Apr 17, 2014

Adegan 1

Terjangan menyendeng ke sebatang pokok melantun aura, lalu melayah. Sepantas hembusan nafas, dia berdiri di dedaunan. Dia mengambil nafas dan bertasbih, amarah diserap agar tidak menjadi bahana. Matanya galak menatap musuhnya yang menyeringai marah. Musuh itu menghambur sumpah seranah.

Dengan mudah si musuh terbang bersama tujahan angin ke atas. Dahan dan dedaunan pokok itu dipupuk petaka. Namun Awang masih cekal mengimbang badannya, sambil membaca sesuatu. Pasrah dalam doa.

Alih-alih si musuh terpelanting menghempas ke sudut kiri, lalu terperosok ke dalam rimbunan sebatang pokok yang hampir sama besar dengan pokok yang Awang sedang kuasai. Tiupan angin panas terhenti.

Nun di sana ... kedengaran tiupan seruling. Awang kurang pasti dari arah mana, kerana ia persis datangnya dari segenap sudut. Dia beristighfar dan mengucap takbir, “Allahu-Akbar!”

Siaga ... kerana dia tahu dari firasatnya, itu tiupan berbau hitam, sedang mengumpul tentera syaitan yang bermitos petaka. ...

* Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments: