Sep 3, 2013

Kombat Armagedon – Fragmen 7


4 Februari 2587 Masihi, Ibu Pejabat CIA, Washington DC

Bahagian analisis kriptografi ibu pejabat CIA sibuk, begitu juga di seksyen-seksyen lain yang sangat kelam kabut. Dua belas jam lalu dilaporkan satu serangan senjata biologi di kawasan hutan simpan Arizona sekitar gaung besar Grand Canyon. Pada mulanya ia masih samar-samar apakah jenis serangan, siapakah dalangnya dan jenis pesawat yang terhempas di sana. Kini sudah nyata. Paling tidak bagi dirinya, seorang pakar analisis kriptografi dan senjata kimia.

Kejadian di Arizona masih tidak tersebar secara meluas, namun di beberapa bahagian tertentu dunia sudah sedia maklum. Rahsia yang cuba disorok dari orang awam sudah kedengaran desas-desus di sana sini, terutamanya di Amerika Syarikat.

Letusan bom merembeskan spora anthrax paru-paru di bawah lebih kurang lima kilometer menurut arah angin. Ia meletup di kawasan hutan simpan Apache dan setakat ini seratus orang maut.

Terdahulu pihak FBI, CIA dan Keselamatan Negara menerima laporan sebuah piring terbang terhempas di awal pagi sekitar 4.30 am. Pada mulanya mereka enggan percaya, justeru menganggap itu satu lagi mesej palsu. Namun setelah beberapa pengesahan, maka mereka mulai bergegas menyiasat. Itu dua belas jam yang lalu.

Sebagai memenuhi ciri-ciri seorang pakar, dia mengkaji Bible dan Al-Quran, walaupun ramai orang membebel bahawa dia sedikit paranoid. Dia juga faham siapakah di sebalik piring terbang yang terhempas di Manila, Filipina beberapa bulan lalu.

“Bukan sekadar UFO,” begitulah komen ringkasnya sebelum analisis lengkap diserahkan kepada ketuanya, penolong pengarah CIA seksyen kriptografi dan senjata biologi.

@@@@@@@

Keputusan analisis

Analisa kod-kod Bible dan Al-Quran.

Dalam buku kedua Thessalonians bab 2 ada tertulis bermaksud ‘Menghampiri akhir masa kita akan melihat kerja-kerja syaitan dengan segenap kuasa dan tanda, dan takjub yang melingkarinya.’

Ayat ketiga menyebut, “Janganlah ada orang yang menyesatkan kamu dengan cara apapun, kerana hari itu tidak akan datang, kecuali pertamanya ada jatuh datang dari jauh, dan bahawa dosa manusia akan terungkap, anak kebinasaan.”

Jenny sedia maklum, dari kajian kod-kod dalam Bible, yang Iblis akan arahkan tenteranya ke bumi bagi memulakan porak poranda, atau sememangnya ia sudah lama bermula.

Dalam buku Deuteronomy bab 17, Nabi Musa berseru kepada anak-anak Israel: “Apabila di tengah-tengahmu di salah satu tempatmu yang diberikan kepadamu oleh Tuhan, ada terdapat seorang laki-laki atau perempuan yang melakukan apa yang jahat di mata Tuihan, dengan melangkahi perjanjian-Nya.

“Dan yang pergi beribadah kepada tuhan lain dan sujud menyembah kepadanya, atau kepada matahari atau bulan atau segenap tentera langit, hal yang telah Aku larang itu; dan apabila hal itu diberitahukan atau terdengar kepadamu, maka engkau harus memeriksanya baik-baik. Jikalau ternyata benar dan sudah pasti, bahawa kekejian itu dilakukan di antara orang Israel, maka engkau harus membawa laki-laki atau perempuan yang telah melakukan perbuatan jahat itu ke luar ke pintu gerbang, kemudian laki-laki atau perempuan itu harus kau lempari dengan batu sampai mati.”

Dia kaji Al-Quran: "Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.” (Al-A’raf 7:133)

Bible mencatat: "Sebab jika engkau menolak membiarkan umat-Ku pergi, maka besok Aku akan mendatangkan belalang-belalang ke dalam daerahmu. Belalang itu akan menutupi permukaan bumi, sehingga orang tidak dapat melihat tanah; belalang itu akan memakan habis sisa yang terluput, yang masih tinggal bagimu dari hujan ais itu, bahkan akan memakan habis segala pohonmu yang tumbuh di padang. Belalang itu akan memenuhi rumahmu, rumah semua pegawaimu, rumah semua orang Mesir seperti yang belum pernah dilihat oleh bapamu dan nenek moyangmu, sejak mereka lahir ke bumi sampai hari ini." (Exodus 10: 4 - 6)

“Juga serangan kutu, darah dan air batu yang menghunjam. Ya Allah!” Jenny terkejut dengan sebutan nama “Allah” olehnya. Dia sedar Al-Quran itu benar dan Jenny juga membaca beberapa hadis nabi umat Islam, Nabi Muhammad (SAW) mengenai akhir zaman. Berita Dajjal dan Iblis.

Dia percaya dan beriman, kini, setelah menemui apa rahsia yang terkandung dalam fenomena UFO terhempas di Grand Canyon, dan di Manila tahun lepas.

** Hakcipta Terpelihara 2013 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
** Untuk membaca fragmen sebelumnya, sila kilik label Kombat Armagedon.

4 comments:

Ayei said...

Semoga berjalan lancar hendaknya. Dan juga jgn lupa pm saya kalau dah ada dalam pasaran ye.. Kalau boleh saya beli terus dengan Tuan pun saya sanggup, Nak autograph sekali itu pun kalau tak keberatan lah Tuan,

Terima kasih accept friends ..
Semoga Allah merahmati atas urusan Tuan..

Mariah said...

Tuan Web Sutera, rajin2 lah dengar ceramah Sheikh Imran Hosein di youtube.. mungkin dapat membantu Tuan mendapat ilham..

Lee Sama said...

Wow!

Najmah Abdul Majid said...

Sangat interesting.