Minat atau Bakat?
Apabila
diminta nasihat bidang apa yang kita harus ceburi, ada dua jawapan yang paling
kerap diberikan.
Ada
yang menjawab, “Pilihlah kerjaya dalam bidang yang kita minati, kerana kita
tidak mungkin gembira melakukan tugas yang kita tidak suka.” Pada sekilas
pandang nasihat itu ada logiknya. Mana mungkin kita akan seronok menjalankan
tugas sedangkan bidang tugas itu kita tidak sukai?
Namun
ada juga yang menasihati kita dengan berkata, “Teliti dahulu bakat kamu dan
kemudian pilihlah kerjaya yang sesuai dengan bakat kamu.”
Apabila
dikatakan, “Tidak mungkin saya akan seronok menjalankan tugas dalam bidang yang
saya tidak minati,” maka hujah balas yang diberi ialah, “Apabila kita berbakat
dalam sesuatu bidang, maka kita akan dapat melakukan apa sahaja tugas dalam
bidang itu dengan mudah dan tidak memerlukan usaha yang berlipat-ganda. Oleh
sebab kita merasakan mudah saja memahami selok-belok dan kita dapati tugas itu
dapat kita selesaikan tanpa ‘menyeksa diri,’ maka dengan sendirinya kita merasa
seronok bertugas.
Rakan-rakan
sekerja kita pula tentu merasa kagum dengan kebolehan kita melakukan tugas
dengan mudah. Bagi mereka yang kurang berbakat dalam bidang itu pula harus
berusaha dua kali ganda atau tiga kali ganda lebih kuat daripada kita untuk
menyiapkan tugas yang serupa.
**
Petikan dari e-buku PERCUMA berjudul D.R.U.G - Derap Realisme Ujana Gemersik.
Sudikan untuk muat turun (download) dari pautan-pautan di bawah.
E-Book
percuma, 369 muka surat. PERCUMA!
Catatan pinggir
meluah aura
agar tak binasa
dalam rasa ingin
berhamba pada-Nya.
Untuk kawan-kawan, tak mau jadi lawan. Mengharap setiakawan bukan mencari lawan.
Pautan
1: Tinta Ibrah.
Pautan
2: Bagi yang ada akaun Goodreads.
Pautan
3: Dari Scribd.
Pautan 4: Dari GoogleDrive.
0 comments:
Post a Comment