Jan 13, 2016

KONSPIRASI MAHARAJA - BAB 18


Dari Champagne, Perancis, sembilan orang Knight Templar mengharungi perjalanan jauh dan menyukarkan untuk misi suci. Sebaik tiba di Jerusalem, mereka menemui Raja Baldwin II dengan mesej bahawa mereka ditugaskan untuk melindungi jalan-jalan bagi keselamatan para penziarah. Kebenaran istana Jerusalem diberikan serta-merta.

Maka penempatan rahsia mereka ialah di Mount Zion. Namun tanpa pengetahuan Raja Baldwin II, sembilan orang Knight Templar turut membawa peta-peta bahari untuk harta yang tersembunyi. Dokumen Qumran menjadi pemandu mereka untuk pemburuan relik itu.

Akhirnya selain longgokan emas yang banyak, mereka juga membawa pulang ke Perancis relik yang sangat penting – Ark of the Covenant/Tabut Perjanjian.

Sambutan sebagai hero dibuat oleh istana Perancis. Juga kumpulan paderi atau sami mazhab Cistercian turut meangkat kumpulan Knight Templar khas itu sebagai orang-orang suci.

Mazhab Cistercian berasal di Cîteaux, sebuah biara Perancis yang didirikan pada 1098 oleh sekelompok biarawan di bawah kepemimpinan St. Robert dari Molesme. Setelah meninggalkan biara Molesme untuk membina sebuah biara baru, komuniti bersedia untuk hidup secara sederhana di bawah peraturan St. Benedict. Seterusnya satu reformasi tersendiri ditinta dalam ritual mazhab ini.

Selepas 200 tahun mazhab ini dibenarkan mengamalkan liturgi keagamaan, akhirnya mereka disiksa dan dibunuh atas arahan istana oleh raja Perancis. Ahli-ahli Knight Templar dan semua pemesongan agama mereka dibongkar. Salah satu alasan terkuat mereka dibunuh ialah kerana mereka menyembah dewa syaitan bernama Baphomet.


** Hakcipta Terpelihara 2016 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments: