Jan 2, 2011

Tip Katering: Sikap serius dan sifat kepelbagaian

Dalam bisnes katering, saya mengambil sikap serius kepada semua jenis pesanan, sama ada 50 pax sahaja ataupun 2,000 pax. Berapa sahaja bilangan pax, ianya tetap memerlukan servis yang memuaskan klien.

InsyaAllah, pesanan kecil bakal menjadi tapak memperoleh pesanan lebih besar. Sekiranya klien tidak berpuas hati dengan mutu makanan dan/atau servis yang diberikan terhadap pesanan 50 pax, bagaimana mereka mahu percaya untuk pesanan yang lebih besar?
------------------------------------

Kebiasaannya masyarakat Melayu menyukai sama ada set nasi beryiani, nasi tomato atau nasi minyak sebagai menu utama bagi majlis perkahwinan. Pastinya untuk sajian pencuci mulut pula, banyak jenis masakan boleh disediakan, dari kuih-muih sehingga pelbagai jenis bubur.


Dalam pada itu, kepelbagaian manusia menatijahkan kepada kehendak menu yang berlainan. Justeru itu, pihak katerer mesti bersedia mengemukakan cadangan ataupun meraikan permintaan menu berlainan, masakan tradisional Melayu kampung atau campuran masakan Cina, India dan Barat misalnya. Pastinya harga berlainan juga. Katerer mesti ajukan perihal harga ini kepada bakal klien secara wajar.

0 comments: