Pengantar Pengarang
Setiap
tahun berpuluh ribu orang siswa dan siswi keluar dari IPTA / IPTS seluruh negara.
Ada yang mencari kerja makan gaji dan ada pula yang bekerja sendiri, malah ada
juga yang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Apa pun, hakikatnya sebahagian besar
daripada lepasan pengajian tinggi yang berbekalkan segulung ijazah sarjana muda
atau diploma bakal menempuh alam dan pengalaman baharu.
Bagi mereka yang menjadi sebahagian daripada statistik
pasaran tenaga kerja negara, buku ini adalah untuk tatapan mereka. Bahagian
pertama ini adalah sebahagian daripada Siri Kerjaya 101 yang bertujuan
menyingkap tabir misteri dunia di luar kampus dan bilik kuliah.
Bagi para siswa dan siswi, ini sebahagian daripada bahan
rujukan yang dapat membekalkan panduan bagi menempuh alam kerjaya dan industri
pembangunan negara.
Selamat maju jaya!
Imran Yusuf.
0 comments:
Post a Comment