“Janganlah Tuanku menyekutukan Allah, Tuhan yang Esa. Sesungguhnya menyekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar,” kata Aristotle kepada Alexander yang sedang berhadapan di tempat duduknya.
“Saya faham, mahaguru,” akui Alexander sambil menatap mata gurunya.
“Ingatlah, Tuanku bahawa kebaikan individu merupakan sebahagian daripada kebaikan negarakota . Sekiranya Tuanku berjiwa rakyat dan mengambil berat setiap perihal warga Macedonia ini, saya yakin Tuanku akan memerintah dengan baik.”
Aristotle meneruskan lagi curahan ilmu kepada bakal pengganti raja kerajaanMacedonia , “Kerosakan sesebuah negara bermula dari kebejatan etika dan moral para ahli politik dan pemerintah. Matlamat politik adalah bagi membentuk sebuah masyarakat bernegara yang lebih baik.”
Aristotle memerhatikan ketekunan anak Raja Philip itu membuat catatan di sekeping batu nipis menggunakan kapur dari bukit.
“Tuanku, warga kota seumpama para pelaut. Sebuah kota pula bagaikan perahu yang dinaiki mereka. Jadi, di dalam perahu itu setiap pelaut mempunyai tugas masing-masing yang mesti dilaksanakan. Dengan itu, dengan izin Allah, perahu akan sampai ke destinasi yang dirancang,” jelas Aristotle, guru yang berjanggut putih sehingga mencecah separuh dada itu dengan penuh tekun kepada anak didikannya, Alexander.
“Tujuan politik dan pemerintahan adalah bagi kesejahteraan manusia, Tuanku.”
“Apa maksud kesejahteraan manusia, mahaguru?" soal Alexander dengan mata bersinar penuh minat. Mahaguru Aristotle tersenyum sambil mengurut-gurut janggutnya bermula dari bawah dagu sampai ke hujungnya.
“Pemerintah yang baik adalah seorang yang menghabiskan sebahagian besar masa dan tenaganya bagi mempelajari kebaikan. Dengan ilmu tersebut, dia bukan sahaja ingin menjadi pemerintah yang baik dan patuh kepada hukum, malah bersedia menerima teguran dari rakyat sekiranya sesuatu keputusan itu boleh dipertikaikan.” Terangguk-angguk Alexander mendengarnya sambil membuat catatan ringkas.
“Tuanku sebagai Raja Macedonia bertanggungjawab memimpin warga yang jahil akan elemen-elemen kebaikan. Ini kerana jika kejahilan itu dibiarkan, ia akan mengakibatkan perilaku buruk kepada pelaut dan arah perahu tersasar. Ingat kata-kata saya berkenaan anologi pelaut dan perahu, Tuanku?" Jelas Aristotle sambil mengemukakan soalan supaya Alexander memahaminya. Alexander mengangguk tanda faham.
Seterusnya Aristotle menjelaskan akan hakikat tauhid kepada Tuhan yang Esa dengan berkata, “Tuhan menjelaskan agama yang paling baik ialah agama yang menyeru manusia untuk menyembah Allah sahaja, tiada Tuhan selain Dia, dan melakukan amal ibadat sesuai dengan perintahNya, bukan mengikut selera masing-masing tanpa panduan. Tuhan sangat tidak menyukai orang yang lari dari musuh dengan niat tidak mahu berjuang demi hanya untuk kepentingan diri sendiri. Tuhan jelaskan manusia tidak boleh mengelak dari mati walaupun seseorang itu lari dari medan perang kerana mati adalah perkara nyata, walaupun manusia bersembunyi di sebalik halangan yang kukuh.”
“Okey, Tuanku. Cukup untuk hari ini. Kita sambung lagi pagi esok selepas matahari muncul.” Alexander lantas bangun dari lapik duduknya dan menyalami gurunya penuh hormat dan tertib.
“Sesungguhnya anak Raja Philip ini bakal menjadi pemerintah yang agung,” monolog Aristotle sambil mengulum senyum senang.
Alexander yang dilahirkan pada tahun 356SM diamanahkan oleh Raja Philip kepada mahaguru Aristotle sejak tahun 343SM semasa puteranya berumur 13 tahun. Telah banyak ilmu berkaitan politik, pemerintahan dan keagamaan Tuhan yang Esa dicurahkan oleh Aristotle. Mahaguru Aristotle adalah seorang lelaki beriman dengan berguru bersama mahaguru Socrates. Kedua-dua lelaki Mukmin itu bersama-sama mendukung ajaran agama tauhid Tuhan yang Esa Allah di dalam sebuah masyarakat yang diselubungi para penyembah berhala.
--- Akan bersambung.
*** Kisah ini adalah fiksyen sejarah berasaskan imaginasi penulis. Tiada kaitan dengan mana-mana sosok dalam sejarah. Sekiranya ada bersamaan dengan fakta sejarah atau nama-nama berkaitan, itu hanya kebetulan sahaja.
“Ingatlah, Tuanku bahawa kebaikan individu merupakan sebahagian daripada kebaikan negara
Aristotle meneruskan lagi curahan ilmu kepada bakal pengganti raja kerajaan

4 comments:
Assalamukalaikum Tuan Web Sutera
Suatu permulaan yang bagus. Semoga menjadi bacaan yang mencerahkan umat manusia serta melembutkan hati pembaca selembut sutera.
Saya sebenarnya juga punya opsesi untuk membuat Novel sejarah Alexander the Great berdasar kisah Zulqarnain Quranic.
Selamat berkarya dan berkerja Tuan Web, karena bekerja adalah sebagai salah satu bentuk rasa syukur kita kepada Allah.
Assalamuk'alaikum juga kepada Bapak saya (kalau boleh) yang mulia Datuk Abdul Latip Talib. Saya juga teruja dengan Novel Sejarah yang Datuk Tulis. Semoga mampu mencerahkan umat dan bangsa menuju insan kamil dan tamadun islam yang gemilang di masa depan.
Alaikumsalam warahmatullah, Tuan Muhammad Alexander. Wah! Tidak saya duga bahawa entri ringkas ini bisa menggamit komen tuan. Terima kasih atas galakan dan doa tuan.
Suka bagi saya nyatakan di sini bahawa ini suatu usaha saya bagi menyahut cabaran diri sendiri. Ia merupakan suatu fiksyen, bukannya novel sejarah. Fiksyen sejarah ini bakal menggunakan latar belakang sejarah Alexander sebagai asas utama. Mungkin sahaja banyak plot hanya merupakan imaginasi saya.
Pastinya buku pertama dan utama yang menjadi rujukan dan bara usaha saya ialah Alexander adalah Zulqarnain karya Tuan Muhammad Alexander. Saya mohon sesungguhnya supaya Tuan Muhammad Alexander mendoakan saya bisa menyudahkan usaha ini. Saya belum mengemukakan sebarang proposal kepada mana-mana penerbit.
Abang Web,
Selamat berkarya. Menarik!
Post a Comment