Feb 3, 2016

KONSPIRASI MAHARAJA - Bab belum siap


Pihak Ilham Karangkraf ada menjemput: "Ilham Karangkraf kini sedang mencari karya yang berpotensi untuk diterbitkan dalam bentuk cetakan atau digital (e-book). Penulis yang berminat bolehlah menghantar manuskrip penuh... ."

Rasa teruja mahu hantar. Tapi baca sekali lagi, "Tarikh tutup 15 Februari 2016." Tak sempatlah gayanya! Maaf, teman-teman pembaca yang mengikuti siri novel KONSPIRASI MAHARAJA. Insya-Allah, selepas tarikh itu mungkin boleh siap. Sedikit bab berikutnya.

Amati syaitan atau amalan syaitan atau para pendukung syaitan. Fahami bahawa ada niat jahat di belakang mereka, dan dalam masa yang sama ada keindahan yang enggan mereka nyatakan, dan ia tidak mahu manusia dan jin amalkan. Syaitan mengelak dari makhluk baik-baik kerana bercakap tentang orang-orang baik akan menyinggung dan menganggu mereka.

Perjuangan menentang tentera Iblis dan Dajjal memerlukan kesabaran, kemahuan yang kuat dan hikmah tersendiri. Ini kerana syaitan (berupa manusia dan jin) adalah bijak, keras kepala, derhaka dan penipu. Umat Islam perlu sangat bijak, sabar dan sepatutnya dapat membuat perancangan terbaik.

Maklumilah, bahawa syaitan tidak mudah berputus asa, dan sistem Dajjal tidak akan mati serta-merta. Tiap-tiap pelan tunggal mereka untuk musnahkan umat Islam secara spiritual dan fizikal mesti dimusnahkan satu demi satu dengan jalan sabar, solat dan jihad.
***

Januari 2025, ruang dimensi alam, Kota Tarantula

Waktu malam kini apabila mereka tiba di gapura kota. Bangunan-bangunan terlihat redup, namun masih ada sinarnya yang agak pelik. Orang-orang yang berkawal di luar memegang sejenis lentera, ada yang bermain dadu. Sebaik melihat mereka berdua, orang-orang itu segera bangun, ada wajah dan langkah hati-hati menerima kehadiran mereka.

Si Peninjau tidak hiraukan perhatian yang diterima, melainkan terus melangkah tanpa kata. Baiknya ialah tiada seorangpun yang menghalang.

Dalam langkah hati-hati, Dr. Hizam Al-Fateh yang mengekori secara rapat temannya itu melihat ke belakang sekilas. Dia melihat orang-orang atau makhluk berupa orang saling berbisik-bisik.

** Sementara itu, sudikan untuk membaca bab-bab terdahulu seperti berikut:


** Hakcipta Terpelihara 2016 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments: