Insya-Allah,
dalam membaca setiap bab buku ini, saya turut mengelamun beberapa saat di
setiap akhir bab. Memang, demi Allah, hati saya meruntun, bahkan insaf di
setiap kisah. Justeru tidak keterlaluan apa yang dicatat oleh penerbit di kulit
hadapan: “42 Kisah Hijrah yang Meruntun Hati”.
Ia
sebuah kesinambungan buku sebelumnya, 50
Sup Champion Resipi Rasulullah. Oleh sebab itu, desain buku ini hampir sama
dengan buku sebelumnya. Ia juga dalam kategori yang sama, yakni motivasi addin.
Pihak
penerbit mencatat dalam Kata Pengantar Penerbit, antara lain:
“Syukur
ke hadrat Allah kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya, kami berjaya
menerbitkan buku yang bertajuk Hijrah Champion Gaya Rasulullah. Apakah inti
pati yang terkandung dalam buku ini? Ia mengajak kita agar:
1)
Berhijrah daripada yang kurang baik ke arah yang baik, dan daripada yang baik
kepada yang lebih baik.
2)
Mencontohi sifat dan sikap seorang champion paling besar untuk dunia yang
dititip dari langit, Nabi Muhammad dalam membentuk peribadi.
3)
Hindari perkara atau perbuatan yang boleh mendatangkan kemurkaan Allah.
Antara
keismewaan buku ini ialah:
i)
Terdiri daripada kisah kehidupan sebenar (bukan rekaan semata-mata).
ii)
Kisah hijrah digarap dengan diselangi bait firman Allah, sedutan hadis sahih
dan puisi daripada penulis sendiri.”
Berpuluh
tahun dahulu, saya suka menulis puisi yang termuat dalam sebuah buku catatan.
Tetapi ia sudah lama hilang. Sejak menghadiri kelas penulisan puisi bersama
Puan Ainon Mohd., saya mula kembali menggarap rasa dan pemerhatian dalam bentuk
puisi.
Biasanya
buku puisi orang tidak berapa gemar membelinya. Justeru puisi-puisi dimasukkan
ke dalam tiga buah buku motivasi saya setakat ini. Terkini dalam buku Hijrah Champion Gaya Rasulullah ini.
Insya-Allah,
saya kira kandungan 42 bab kisah hijrah sememangnya perkisahan dan ceritera. Ia
bukan ayat-ayat naratif semata-mata, bahkan boleh juga dikategorikan sebagai
cerpen, catatan kontot dan gambaran monolog hati. Justeru boleh dikatakan
sebagai antologi cerpen.
Berkaitan: Ayuh berhijrah!
Berkaitan: Ayuh berhijrah!
0 comments:
Post a Comment