Gasconi Toure memandang semua yang ada seorang demi seorang. Masing-masing tidak bersuara, tekun mendengar kisahnya. Seorang lelaki paling tua memberi anggukan agar dia terus bercerita.
“Eksperimen meledak menjadi petaka. Dari gurun Nevada yang rahsia itu, kumpulan awan partikel nano atau robot mikro lolos dari makmal. Kumpulan awan itu bersifat boleh bertahan sendiri dan boleh membiak. Ia unsur nano AI super dan boleh belajar dengan sendiri. Dengan bahasa mudah, ia ‘hidup’.
“Diprogram
untuk memburu ... dan membunuh. Ia boleh berkembang biak dengan pantas, semakin
berbahaya setiap jam berada di udara. Eksperimen rahsia dengan matlamat hasilkan
senjata massa untuk matikan nyawa secara senyap agar tidak dapat dikesan apakah
penyebabnya. Itulah harapan pihak yang berikan dana penyelidikan. Pihak tentera
Amerika Syarikat.”
Seorang
ahli bertanya, “Mereka hasilkan senjata biologi dan mekanikal?”
Gasconi
Toure mengangguk.
@@@@@@@
November 2419 Masihi
Kapikov, Sempadan Iran-Turki
Dua
minggu selepas peristiwa rompakan di muzium New York. Malam sudah berlalu
hampir sejam. Lelaki itu membongkok sambil memegang sebilah pisau sepanjang
hampir 12 inci di depan muka Gasconi Toure. Kali ini dia bercakap dengan suara
perlahan dalam bahasa Inggeris pelat orang Iran.
“Kami
tahu apa telah kau buat dan kau datang dari mana. Pihak kami kenal kau! Kau
dikatakan sudah mati semasa satu misi beberapa tahun lalu. Tapi aku tak akan
tertipu! Kau rupa-rupanya masih hidup. Kau pengkhianat! Sekarang, andai kau
beritahu aku apa yang aku mahu, kau akan terus hidup.”
Gasconi
Toure mengambil nafas dalam-dalam lalu berkata nekad, “Kau tak akan dapat ugut
aku.”
Untuk beberapa ketika lelaki itu sekadar berdiri, pipinya agak mengembung kerana mengepam nafas bengang. Alih-alih dia tersenyum, nafasnya dihembus kasar ke muka Gasconi Toure. Dia berkata, “Malam ini bakal menjadi panjang untuk kita berdua.”
Bilik itu terang, tanpa tingkap. Gasconi Toure tidak berapa pasti di mana dia berada. Namun dia masih mengingati pertarungan di suatu lokasi di Turki. Hatinya bertasbih memuji ke-Esaan Allah dan mengharap ampunan-Nya sebaik sahaja bayangan medan tarung itu menjelma di dalam ruang mindanya.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments:
Post a Comment