Jun 21, 2009

Apa itu katering

Istilah katering diambil dari perkataan bahasa Inggeris ‘catering’ dari kata akar ‘cater’. Ia membawa makna penyajian makanan. Orang atau syarikat katering pula dipanggil penyaji makanan atau katerer. Justeru katering merujuk kepada aktiviti atau bidang bisnes penyajian makanan dan minuman kepada orang-orang yang hendak makan dan minum. Hasil aktiviti itu dapat duit, orang bayar kepada katerer.

Bisnes katering berlainan dari bisnes kedai makan atau restoran. Orang datang ke restoran untuk makan, walhal katering, syarikat penyaji makanan datang kepada orang yang hendak makan. Maksudnya katerer dikehendaki membawa makanan dan minuman yang dipesan dalam jumlah yang agak banyak ke tempat pelanggan.

0 comments: