Menjelang petang, pasukan yang menjejaki kawanan rusa pun kembali. Bentara diraja datang menghadap baginda lalu melaporkan, "Daulat Tuanku. Pada hutan sebelah tepi laut ini, patik dapat mengesan banyak tapak kaki rusa. Rakan-rakan patik juga sudah melihat sendiri di tepian pantai. Di situ juga kedapatan bekas-bekas mainan sang rusa.”
Maka titah baginda Raja Paya Tu Naqpa, "Baiklah esok pagi-pagi kita berburu. Malam ini sebelum tengah malam, persiapkan segala peralatan supaya tidak terkocoh-kocoh keesokan paginya.”
“Menjunjung titah, Tuanku.”
Setelah bersantap sebaik fajar menyinsing, maka Raja Paya Tu Naqpa bersama segala rakyatnya bergerak menuju ke hutan berhampiran tepian pantai tersebut. Sebahagian besar rakyat Kota Mahligai memasuki hutan bagi memburu kelibat sang rusa. Mereka menggunakan jaring dan jerat bagi tujuan tersebut.
Walau bagaimanapun, sehingga tergelincirnya matahari ke arah barat, tiada seekor pun rusa yang dijumpai, apatah lagi ditangkap.
Raja Paya Tu Naqpa menjadi cukup hairan lalu bertitah, “Lepaskan anjing-anjing perburuan supaya binatang itu dapat mencium bau di mana duduk letaknya atau tempat persembunyian rusa-rusa tersebut. Beta pelik, banyak bekas tapak kaki, tetapi kelibat rusa seolah-olah disembunyikan oleh warga hutan ini.”
Lalu beberapa ekor anjing itu pun dilepaskan. Sambil menyalak, binatang perburuan itu laju berlari ke suatu arah. Sekumpulan besar hulubalang dan rakyat turut berlarian mengejar anjing-anjing tersebut. Tuanku Raja Paya Tu Naqpa juga turut berlarian bersama-sama dengan pengiring diraja termasuk Memanda Menteri.
Dalam tempoh kira-kira dua jam, bunyi salakan anjing kedengaran lantang. Lantas baginda bersegera mendapatkan anjing itu. Baginda melihat anjing itu berhenti dan berlegar-legar di sekitar suatu sisi sebuah tasik. Lantas baginda pun bertemu dengan semua orang yang menuruti anjing itu.
Raja Paya Tu Naqpa bertanya, "Apa yang disalak oleh anjing itu?
Bentara diraja mengangkat sembah lalu berkata, "Daulat Tuanku! Patik mohonkan ampun dan kurnia ke Bawah Duli Tuanku. Ada seekor pelanduk putih, besarnya seperti kambing. Tubuhnya berwarna gilang gemilang. Itulah yang dihambat oleh anjing itu, Tuanku. Justeru pelanduk itu pun lari ke arah kawasan berpasir pantai di sana. Kelibatnya menghilang.”
Baginda Raja Paya Tu Naqpa tidak marah, malah berkata, “Tidak mengapa, duhai Bentara beta. Beta maklum akan kedudukan sebenar.”
Bentara diraja bertanya, “Apakah titah Tuanku seterusnya?”
Setelah mendengar pertanyaan itu, baginda pun bertitah, “Elok benar kiranya kita menuju ke tempat tersebut. Beta sangat berhajat bagi mengetahui apakah yang ada di sebelah sana.”
Selang beberapa ketika, maka baginda pun berangkat berjalan ke arah tempat itu. Sebaik tiba di lokasi yang dikatakan menghilangnya pelanduk putih, baginda melihat sebuah rumah berdindingkan kayu-kayu hutan dan pelepah rembia, serta beratapkan dedaunan kelapa yang dianyam rapi.
Raja Paya Tu Naqpa bertanya kepada semua ahli rombongan, “Siapakah gerangan empunya rumah itu?”
Bentara dan para hulubalang memandang di sekeliling sambil melingarkan mata masing-masing. “Itu ada sepasang lelaki dan perempuan tua, Tuanku. Izinkan patik bertanya,” kata Bentara.
Kedua-dua orang tua tersebut sedang merawa dan menjerat di suatu sudut di tepian pantai yang redup.
Sebaik tiba di bawah lindungan pepohonan, Bentara bertanya, “Siapakah gerangan tuan hamba berdua? Dari mana asal usulnya?”
Orang tua lelaki itu terkejut dengan pertanyaan yang tiba-tiba itu. Lantas matanya melihat sekumpulan orang-orang besar bersama seorang raja. Dia berkata, “Apakah salah hamba, wahai pembesar diraja?”
Bentara hanya mengukir senyuman lantas menunjuk ke arah kedudukan Raja Paya Tu Naqpa. Maka fahamlah kedua-dua orang tua tersebut, lalu mengikuti Bentara.
Justeru, kedua-dua orang tua itu menjunjung kasih akan Raja Paya Tu Naqpa dan berdatang sembah, “Daulat Tuanku! Adapun patik berdua adalah suami isteri yang menetap di sini. Berbahagialah patik kerana patik berdua juga hamba rakyat kepada ke bawah Duli Yang Maha Mulia. Asal patik ini duduk di Kota Mahligai juga. Tatkala Paduka Nenda berangkat pergi membuka negeri ke Ayuthia, maka patik pun dikerah orang pergi mengiringkan Duli Paduka Nenda berangkat. Setelah Paduka Nenda sampai kepada tempat ini, tidak semena-mena patik kedatangan penyakit. Akibatnya patik serta isteri pun ditinggalkan orang ramai di tempat ini. Ampun Tuanku."
Baginda bertitah, "Apakah nama engkau?"
"Nama patik Encik Tani, Tuanku."
Sebelumnya: Sri Negara-Patani (1)
--- Akan bersambung.
Indahnya buana tidak terperi
Ciptaan agung dustur Ilahi
Inilah kisah sebuah negeri
Duduknya fana dibawah mentari.
** Hakcipta Terpelihara Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments:
Post a Comment