Tuhan bertanya kepada hamba
“Apakah kamu masuk syurga kerana amal perbuatanmu
…. atau dengan rahmatKu?
Sang hamba menjawab, “Tentu sekali dengan amalku”
Sungguh amalnya banyak 500 tahun lamanya
Namun sebanyak mana selama itu pun
…. tidak terbanding nikmat Tuhan
…..walau hanya dengan nikmat mata anugerahNya
Sang hamba diheret menuju neraka panas tidak terperi
Rahmat Tuhan ke syurga jua akhirnya dia
Sang miskin diberi nikmat kekayaan setelah musibah
Ujian baginya menyusul sudah
Malaikat bertandang sebagai fakir meminta bantuan
Hamba kaya lupa daratan, “Keperluanku terlalu banyak”
Sekelip mata Tuhan menarik kembali nikmat diberi
Maha bernarlah FirmanNya
“Sesungguhnya keadaanNya apabila
…. Dia menghendaki hanyalah berkata kepadanya:
…..“Jadilah!” maka terjadilah ia”
Sungguh kita insan kerdil
Tak terdaya walaupun menggerak pelupuk mata
Tanpa rahmat Tuhan Yang Maha Kaya
Kita cumalah ibarat debu-debu berterbangan, tanpa arah
Sedang Muhammad Rasulullah senantiasa menangis
Lantaran bukannya banyak dosa
Tapi bersyukur seorang hamba yang sedar
Seorang hamba yang tahu tidak empunya apa
Tanpa rahmat Tuhan kita melata merana.
1 comments:
Post a Comment