluk Macedonia berdaulat ini.”

Alasan yang dikemukan oleh sahabat karib Alexander itu, yang juga salah seorang pemimpin tentera kerajaan Macedonia, sangat kukuh dan menerima tepukan gemuruh dari ahli-ahli dewan yang menyokong. Mana-mana individu dan kelompok yang menentangnya juga turut terdiam. Justeru itu, dewan memutuskan Alexander menjadi raja Macedonia dan bagi semua jajahan takluknyapada usia 20 tahun.

-- Akan bersambung.


Sebelumnya:
Alexander Agung: Permulaan (1)
Alexander Agung: Permulaan (2)

Alexander Agung: Permulaan (3)

Alexander Agung: Kitab Cahaya Bersinar berkulit Kambing Gunung (1)

** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

Jan 20, 2011

Alexander Agung: Kitab Cahaya Bersinar berkulit Kambing Gunung (1)

Dalam Kitab Cahaya Bersinar berkulit Kambing Gunung……

Perlu diketahui bahawa Tuhan yang Esa Allah mengatakan dalam bukuNya bahawa dia adalah seorang reformis pengislahan dari perbuatan jahat. Allah tidak memberikan kejayaan bagi mereka yang menindas. Alexander telah menjadi orang soleh, yang takut akan Allah, yang diberikan satu kejayaan dari sekian ramai orang, yang nama dan warisan akan disebut berkurun-kurun merentasi generasi manusia.

Orang-orang Yahudi ada menarasikan dalam sumber mereka kitab Talmud dan lain-lain buku bahawa Alexander memasuki kota Jerusalem. Pendita Yahudi dan orang-orangnya memberi penghargaan dan penghormatan kepada dia.

Ada satu narasi yang berbicara dari dirinya sebelum tiba ke Jerusalem
Dia mengatakan kepada imam di Bait Allah bahawa ia akan datang ke bandar atas nama Allah mereka, dan bahawa Nabi Yeremia bertemu dengan dia dan memberkati dia. Ketika Alexander melihat Yeremia, ia terkejut melihat dia. Seperti dia pernah tampak dalam mimpi Alexander. Dan bahawa imam-imam Bait Suci berdoa untuk jalan kemenangannya sebelum Alexander berangkat. Di kota Jerusalem Alexander menegaskan bagi kaum Bani Israel bahawa Tuhan mereka adalah Allah yang benar, yang Esa.

Wahai anak-cucu sekalian manusia, perlu diketahui bahawa narasi yang menggambarkan Alexander sebagai seorang penyembah berhala bukannya sebuah laporan yang bersaksikan mata, melainkan datang dari apa yang beberapa sejarawan Yunani seperti Arrianus, yang hidup berabad-abad setelah Alexander. Penceritannnya berdasarkan sumber yang sangat kabur atau pun kekaburan mata hatinya yang ditutup kejap! Juga tidak ada bukti atau saksi mata akan Alexander menjadi gay atau pemabuk.

(Fasa 1, Bahagian ke-30, halaman 101)

-- Akan bersambung.

Sebelumnya: Alexander Agung: Permulaan (1)
Alexander Agung: Permulaan (2)
Alexander Agung: Permulaan (3)

** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

*** Kisah ini adalah fiksyen sejarah berasaskan imaginasi penulis. Tiada kaitan dengan mana-mana sosok dalam sejarah. Sekiranya ada bersamaan dengan fakta sejarah atau nama-nama berkaitan, itu hanya kebetulan sahaja.

Jan 16, 2011

Alexander Agung: Permulaan (3)

“Kau tahu siapa menjadi dalang di sebalik pembunuhan Raja Philip?” tanya Brutus kepada seorang rakan bualannya ketika sedang bersarapan pagi di sebuah kedai makan.

“Entahlah. Sukar untuk memutuskannya. Aku dengar ada pihak yang menuduh itu angkara Permaisuri Olympias,” jawab kawan Brutus acuh tidak acuh sambil menguyah laju makanannya.

“Siapa cakap?” Brutus membeliakkan matanya tanda terkejut dengan tuduhan liar tersebut.

“Aku ada dengar menantunya, raja negeri Epirus, bertegas mengatakan Permaisuri Olympias masih sakit hati kerana perkahwinan Raja Philip dengan Eurydice. Akibat dendam yang mendalam sejak lebih setahun lepas, maka Permaisuri Olympias mengupah pembunuh bagi menamatkan riwayat suaminya. Lagi pun isteri Raja Philip yang terakhir, Eurydice, sudah bersalin anak lelaki. Dikatakan anak lelaki itu bakal menaiki takhta raja Macedonia, bukannya anak Permaisuri Olympias Alexandar,” jelas rakan Brutus tanpa berlengah.

Rakan Brutus meneruskan lagi, “Tetapi dalam mesyuarat tergempar Dewan Parlimen Greek tiga hari lalu, Permaisuri Olympias menafikan sekeras-kerasnya. Malah beliau menuduh pula menantunya yang merancang pembunuhan itu.”

Sedang mereka rancak berbual, lalu seorang pengawal pintu Dewan Parlimen Greek, Cloythenes dalam perjalanan ke lokasi kerja. “Tuan Cloy, singgah sekejap. Saya mahu tanya tuan ,” gamit Brutus dengan muka serius.

“Boleh juga. Lagi pun shif saya bermula dalam masa satu jam lagi. Saya pasti saudara berdua mahu bertanya apa yang terjadi dalam Dewan Parlimen, bukan?”

“Iya,” Brutus dan rakannya menjawab serentak. “Terutamanya penafian dari Permaisuri Olympias,” sambung Brutus.

“Permaisuri Olympias menjelaskan bahawa memang beliau sakit hati dan berkecil hati dengan sikap mendiang Tuanku Raja Philip, tetapi tidak pula sampai sanggup membunuhnya. Lagi pun apa guna membunuh Tuanku Raja Philip di khalayak ramai di suatu temasya perkahwinan. Semua orang akan syak seseorang yang berada di situ kala itu yang menjadi perancangnya. Permaisuri berkata beliau bukannya seorang wanita yang tidak berhati perut, malah selama ini pun beliau yang banyak mengalah. Banyak aduan berkenaan perilaku kurang sihat baginda Raja Philip didiamkan sahaja,” jelas Cloythenes lancar kerana masih dapat membayangkan drama yang terjadi di sebalik dinding kukuh Dewan Parlimen Greek.

“Saya dengar pengawal muda Raja Philip yang menikam baginda pun mati diserbu beberapa kelompok yang setia kepada baginda. Pengawal itu cuba memanjat tebing tembok, tetapi segera ditarik lalu tersembam ke tanah berbatu. Dia cuba melawan dan mahu membunuh lagi, namun tidak ke mana kerana ada seseorang menikamnya dengan tombak. Benarkah?” rakan Brutus berkata seraya mengajukan soalan kepada Cloythenes tanpa berkelip matanya.

“Kelihatannya, saya kira, kes ini bakal menemui jalan buntu,” simpul Brutus. Cloythenes dan rakan Brutus mengangguk bersetuju.

Sebelumnya:
Alexander Agung: Permulaan (1)
Alexander Agung: Permulaan (2)


*** Kisah ini adalah fiksyen sejarah berasaskan imaginasi penulis. Tiada kaitan dengan mana-mana sosok dalam sejarah. Sekiranya ada bersamaan dengan fakta sejarah atau nama-nama berkaitan, itu hanya kebetulan sahaja.

** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

Jan 11, 2011

Alexander Agung: Permulaan (2)

Tahun 336 Sebelum Masihi.....

Raja dan rakyat negara Macedonia bakal meraikan satu lagi perkahwinan diraja. Kali ini Raja Philip menjadi hos kepada perkahwinan anak perempuan pertamanya hasil perkahwinan dengan Permaisuri Olympias. Pengantin perempuan itu juga ialah adik Alexander. Acara ini sudah dirancang menjadi satu majlis gilang gemilang. Ramai tetamu kehomat dari rakan sekutu Empayar Greek dijemput.
Semua mereka datang, sama ada secara sukarela mahu pun terpaksa, demi menghormati Raja Philip.

Dalam pada itu, angin semilir terus bertiup membawa gosip dan desas-desus akan perpecahan di kalangan keluarga diraja Macedonia sejak lebih setahun lalu.
Perkara ini tidak dapat dielakkan justeru kerana Raja Philip mengahwini Eurydice, seorang gadis bangsawan dari kalangan keluarga diraja Macedonia juga. Isteri Raja Philip, Permaisuri Olympias menentang keras. Namun kehendak seorang raja Empayar Greek tiada siapa yang sanggup membantah.

Majlis perkahwinan bakal dijalankan di salah sebuah istana diraja Macedonia yang terletak di satu kaki bukit. Sudah beberapa hari majlis keramaian pra-perkahwinan berjalan. Di sekeliling istana dan lereng-lereng bukit dipasang dengan lampu-lampu jamung menjelang malam. Esok ialah hari yang ditunggu-tunggu. Suasana amat meriah dan bercahaya. Pelbagai acara budaya Greek dan Macedonia dipersembahkan, termasuk acara suka atletik, persembahan artis nyanyian, magik, pementasan teater dan bacaan puisi.


Sebaik fajar menyinsing, panji-panji kebesaran diraja Macedonia diarak melalui satu kawasan lapang yang disediakan khas untuk majlis itu. Tetamu kehormat dan rakyat jelata sudah sedia menunggu, penuh sesak.


“Sila semua pengawal tinggalkan beta,” titah Raja Philip kepada semua pengawal peribadinya bagi mempastikan para tetamu senang dengan baginda tanpa kawalan. Hanya dua orang puterinya, anak lelakinya Alexander dan bakal menantunya menemani baginda memasuki dewan khas.


Raja Philip tidak sempat memasuki pintu masuk dewan. Di hadapan pintu gerbang yang dihias indah, seorang pengawal peribadi muda melanggar perintah baginda dan berlegar-legar santai di belakang pegawai-pegawai istana. Sebaik sahaja Raja Philip menghampiri pintu gerbang di hadapan pintu masuk dewan, lelaki itu bergerak pantas dan terus membenamkan mata pisau Celtik ke bahagian rusuk baginda. Keadaan serta-merta hingar-bingar dan kelam-kabut. Lelaki yang menikam Raja Philip pantas lari dari situ, sedangkan dalam masa yang sama lain-lain pengawal diraja terus menerkam ke arah Raja Philip yang rebah tidak bernyawa lagi.

-- Akan bersambung.

Sebelumnya:
Alexander Agung: Permulaan

*** Kisah ini adalah fiksyen sejarah berasaskan imaginasi penulis. Tiada kaitan dengan mana-mana sosok dalam sejarah. Sekiranya ada bersamaan dengan fakta sejarah atau nama-nama berkaitan, itu hanya kebetulan sahaja.

** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

Jan 3, 2011

Alexander Agung: Permulaan

“Janganlah Tuanku menyekutukan Allah, Tuhan yang Esa. Sesungguhnya menyekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar,” kata Aristotle kepada Alexander yang sedang berhadapan di tempat duduknya.

“Saya faham, mahaguru,” akui Alexander sambil menatap mata gurunya.

“Ingatlah, Tuanku bahawa kebaikan individu merupakan sebahagian daripada kebaikan negara kota. Sekiranya Tuanku berjiwa rakyat dan mengambil berat setiap perihal warga Macedonia ini, saya yakin Tuanku akan memerintah dengan baik.”

Aristotle meneruskan lagi curahan ilmu kepada bakal pengganti raja kerajaan Macedonia, “Kerosakan sesebuah negara bermula dari kebejatan etika dan moral para ahli politik dan pemerintah. Matlamat politik adalah bagi membentuk sebuah masyarakat bernegara yang lebih baik.”

Aristotle memerhatikan ketekunan anak Raja Philip itu membuat catatan di sekeping batu nipis menggunakan kapur dari bukit.

“Tuanku, warga kota seumpama para pelaut. Sebuah kota pula bagaikan perahu yang dinaiki mereka. Jadi, di dalam perahu itu setiap pelaut mempunyai tugas masing-masing yang mesti dilaksanakan. Dengan itu, dengan izin Allah, perahu akan sampai ke destinasi yang dirancang,” jelas Aristotle, guru yang berjanggut putih sehingga mencecah separuh dada itu dengan penuh tekun kepada anak didikannya, Alexander.

“Tujuan politik dan pemerintahan adalah bagi kesejahteraan manusia, Tuanku.”

“Apa maksud kesejahteraan manusia, mahaguru?" soal Alexander dengan mata bersinar penuh minat. Mahaguru Aristotle tersenyum sambil mengurut-gurut janggutnya bermula dari bawah dagu sampai ke hujungnya.

“Pemerintah yang baik adalah seorang yang menghabiskan sebahagian besar masa dan tenaganya bagi mempelajari kebaikan. Dengan ilmu tersebut, dia bukan sahaja ingin menjadi pemerintah yang baik dan patuh kepada hukum, malah bersedia menerima teguran dari rakyat sekiranya sesuatu keputusan itu boleh dipertikaikan.” Terangguk-angguk Alexander mendengarnya sambil membuat catatan ringkas.

“Tuanku sebagai Raja Macedonia bertanggungjawab memimpin warga yang jahil akan elemen-elemen kebaikan. Ini kerana jika kejahilan itu dibiarkan, ia akan mengakibatkan perilaku buruk kepada pelaut dan arah perahu tersasar. Ingat kata-kata saya berkenaan anologi pelaut dan perahu, Tuanku?" Jelas Aristotle sambil mengemukakan soalan supaya Alexander memahaminya. Alexander mengangguk tanda faham.

Seterusnya Aristotle menjelaskan akan hakikat tauhid kepada Tuhan yang Esa dengan berkata, “Tuhan menjelaskan agama yang paling baik ialah agama yang menyeru manusia untuk menyembah Allah sahaja, tiada Tuhan selain Dia, dan melakukan amal ibadat sesuai dengan perintahNya, bukan mengikut selera masing-masing tanpa panduan. Tuhan sangat tidak menyukai orang yang lari dari musuh dengan niat tidak mahu berjuang demi hanya untuk kepentingan diri sendiri. Tuhan jelaskan manusia tidak boleh mengelak dari mati walaupun seseorang itu lari dari medan perang kerana mati adalah perkara nyata, walaupun manusia bersembunyi di sebalik halangan yang kukuh.”


“Okey, Tuanku. Cukup untuk hari ini. Kita sambung lagi pagi esok selepas matahari muncul.” Alexander lantas bangun dari lapik duduknya dan menyalami gurunya penuh hormat dan tertib.


“Sesungguhnya anak Raja Philip ini bakal menjadi pemerintah yang agung,” monolog Aristotle sambil mengulum senyum senang.


Alexander yang dilahirkan pada tahun 356SM diamanahkan oleh Raja Philip kepada mahaguru Aristotle sejak tahun 343SM semasa puteranya berumur 13 tahun. Telah banyak ilmu berkaitan politik, pemerintahan dan keagamaan Tuhan yang Esa dicurahkan oleh Aristotle. Mahaguru Aristotle adalah seorang lelaki beriman dengan berguru bersama mahaguru Socrates. Kedua-dua lelaki Mukmin itu bersama-sama mendukung ajaran agama tauhid Tuhan yang Esa Allah di dalam sebuah masyarakat yang diselubungi para penyembah berhala.


--- Akan bersambung.


*** Kisah ini adalah fiksyen sejarah berasaskan imaginasi penulis. Tiada kaitan dengan mana-mana sosok dalam sejarah. Sekiranya ada bersamaan dengan fakta sejarah atau nama-nama berkaitan, itu hanya kebetulan sahaja.