Januari
2587 Masihi
Jeneral
memberi isyarat khusus ke arah dinding berwarna kelabu perak. Dengan pantas
dinding itu bertukar terang dan dipenuhi dengan jalur-jalur terang cahaya neon.
Kumpulan jalur itu bertautan dan saling bersilang membentuk diagram skematik
sebuah kapal, dengan skala tertentu.
“Info
risikan kapal Mughal tidak berapa lengkap, setakat ini. Asingkan semua
laporan berlawanan, buang ralat data ... dan apa yang kita peroleh seperti di
paparan skrin.”
“Saya
faham, Komghazi berdua. Insya-Allah, apabila kalian semakin hampir dengan objek
sasaran, skematik akan semakin jelas. Komghazi Sulaiman Pasha akan memeriksa
semula semua data bila tiba masa nanti. Walaupun mungkin ada skematik awal ini
bakal menjadi tidak relevan, namun ia masih berguna saat ini. Saya yakin, ia
akan memberikan kita sedikit cahaya berkenaan rekabentuk dalaman kapal itu.
Pada masa itu, pasukan kita juga ada kelengkapan infra merah dan radar
tembus-dalam dari sensor mutakhir.”
Fateh
Sa’adi mencelah, “Kelihatannya sebuah kapal besar.”
“Jadi
apa yang bakal kita jangkakan, Jeneral? Apakah kapal itu sebenarnya?” Soal
Cheng Hui.
Fateh
Sa’adi menjawab, “Soalan yang bagus!”
Apa
yang sedang ditunjukkan oleh Jeneral ialah badan empat persegi panjang, lebih
kurang satu kilometer dari hujung ke hujung. Mungkin seratus meter dalam dan
seratus meter lebar, bersama seakan-akan bentuk bonjolan bebola di separuh bahagiannya.
Skematik tidak lengkap itu juga menampakkan enjin di satu hujung, dan komplek
dermaga berbentuk sarung tangan di hujung satu lagi.
Kapal
itu amat janggal digunakan untuk perjalanan antara bintang, dan ia kelihatannya
tidak dilengkapi dengan enjin katir yang berkuasa sebagai pengimbang badan
kapal.
Fateh
Sa’adi mengamati, sungguh-sungguh, kemudian berkata, “Seperti saya pernah
melihatnya. Dejavu? Saya teringat lakaran artis .....”
Cheng
Hui turut berkata, “Ya! Saya juga pernah melihatnya."
Jeneral
menoleh kepada Said di sebelah kanannya. Lantas Said berkata, “Nightingale atau
kata orang Melayu, bulbul.”
“Ya
Allah!” Sampuk Fateh Sa’adi dan Cheng Hui serentak.
Kemudian
Cheng Hui bertanya, “Bukankah Nightingale itu sudah musnah?” Soalan itu ditujukan
khusus untuk sahabat Said dan Marjan.
Marjan
memberi penerangan, “Kapal itu ditempatkan di kawasan Segitiga Farmosa, sebuah
segitiga kerajaan Iblis. Saya, Said dan ramai lagi manusia, jin dan robot
pernah memasuki kapal ini tatkala tercedera di medan Perang Barat-Timur selama
20 tahun itu. Ia kapal perubatan yang dibina atas perjanjian kedua-dua belah
pihak sekutu paksi kejahatan itu. Sebaik kami dan semua tentera diubati atau
dibaiki, kami berperang lagi. Jeneral?”
Giliran
Jeneral pula memberi penerangan, “Nightingale dibiayai dan dibina oleh satu
konsortium dari kalangan aristokrat paksi Barat dan Timur. Justeru ketaksuban
doktrin politik mereka gagal menyekat perang, mereka bersetuju kononnya
bersepakat membina kaedah terbaik; dengan meringankan derita perang di kalangan
tentera, baik manusia dan robot, malah golongan jin sekalipun.
“Jadi
mereka membina kapal perubatan yang bersikap neutral. Di atas kapal itu, semua
tentera yang terluka dan rosak akan dirawat, kemudian dikeluarkan untuk
memasuki medan perang lagi. Kapal itu dilengkapi dengan peralatan perubatan
tercanggih yang tiada di mana-mana hospital lain di muka bumi.
“Nightingale
dibina agar dapat beroperasi secara mandiri, sebagai mesin tunggal yang besar.
Di bawah kawalan dan seliaan para pakar manusia, kapal itu secara
perlahan-lahan semakin meningkat upayanya sehingga manusia sekadar pemerhati
akhirnya. Menurut sahabat kita – Said dan Marjan – mereka berada dalam perut
kapal itu semasa masih dalam fasa awalnya, atau masih dalam fasa pembelajaran.
“Dalam
satu tempoh tertentu, seperti yang tuan-tuan fahami, kapal itu diketuai oleh
jin Ifrit si Mughal itu. Justeru ia beroperasi sepenuhnya sebagai kapal
perubatan syaitan, dan dikawal oleh mesin dan robot. Sejak itu para penaja
tidak lagi mengambil tahu bagaimana ia beroperasi. Mereka tiada kawalan lagi,
malah mereka tidak peduli, walaupun mereka yakin yang mereka sudah berbuat
sesuatu yang baik untuk kemanusiaan. Perang semakin berkecamuk.”
Said
menyampuk, “Nightingale sebuah kejayaan gelap.” Fateh Sa’adi, Cheng Hui,
Sulaiman Pasha dan Marjan mengangguk.
“Sahabat
Said dan Marjan, dahulu saudara berdua bukan Islam?” Terpacul soalan dari Fateh
Sa’adi.
Marjan
menjawab, “Ya, Khomghazi Fateh. Itu berpuluh tahun dahulu. Alhamdulillah, kami
berdua sudah lama memeluk Islam. Jeneral kita yang menolong kami. Subhanallah.”
“Subhanallah,
Subhanallah. Subhanallah.” Kedengaran perlahan sahaja ucapan suci itu keluar
dari mulut Fateh Sa’adi dan Cheng Hui. Sulaiman Pasha hanya mengangguk justeru
dia sudah maklum.
“Jeneral,
bukankah Nightingale dimusnahkan selepas kedua-dua paksi kejahatan itu
memeterai perjanjian genjatan senjata? Laporan mengatakan yang ia ditembak
dengan peluru berpandu berkuasa nuklear, sangat laju sehingga sistem pertahanan
balas kapal gagal memintas. Ia turut korbankan semua staf dan pesakit yang
masih berada di dalamnya,” Fateh Sa’adi bertanya sekali gus memaklumkan
maklumat yang dia peroleh.
“Kelihatannya
begitu atau itulah yang pihak mereka mahu kita lihat. Perang media dan tipu daya,
Komghazi Fateh.”
Setelah
berlalu beberapa ketika lagi, akhirnya mesyuarat khas misi penting itu hampir
tamat. Jeneral memberi info terakhir, “Tuan-tuan Khomghazi, hemat sahabat jin
Islam kita diperoleh. Kapal puaka itu akan digunakan sebagai sarana komunikasi
sang Dajjal dalam perang yang bakal dicetuskan. Jadi sebelum mereka ‘bangun’,
misi kita ialah musnahkan kapal komunikasi yang akan turun melintasi orbit
bumi.”
Fateh
Sa’adi bertanya, “Jeneral, ke mana arah kita sebenarnya? Di mana lokasi kapal
puaka itu?”
“Di
angkasa raya, berada di antara sinar merah dan gususan awan debu.”
“Ya
Allah!”
Fateh
Sa’adi sudah tidak mahu lagi terkejut sebenarnya kerana sejak tiba di Pengkalan
Madinah hampir dua minggu lalu, dia sudah cukup terkejut. Namun kali ini dia
terpaksa terkejut juga, sekali lagi. Rakannya Komghazi Ma Cheng Hui turut
terlongo, namun ucapan suci Subhanallah juga yang keluar.
Cheng
Hui pula bertanya, “Jadi kami berdua akan ke sana? Bagaimana kami boleh,
Jeneral?”
“Insya-Allah.
Cip super pintar yang dibenamkan ke dalam tubuh Komghazi berdua akan mainkan
peranan. Selebihnya, kekuatan minda sebenar dan kuasa Allah. Said dan Marjan
akan membantu. Khomghazi Sulaiman akan berada dalam kapal induk Buraq, membuat
imbasan dan pantauan tambahan.”
** Hakcipta Terpelihara 2013 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
** Grafik atas: Hiasan gambaran senjata.
Berkaitan: KOMBAT ARMAGEDON - Baitulmaqdis
7 comments:
Masya Allah!! Hebatnya Tuan web Sutera!! Tak sabaq saya nak menyambaq!!!
Teman dan sahabat, payah benar mahu nukilkan plot kerjasama jin-manusia ini. Payah, namun Allah jua saya kembalikan hasrat ini.
Maha Suci Allah! Terima kasih, Tuan Kremo Pafu. Tuan perasan saya katakan sedang menelaah beberapa buah buku berkenaan jin, syaitan dan iblis? Inilah tujuannya, insya-Allah, agar dalam cerita ada info berkenaan makhluk Allah itu. Bimbang maklumat tersalah. Doakan saya, moga Allah berikan kekuatan.
Subhanallah..satu cerita yg sngguh hebat.xsbar utk memilikinya
Hebat itu milik Allah, sdr. Ju Zar. Saya hamba Dia yang kerdil lagi lemah. Subhanallah!
Komen saya cuma satu, teringat Bruce Willis.
Saya amat teruja dengan buku tuan. Dan telah memilikinya. Bolehkah saya belajar dari tuan tentang beberapa perkara mengenai penulisan novel?
Assalamualaikum, Tuan Kiaisepuh.
Terima kasih atas komen dan bacaan novel saya oleh tuan. Sungguh, saya berharap dan berdoa agar tuan memperoleh manfaat walaupun secebis dari ilmu Allah yang Dia ilhamkan untuk saya.
Insya-Allah, saya sedia membantu dan menunjuk ajar di mana boleh, justeru saya juga sang hamba Allah yang terus belajar. Ilmu Allah itu amat luas.
Andai ada Facebook, akaun saya ialah Web Sutera.
Post a Comment