Kamu
tentu bertanya, “Bagaimana saya membina personaliti diri sehingga ke tahap yang
hebat?” atau dengan lain perkataan kamu bertanya, “Apakah yang perlu saya buat
supaya saya menjadi seorang yang hebat?”
Perkara
pertama bagi mencapai kejayaan di dunia atau di akhirat ialah dengan menimba
ilmu dalam bidang yang dikehendaki. Nabi Muhammad SAW pernah berkata, “Untuk
berjaya di akhirat memerlukan ilmu dan untuk berjaya di dunia juga memerlukan
ilmu.”
Apabila
Nabi Muhammad SAW menerima lantikan menjadi Rasul dari Tuhan semasa bertafakur
di Gua Hiraq, ayat al-Quran yang pertama yang dibacakan kepada Nabi Muhammad
SAW ialah ayat yang bermaksud, ‘Bacalah.’ Manakala Tuhan mengajarkan nama-nama
benda kepada Nabi Adam sebelum baginda diuji pengetahuannya berbanding ilmu
yang ada pada para malaikat.
Dari
dua peristiwa ini, kita dapat membuat kesimpulan Tuhan telah memberi panduan,
untuk menjadi insan yang hebat, kita perlukan ilmu. Untuk menjadi utusan Tuhan
yang hebat, Nabi Muhammad SAW mesti berilmu. Bagi menjadi makhluk Tuhan yang
hebat sehingga berjaya mendapat penghormatan dari para malaikat, Nabi Adam
perlu mempunyai ilmu pengetahuan.
Ilmu
itu seumpama makanan bagi minda, sebagaimana makanan dan minuman menguatkan dan
memberikan khasiat kepada tubuh badan. Oleh itu, sebagaimana tubuh badan
memerlukan makanan secara berterusan, maka begitu juga minda memerlukan ilmu
pengetahuan secara konsisten. Untuk menjadikan badan kekal sihat dan cergas,
kita perlukan makanan berkhasiat dan latihan fizikal secara konsisten. Bagi
menjadikan minda pintar yang membuahkan fikiran bernas kita perlu memberikannya
input yang baik dan tulus.
Seorang
guru atau pensyarah perlu terus membaca mengenai perkembangan ilmu dalam
profesion pendidikan dan ilmu yang diajarnya, supaya dia menjadi guru atau
pensyarah yang peka dengan perkembangan semasa dan membina kemahirannya.
Kita
mungkin bertanya, “Bidang apakah yang perlu dipelajari bagi mendalami ilmu
saya?” Jawapan kepada soalan ini akan menentukan masa depan kita.
Minat atau Bakat?
Apabila
diminta nasihat bidang apa yang kita harus ceburi, ada dua jawapan yang paling
kerap diberikan.
Ada
yang menjawab, “Pilihlah kerjaya dalam bidang yang kita minati, kerana kita
tidak mungkin gembira melakukan tugas yang kita tidak suka.” Pada sekilas
pandang nasihat itu ada logiknya. Mana mungkin kita akan seronok menjalankan tugas
sedangkan bidang tugas itu kita tidak sukai?
Namun
ada juga yang menasihati kita dengan berkata, “Teliti dahulu bakat kamu dan
kemudian pilihlah kerjaya yang sesuai dengan bakat kamu.”
Apabila
dikatakan, “Tidak mungkin saya akan seronok menjalankan tugas dalam bidang yang
saya tidak minati,” maka hujah balas yang diberi ialah, “Apabila kita berbakat
dalam sesuatu bidang, maka kita akan dapat melakukan apa sahaja tugas dalam
bidang itu dengan mudah dan tidak memerlukan usaha yang berlipat-ganda. Oleh
sebab kita merasakan mudah saja memahami selok-belok dan kita dapati tugas itu
dapat kita selesaikan tanpa ‘menyeksa diri,’ maka dengan sendirinya kita merasa
seronok bertugas.”
Rakan-rakan
sekerja kita pula tentu merasa kagum dengan kebolehan kita melakukan tugas
dengan mudah. Bagi mereka yang kurang berbakat dalam bidang itu pula, harus
berusaha dua kali ganda atau tiga kali ganda lebih kuat daripada kita untuk
menyiapkan tugas yang serupa.
Jika
kita boleh lakarkan ilustrasi perbandingan antara minat dan bakat terhadap
keseronokan dan tahap kemudahan melakukan sesuatu tugas, maka terbentuklah lakaran
seperti Gambar Rajah 1.2.
Dalam situasi ideal, kita menemui bidang yang di dalamnya kita mempunyai bakat DAN pada masa yang sama kita minati pula bidang itu. Namun dalam keadaan di mana kita mengetahui bidang yang di dalamnya kita mempunyai bakat TETAPI yang kita tidak minati, maka kita disyorkan supaya memilih bidang itu. Ini ialah kerana apabila kita sudah mulai melakukan tugas dalam bidang itu, kemungkinan minat kita akan bertambah sedikit demi sedikit terhadap tugas itu.
Untuk
menjadi seorang individu hebat, kita memerlukan sistem sokongan bersepadu
dengan menimba ilmu, mengenali bakat, menguatkan kerohanian serta memilih
mentor. Bakat dan minat saling menguatkan, namun bakat lebih utama dalam menentukan
bidang kerjaya yang kita pilih.
0 comments:
Post a Comment