Dec 27, 2015

D.R.U.G – Minat atau Bakat?

Minat atau Bakat?
Apabila diminta nasihat bidang apa yang kita harus ceburi, ada dua jawapan yang paling kerap diberikan.

Ada yang menjawab, “Pilihlah kerjaya dalam bidang yang kita minati, kerana kita tidak mungkin gembira melakukan tugas yang kita tidak suka.” Pada sekilas pandang nasihat itu ada logiknya. Mana mungkin kita akan seronok menjalankan tugas sedangkan bidang tugas itu kita tidak sukai?

Namun ada juga yang menasihati kita dengan berkata, “Teliti dahulu bakat kamu dan kemudian pilihlah kerjaya yang sesuai dengan bakat kamu.”

Apabila dikatakan, “Tidak mungkin saya akan seronok menjalankan tugas dalam bidang yang saya tidak minati,” maka hujah balas yang diberi ialah, “Apabila kita berbakat dalam sesuatu bidang, maka kita akan dapat melakukan apa sahaja tugas dalam bidang itu dengan mudah dan tidak memerlukan usaha yang berlipat-ganda. Oleh sebab kita merasakan mudah saja memahami selok-belok dan kita dapati tugas itu dapat kita selesaikan tanpa ‘menyeksa diri,’ maka dengan sendirinya kita merasa seronok bertugas.

Rakan-rakan sekerja kita pula tentu merasa kagum dengan kebolehan kita melakukan tugas dengan mudah. Bagi mereka yang kurang berbakat dalam bidang itu pula harus berusaha dua kali ganda atau tiga kali ganda lebih kuat daripada kita untuk menyiapkan tugas yang serupa.

** Petikan dari e-buku PERCUMA berjudul D.R.U.G - Derap Realisme Ujana Gemersik. Sudikan untuk muat turun (download) dari pautan-pautan di bawah.

E-Book percuma, 369 muka surat. PERCUMA!
Catatan pinggir  
meluah aura 
agar tak binasa 
dalam rasa ingin 
berhamba pada-Nya.
Untuk kawan-kawan, tak mau jadi lawan. Mengharap setiakawan bukan mencari lawan.

Pautan 1: Tinta Ibrah.
Pautan 2: Bagi yang ada akaun Goodreads.
Pautan 3: Dari Scribd.
Pautan 4: Dari GoogleDrive.

0 comments: