Feb 17, 2012

Entri.Com Mat Katerer: Seronoknya Wisata Katering (2)

Minggu lalu, dari tarikh 23 sehingga 28 Julai 2007, saya dan krew sangat sibuk dengan pesanan katering. Salah satu minggu yang paling diingati bagi saya kerana pasukan saya terlibat dengan 17 penghantaran katering, termasuk dua penghantaran ke Rumah PENA, Kuala Lumpur. Dua penghantaran itu untuk Program Apresiasi Novelis, Baca Naskhah Ramlee Awang Murshid.

Bagi program bersama Tuan Ramlee Awang Murshid,
Mat Katerer bersiap sedia menyediakan menu sarapan pagi dan makan tengah hari. Menu untuk makan tengah hari seperti berikut:
  • Nasi beriani
  • Ayam masak merah
  • Rendang daging
  • Dalca sayur-sayuran
  • Acar jelatah
  • Hirisan buah-buahan
  • Minuman: Kordial sarsi
Salah seorang tetamu ialah Budi dengan komennya, "Tuan, makanan anda menakjubkan!"

Terima kasih daun keladi, kawan! Mahu mengetahui harganya? Hubungi saya!

@@@@@@@@@

Tuan dan puan, adakah anda percaya jika saya memberitahu bahawa Mat Katerer menerima pesanan katering dari Jabatan Belia dan Sukan Labuan? Labuan yang terletak di Malaysia Timur, bagaimana saya boleh menyediakan makanan mereka? Menaiki kapal terbang?

Deligasi sukan Labuan tiba di Kuala Lumpur untuk acara sukan paralimpik di Kuantan, Pahang, 26 - 30 Julai 2007. Saya memenuhi keperluan mereka untuk makan tengah hari sebaik sahaja tiba di LCCT, Sepang pada 25 Julai 2007, sebelum pemergian mereka ke Kuantan menaiki bas.

Seterusnya pada 30 Julai (makan tengahari dan makan malam) dan 31 Julai (sarapan pagi dan makan tengah hari).

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Mamie yang mempercayai perkhidmatan katering saya. Mereka suka kuih ketayap yang disediakan. Kegemaran untuk semua!

Ini adalah pesanan kedua diterima untuk acara sukan. Acara pertama tahun lepas untuk sukan FESPIC 2006, sukan orang-orang kurang upaya Asia Pasifik di Kuala Lumpur. Acara diadakan di 17 stadium / arena sukan serentak. Sukan FESPIC adalah salah satu kejohanan sukan paralimpik untuk negara-negara Timur Jauh dan Pasifik Selatan. Ia dianjurkan setiap empat tahun oleh Persekutuan FESPIC.

Untuk rekod, Malaysia di tempat ke-4 dengan merangkul 44 pingat emas, 59 pingat perak dan 71 pingat gangsa.

Secara peribadi saya berasa bangga kerana berjaya memenuhi keperluan bekalan makanan kedua-dua acara sukan tersebut.
Motivasi: Kita manusia kadang-kadang terlupa bahawa setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi. Pada mulanya mungkin kita tidak nampak. Namun apabila masa berlalu, pasti kita akan menghargai apa jua kejadian yang telah ditentukan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.
** Ini kisah benar dinukilkan secara santai dan bersahaja. Tidak berat, namun ada nasihat dan tamsil ibarat, di mana perlu. Mungkin terdapat maklumat yang dikongsikan. Perkisahan seharian dairi Mat Katerer. Kalian jangan bimbang, ini bukan buku panduan bisnes katering, tetapi ceritera sebuah jurnal kehidupan. Bak kata seorang tukang rumah, "Terus terang ya Pak!"

Sebelumnya: Entri.Com Mat Katerer: Seronoknya Wisata Katering (1)

** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments: