Ini
kisah aku, bagaimana aku memeluk Islam, menyertai dunia mujahiden dan berjuang
jihad di wilayah yang jauh. Aku ada banyak kejayaan dan dalam masa yang sama
bukan sedikit kegagalan, atau rencam juga kekesalan yang memaut jiwa. Namun ini
adalah kehidupan aku, usaha jihad ketika diperlukan. Bukan sedikit juga ilusi
pemerintah Amerika Syarikat terhadap peperangan ke atas keganasan.
Kosa
kata fundamental Islam, jihad dan mujahiden bukan perkara baharu kepada dunia. Dalam
masa yang sama, terbitnya istilah terorisme, penculikan dan pembunuhan dalam
kamus yang menjadi ilusi jahat pasca kejadian 11 September 2001. Justeru suatu
fenomena baharu muncul. Bahkan semua kosa kata yang aku sebut itu terjalin
menjadi satu, yakni perang ke atas ‘teroris Islam’.
Sungguh,
semua itu tidak semudah yang disebut dan didogmakan. Berada dalam dunia
fundemantal Islam bukan bermakna kamu menyokong atau terlibat dalam terorisme.
Berjuang dalam medan jihad bukan bererti kamu atau aku menculik orang atau
membunuh orang awam.
Meskipun
begitu, rakyat Amerika Syarikat ditakutkan dengan fundamentalisme, jihad dan
mujahiden sebagai ancaman keselamatan negara. Walhal kesamaran yang ditanam
dalam pemikiran rakyat hanyalah justeru mereka kurang memahami Islam atau
siapakah mujahiden atau sebab musabab berjuang dalam medan jihad.
Menyentuh
tentang jihad, para orientalis, penulis Barat dan Yahudi, dan media milik
mereka sekian lama memainkan doktrin agar kosa kata ‘jihad’ terhapus dari dunia
Islam. Secara profesional dan teratur, mereka menyinsing lengan mengadun
kebenaran dengan kepalsuan. Mereka mengembleng tenaga bagi mencipta riak demi
untuk kelirukan dunia dan orang-orang Islam tentang jihad.
Mereka
– musuh-musuh Islam itu - sedaya upaya membuang makna jihad dari dalam dada
umat Islam. Kerana apa? Kerana musuh-musuh Islam itu tahu sekiranya semangat
jihad ini berada dalam rukun Islam yang sebenar, ia adalah kobaran api pemanas
dan penggerak kehidupan umat Islam di setiap zaman, khususnya di akhir zaman
kini.
Sungguh
mereka musuh-musuh Islam mengerti, semangat jihad ini adalah suatu tenaga
raksasa yang tidak boleh disekat, suatu energi yang menggugat impian
imperialisme. Jihad menggugat slogan ‘Gold,
Glory and Gospel’, yang merupakan ‘jihad’ musuh Islam yang dianuti oleh
konglomerat imperialis dan neo-kolonialis Barat dan Zionis. Di sebalik hijab
ialah Iblis dan Dajjal.
Perkataan
‘jihad’ adalah diambil dari bahasa Arab, secara literal bermaksud ‘perjuangan
menentang sesuatu’. Namun di dunia Barat, ia diterjemah sebagai ‘perang suci’. Dalam
Islam, jihad bukanlah perkataan main-main, bukan juga semudah disebut. Secara
mudah setiap muslim dilarang berlawan atau membunuh seseorang, dan kemudian
disebut jihad.
Untuk
usaha jihad diisytiharkan, suatu situasi mesti mempunyai kriteria khusus
seperti mana digariskan dalam kitab al-Quran dan sirah Nabi Muhammad. Salah
satu situasinya ialah apabila wilayah atau negara umat Islam atau Negara Islam
diserang dan muslim dibunuh, maka jihad diperlukan. Dalam situasi ini, menjadi
kewajipan setiap muslim berjihad, sama ada secara bantuan kemanusiaan atau
berjuang di medan tempur.
Walaupun
begitu, jihad banyak peraturannya, seperti dilarang membunuh orang awam atau
tidak bersenjata; tanaman dan pokok-pokok tidak boleh dimusnahkan; dan binatang
ternak tidak boleh dibunuh. Bahkan rumah-rumah ibadah agama lain haram
dimusnahkan, seperti mana juga orang Islam tidak boleh memaksa penganut lain
memeluk Islam.
Penglibatan
aku di Bosnia, aku bersaksi dan mengetahui banyak perkara. Tentera dan orang
Serbia membunuh lebih daripada 200 ribu muslim. Di bandar Sebrenica misalnya,
hanya dalam masa satu hari sahaja, lebih enam ribu orang Islam disembelih di
hadapan anggota Pengaman PBB. Perang di Afghanistan, lebih satu juta orang
Islam terbunuh di tangan penjajah Soviet Union. Di wilayah kecil Chechnya, setakat
aku maklum perang masih berlangsung, secara brutal tentera Rusia membunuh
paling kurang 200 ribu muslim.
Jadi
kamu kena memahami siapakah yang dipanggil mujahiden. Secara mudah mereka ialah
orang-orang Islam seluruh dunia yang berani menyahut panggilan jihad dan
berjuang mempertahankan negara-negara umat Islam di Bosnia, Chechnya,
Afghanistan dan lain-lain lokasi yang diperlukan. Belum lagi aku berbicara
usaha jihad di tanah Palestin.
Peristiwa
serangan 11 September 2001 adalah kejadian yang sangat aku kesalkan. Ia bukan
sahaja kerana aku tidak dapat menyekat kejadian itu, malah yang lebih utama
ialah ia memberi kefahaman kotor terhadap jihad. Tanpa mengira adakah orang
Islam terlibat atau tidak dalam onar itu, apa yang terpalit ialah persepsi awam
menyalahkan mujahiden. Belum apa-apa, mujahiden didogma sebagai teroris yang wajib
diperangi.
Justeru George Bush isytihar perang ke atas ‘teroris Islam’. Akibatnya usaha untuk menyelamatkan pembantaian umat Islam hanya dipandang enteng, atau dengan berkata ‘baru padan muka’.
Justeru George Bush isytihar perang ke atas ‘teroris Islam’. Akibatnya usaha untuk menyelamatkan pembantaian umat Islam hanya dipandang enteng, atau dengan berkata ‘baru padan muka’.
Aku
nyatakan bahawa pihak CIA, Pentagon, FBI dan Rumah Putih Amerika Syarikat tidak
mahu warganya, juga warga dunia, memahami tempur sebenar ke atas terorisme. Dia
orang tidak mahu kamu tahu bahawa beberapa orang perampas 11 September berada
dalam senarai FBI seawal tahun 1999. Walhal dalam masa yang sama, untuk sekian
lama, teroris Zionis-Yahudi terus ditepuk belakangnya dan didodoi dalam buaian.
Aku
dengan ini ingin membawa satu kisah, yang aku harap dapat memberi gambaran
jelas. Kau orang perlu tahu fakta perang, kerana aku di medan itu sekian lama. Kesalahfahaman
dan taburan doktrin saraf perlu dibongkar kerana ketakutan tidak berasas itu
bukan menjadi penyelamat, malah memusnahkan kita semua, terutamanya rakyat
Amerika Syarikat.
Sebuah
perjalanan dan manifestasi aku, sebagai seorang penganut Islam yang berjihad di
medan tempur demi cinta aku terhadap umat Islam dan manusia sejagat, juga cintakan
syahid abadi.
Dan
aku rasa ... doktrin yang dimainkan oleh pemerintah Amerika Syarikat akan
berpanjangan, seandainya dunia masih lagi dibodohkan mereka, andai dunia Islam
masih berada di dalam kepompong negara-bangsa. Paling tidak, agar anak-anak
muda Islam mula mengerti bahawa ada agenda besar di sebalik serangan terhadap
umat Islam, sama ada dalam bentuk budaya atau militer.
Aku hamba Allah yang daif dan mengharap redha-Nya, Abu Mujeeb.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Aku hamba Allah yang daif dan mengharap redha-Nya, Abu Mujeeb.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
0 comments:
Post a Comment