Sebelas
bulan sebelum 2420 Masihi
Mereka
- kumpulan penyiasat NYPD dan FBI - melangkah secara berhati-hati melalui
serpihan yang berterabur. Salah seorang yang berdiri di tepi salah satu dinding
ialah lelaki berkulit agak gelap, menyorot kemusnahan agak menyeluruh dalam
muzium itu. Sebuah muzium yang dikatakan paling selamat di New York.
Relik
sangat berharga bersepah, kebanyakannya musnah dan mustahil untuk diperbaiki.
Keseluruhan bangunan sebagai kawasan jenayah. Lantai di dewan besar muzium
memaparkan hidup yang musnah – pecahan marmar, keratan kaca, percikan darah –
semuanya menjadi bahan-bahan penyiasat senario jenayah (CSI). Semuanya ada
kemungkinan memberi petunjuk, namun tidak semudah itu. Mungkin juga ia hanya
menjadi petunjuk yang keliru.
Dia
melihat sedozen lebih anggota CSI bersuit putih sedang bertugas secara
sistematik ke atas serpihan. Pada masa yang sama, dia melihat sekumpulan ajen
FBI dari unit khas – Pasukan Siasatan Bukti (ERT) – berjalan perlahan-lahan di
sekitar dewan besar.
Gasconi
Toure. Secara nota mental, dia sebagai salah seorang pegawai penting di muzium
itu, mengimbau kejadian lebih dua jam lalu.
Empat
penunggang kuda berpakaian ala-ala Kesatria Templar menyerbu tangkas tanpa
diduga daripada jangkaan sebuah pertunjukan. Hasilnya ... lima mayat untuk lima
orang polis dan empat mayat lain yang dia tidak pasti siapakah mereka. Enam
anggota polis dan dua orang awam cedera parah. Lebih dua belas orang luka-luka
ringan. Beberapa orang terkena serpihan kaca yang berterbangan semasa serbuan
yang tidak diduga itu.
Paling
ramai yang masih terkejut dan trauma, terutamanya di kalangan orang awam yang
mengunjungi pameran kontroversi bahan-bahan purba dan relik dari Era
Pertengahan itu. Situasi ini perlukan kehadiran beberapa orang kaunselor yang
sedang mententeramkan mereka.
Merentas
lobi, dia melihat dua orang sedang bertekak – Penolong Pengarah FBI dan Kapten
Detektif NYPD. Masing-masing ingin berkuasa, mengambil tanggungjawab kes besar
itu.
“Macam
dalam kisah wayang atau filem Hollywood.” Gasconi Toure berkata perlahan kepada
teman di sebelahnya. Temannya itu hanya mengangkat bahu.
“Ini
melibatkan teroris! Ada kaitan dengan Vatikan.” Kata Penolong Pengarah FBI.
“Belum
pasti lagi,” tingkah Kapten Detektif NYPD.
“Apa
yang belum pasti? Sudah nyata!” Tekan pegawai FBI itu.
Mengikut
syarat siasatan, sekiranya ia melibatkan hubungan Vatikan, maka kuasa siasatan
berpindah daripada NYPD kepada FBI. Suara mereka berdua masih kedengaran oleh
ramai orang lain di situ.
@@@@@@@
Lapan hari selepas rompakan di muzium
New York, 2419 Masihi
Gasconi
Toure. Dia bersendirian. Selepas menutup dan mengunci pintu di belakangnya, dia
mengambil mesin rumit dari lokasi dalam sebuah dinding rahsia di sebalik sebuah
rak buku besar. Kemudian dia berjalan menuruni tangga menuju ke sebuah bilik
bawah tanah, secara berhati-hati. Mesin itu tidak berat, namun dia bimbang
andai terhempas.
Lima
hari lalu, dia berjaya mengesan lokasi persembunyian pasukan empat orang
berkuda yang merompak muzium New York. Dengan bantuan rakan-rakan penyiasat
persendirian mahir, mereka mengelabui mata seorang tua penjaga sebuah lokasi
rahsia.
Sebelumnya
di hari kejadian, sebaik sahaja empat orang berkuda itu bergerak laju merentas
sebuah padang berdekatan muzium bersama tebusan VIP, dia segera menghantar
sepasukan penyiasat muzium secara senyap-senyap. Di waktu menemui orang tua
itu, empat perompak muzium tiada, jadi tugas mereka menjadi agak mudah.
Kamar
di bawah tanah, walaupun hanya berlampu tidak berapa terang, dia letakkan mesin
itu di atas meja kayu agak melengkung. Dia berjalan ke satu sudut kamar,
mengeledah longgokan kota lama. Dia ambil satu alat yang dikehendaki, lalu membuka
kotak itu dan keluarkan satu folder.
Daripada
folder, dia keluarkan beberapa helai kertas tebal dan aturkan secara kemas di
sebelah mesin itu. Kemudian dia duduk di kerusi, melihat daripada dokumen
kepada alat rumit yang mudah dibukanya, silih berganti.
Dia
berkata sendirian, “Akhirnya.”
Dia
membaca baris demi baris, dengan menggunakan kanta pembesar. Ada bahagian
dokumen yang tidak berapa jelas, bertulis tangan. Sehelai demi sehelai. Ada
lakaran diagram, ada peta suatu lokasi.
Ada
helaian yang bertulis, “Tatkala subuh esok sebermula, mereka dengan kuat
memanggil Baphometh dan kami berdoa secara senyap di dalam hati. Kemudian kami
menyerbu dan memaksa semua orang keluar ke bahagian luar tembok.”
Dia
mengangguk lalu berkata, “Gerakan bawah tanah Illuminati dan Persaudaraan Mason
diasaskan dari fahaman Kesatria Templar ini. Order Baharu Dunia yang
bertuhankan Iblis atau anak lelaki Lucifer.”
Misi
seterusnya ialah menyerahkan dokumen itu kepada pihak berkaitan. Ia adalah sebuah
kembara peribadi untuk sebuah kebenaran yang menghijab manusia sekian lama.
Pengembaraan peribadi yang dia yakini akan mengegar dunia – khususnya dunia
Barat.
“Baphomet adalah
syaitan yang disembah oleh ahli-ahli Freemason. Aku akan bersegera, walaupun
nyawa aku bakal hilang. Hanya Allah.”
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
0 comments:
Post a Comment