Rasulullah (SAW) berkata, “Sesiapa bermohon kepada Allah agar dia mati
syahid dengan benar-benar ikhlas, maka Allah akan sampaikan ke peringkat orang-orang
yang mati syahid dan andai sekalipun dia mati di atas tikarnya.” (Hadis
riwayat Muslim, Abu Daud, Tirmizi, Nasai dan Ibnu Majah)
@@@@@@@
Mereka berehat. Fateh
Sa’adi membaca beberapa perkara di skrin palmtopnya, mengakses E-Sahih.
Dalam catatan akhbar New
York Times bertarikh 19 Januari 1992, penulis Amerika Syarikat bernama L. S. Hans
Ilya menyindir pegangan orang Islam terhadap Imam Mahdi.
“Al-Mahdi yang dinantikan
mereka itu cuma waham atau dugaan yang mesti ada di kalangan orang-orang Islam.
Ini justeru kerana mereka tidak boleh hidup tanpa ada sangkaan-sangkaan bantuan
melawan Yahudi dan kembalinya Baitulmaqdis ke tangan mereka. Sebagai pemikir
saya berasa pelik. Setiap kali mereka diserang oleh Yahudi, timbullah mitos
Imam Mahdi.
“Itu hanya gurauan, muncul
justeru umat Islam bergantung harap kepada Imam Mahdi. Apabila sesuatu memihak
kepada orang Yahudi, orang Islam berkata, ‘Sesungguhnya itu mukadimah kepada
datangnya Al-Mahdi.’ Padahal tiada siapapun imam yang dinantikan mereka itu. Ia
hanya seperti garam di dalam air dan semata-mata dugaan, sangkaan dan bayangan
dalam air, tidak berasas.”
Dalam akhbar The Times,
London, bertarikh 16 Januari 1992, penulis British bernama Aozoald K. L. menulis,
“Natijahnya ialah Imam Mahdi hanya pembohongan besar. Umat Islam tidak berpuas
hati, justeru mereka berharap munculnya seorang pahlawan yang akan binasakan
Yahudi seluruhnya tanpa tinggalkan kesan.”
Dalam akhbar Jerman,
pemikirnya G. H. Fanmlrndg menuduh, “Pemikiran umat Islam ialah Imam Mahdi akan
menguasai dunia pada akhir zaman, akan mengalahkan Yahudi dan akan kembalikan
Baitulmaqdis kepada persada umat Islam. Namun sehingga kini pemimpin itu belum
muncul, walhal semua tanda yang mereka sangkakan itu sudah ada. Justeru ia
hanyalah sangkaan dan dugaan belaka, bukannya datang dari pemikiran yang sihat.
Ia karamah orang-orang Islam yang kosong, sentiasa uar-uarkannya demi menutup
kekurangan, kelemahan dan perpecahan yang mendominasi mereka di seluruh dunia.”
Walaupun begitu, penulis
Jerman ini turut mengakui, “Permasalahan Al-Mahdi ini ialah suatu pemikiran
yang ada kehendak kuat. Apabila ia mengakar dalam sanubari, kepercayaan ini banyak
bangkitkan perkara-perkara yang menyalahi kebiasaan. Justeru orang-orang Islam
memiliki kekuatan, dan teguh menunggu munculnya Al-Mahdi. Mimpi mereka menjadi
realiti. Ia akan terjawab dalam hari-hari dan tahun-tahun mendatang.”
Fateh Sa’adi berkata,
“Allahu-Akhbar!”
Kedengaran suara Cheng Hui
bertanya, “Mengapa, Fateh?”
Sahabat-sahabat lain juga
mengangguk, bertanyakan hal yang sama. “Lihat segmen dalam E-Sahih di bawah tajuk
besar ‘Penipuan-penipuan Zionis Yahudi’,”
jawab Fateh Sa’adi seraya tersenyum mesra.
Perjuangan jihad
diteruskan sehingga syahid atau menang. Itu tekad mereka. Beberapa hari
kemudian, mereka memperoleh info sahih berkenaan pakatan ahzab di utara
Palestin di lembah Megiddo. Panji-panji jihad terus berkibar megah demi umat
Islam dan agama Allah yang hak.
Imam Mahdi masih belum
ditemui oleh umat Islam. Namun bukan sekadar menunggu tanpa berusaha. Janji
Allah Maha Benar dengan usaha-usaha pemuda-pemuda jihad.
@@@@@@@
Catatan suhuf lama
Angin menyebarkan
sebaik-baik manusia. Telah hampir dengannya panji-panji kemenangan pada zaman
semua kejahatan, yang akan timpakan dukacita besar kepada sang Pembohong Besar.
Seorang pemuda dari bumi Kaabah Tuhan, dia menguasai al-Arz (Lubnan) dan
Megiddo pada perang besar dunia yang dahsyat, dan dia menawan mulut musuhnya.
Telah hampir munculnya beserta
bintang yang baginya api dan nyalaan api dikuasainya. Tanda-tanda musnahnya
Iraq dan Syam dalam medan perang dunia yang hebat, dan sudah hampir muncul
seorang pemuda hamba Tuhan. Dukacita di seluruh bumi Arab, dia hampir keluar
dari bumi al-Arz, dan Yahudi di bumi al-Arz binasa.
Tuhan murka ke atas semua
pasukan ahzab orang-orang jahat bumi, dan kaum Yahudi dengan tanah yang dicuri
akan menerima murka besar Tuhan. Seluruh al-Marj (lokasi di Libya berdekatan
pantai Mediterranean) dan al-Arz akan dalam keperitan, dan pemuda yang baik
semakin dekat. Lembah dan gunung-ganang akan bergembira mengenal pemuda itu dan
tunduklah tali kekang, dan Tuhan hampir ke Megiddo!
Perang alam semesta,
perang simbol Mesir, perang hulu sungai, logam dan perang belalang, dan perang
datuknya di Mad. Mad adalah peperangan akan datang daripada tipu muslihat Tuhan,
dan perang Tuhan ialah api. Ini berita al-Masih Isa dan ia menguatkan rahsia-rahsia
untuknya. Ia harapan yang menggembirakan, kesungguhan yang terpuji.
Sesungguhnya, sesiapa yang
memerangi Tuhan maka dia mesti menimbun tanah dan ingatlah yang dukacita dan
panas api tidak hilang darinya, kecuali lebih hancur daripada kerosakan.
** Peta: Gambaran pihak
Barat atau lebih tepat negara haram Israel untuk serangan perang di masa depan.
Lihat sendiri, siapa yang paranoid? Pasukan Dajjal memang sudah bersedia!
Sebelumnya: KOMBAT ARMAGEDON - Baitulmaqdis
** Hakcipta Terpelihara 2013 Web Sutera.
0 comments:
Post a Comment