Beberapa lama dalam pelayaran, mereka tiba di sebuah negeri bernama Fansuri. Berkat usaha, kebaikan dan tingkah laku semua ahli rombongan, dalam tempoh sekejap sahaja semua penduduk Fansuri memeluk agama Islam. Masa yang diambil hanya selama tiga hari sahaja.
Pada pagi hari keempat, si fakir turun ke darat sambil membawa senaskhah kitab al-Quran. Setelah ditanya dan seterusnya diminta membaca ayat-ayat suci itu, tiada seorang pun yang boleh membacanya.
Sultan Muhammad yang menyamar sebagai seorang fakir melaporkan kepada Nakhoda Sheikh Ismail sebaik sahaja memasuki kembali perut bahtera, “Tiada seorang pun yang berkebolehan membawa ayat-ayat al-Quran. Jadinya pasti bahawa bukanlah negeri ini yang dimaksudkan oleh Rasulullah.”
Nakhoda Sheikh Ismail bersetuju dengan pandangan Sultan Muhammad. Kemudian dia berkata, “Elok kiranya kita tinggalkan dua orang yang pandai mengajar agama dan mengaji al-Quran di negeri Fansuri ini. Setelah semua mereka mengucapkan dua kalimah syahadah, langkah selanjutnya ialah melaksanakan kewajipan sebagai seorang Muslim.”
Setelah dipilih dua orang guru agama yang ditinggalkan dengan tugas menunjuk ajar para penduduk negeri Fansuri, pelayaran diteruskan. Dalam tempoh beberapa lama, mereka tiba pula di negeri Haru.
Seperti mana warga Fansuri, para penduduk Haru menerima ujana memeluk Islam. Kerja mereka mudah dengan izin Allah jua. Sekali lagi si fakir membawa al-Quran bagi mencari sesiapa yang dapat membacanya. Namun kehampaan sekali lagi mendatang.
Si fakir bertanya kepada salah seorang warga tua di negeri Haru, “Tuan hamba, di manakah letaknya negeri bernama Samudera?
Orang tua itu menjawab sambil mengukir senyum, “Tuan hamba sudah melaluinya sebelum ini. Tidakkah tuan hamba perasan akan negeri itu semasa perjalanan ke mari?”
“Ya Rabbi! Tidak pula kami melihatnya,” akui Sultan Muhammad akan kekhilafan pandangan mereka, termasuk Nakhoda Sheikh Ismail.
Si fakir membawa khabar kepada Nakhoda Sheikh Ismail akan keberadaan negeri Samudera di arah belakang sebelum tiba di negeri Haru. Justeru pelayaran berpatah balik setelah menitipkan dua orang pandai agama Islam bagi menjadi guru di negeri Haru.
Dalam tempoh kurang enam hari, behtera berlabuh di pantai negeri Perlak. Sekali lagi Islam menyinari kehidupan penduduk di situ yang sekian lama menganut agama Hindu yang menyembah berhala. Segala tunjuk ajar diberikan kepada mereka supaya hanya menyembah Allah sebagai Tuhan Yang Esa.
Tidak berapa lama kemudian, pelayaran diteruskan menuju ke negeri Samudera. Sebaik sahaja Sultan Muhammad turun ke darat, baginda bertemu Merah Silu yang sedang berada di tepi pantai.
Sultan Muhammad yang berpakaian seorang fakir bertanya, “Apakah nama negeri ini?”
Merah Silu menjawab, “Ini negeri Samudera.”
“Siapa nama rajanya?”
“Betalah rajanya. Nama beta Merah Silu.”
Lalu Merah Silu diajarkan Islam dan baginda terus terbuka hatinya apabila mendengar penjelasan si fakir.
Si fakir mengajar ucapan pangakuan syahadah dalam bahasa Arab, kemudian diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, “Ucapkanlah bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.”
Setelah Merah Silu diislamkan, maka raja Samudera itu kembali ke istanaya. Si fakir pula kembali menaiki bahtera.
Pada malam itu Merah Silau bermimpi bertemu dengan Nabi Muhamad bin Abdullah. Nabi Muhammad mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah sekali lagi. Rasulullah meludah ke dalam mulut Merah Silu, kemudian baginda menamakannya Sultan Malikul Saleh.
“Tuan hamba makan hanya binatang halal yang telah disembelih. Ketahuilah bahawa hanya dengan Islam hidup tuan hamba dan rakyat jelata menjadi makmur dan diberkati sehingga ke akhirat,” pesan Nabi Muhammad sebelum Merah Silu yang diberi nama Sultan Malikul Saleh tersedar daripada tidurnya.
Sultan Malikul Saleh tersenyum tatkala mencium tubuhnya berbau narwastu.
“Alhamdulillah,” terucap kata-kata pujian terhadap iman dan Islam yang baru sahaja memasuki lubuk hatinya.
Pada keesokan pagi sebaik sahaja fajar pertama memunculkan diri, si fakir turun ke darat bersama Nakhoda Sheikh Ismail bagi menemui Sultan Malikul Saleh.
Sebaik sahaja kedua-dua orang alim itu tiba di istana Sultan Samudera, baginda bertitah, “Malam tadi beta bermimpin bertemu Rasulullah. Beta sangat gembira dengan keimanan kepada Allah.”
“Alhamdulillah, Tuanku,” kata si fakir dan Nakhoda Sheikh Ismail hampir serentak, seraya tersenyum.
Nakhoda Sheikh Ismail menyambung kata-katanya, “Sesungguhnya mimpi bertemu Rasulullah adalah benar. Tuanku sudah mendapat keberkahan yang besar.”
Senyuman masih kekal di bibir Sultan Malikul Salleh sambil bertitah, “Beta sudah diberikan nama Sultan Malikul Saleh, tuan hamba berdua.”
Kemudian si fakir menghulurkan naskah al-Quran kepada Sultan Malikul Saleh dan berkata, “Cuma Tuanku baca beberapa kerat ayat-ayat Allah ini.”
Dengan mudah lidah Sultan Malikul Saleh membacanya. Baginda agak terkejut. Namun lekas-lekas mengucapkan, “Alhamdulillah. Subhanallah!”
Akhirnya negeri Samudera dan sultan yang bersemayam di tampuk pemerintahan ditemui oleh mereka berdua. Misi bagi menyahut saranan Rasulullah itu tercapai sudah. Langkah selanjutnya ialah menurunkan semua barang keperluan yang dibawa oleh bahtera dan diserahkan kepada Sultan Malikul Saleh.
Menteri negeri Samudera yang bernama Tun Seri Kaya diberi nama Sayid Ghiatuddin dan Baba Kaya dengan nama baru Sayid Semayamuddin.
Selepas habis tugasan, Syeikh Ismail kembali belayar ke Mekah. Sultan Malikul Saleh menghadiahkan pemberian barang-barang ambar, kapur barus, gaharu, cendana, kemenyan, cengkeh dan buah pala kira-kira 100 bahara.
Sementara itu, si Fakir Sultan Muhammad menetap di Samudera dengan mengajar agama Islam.
Tidak berapa lama kemudian, semua warga penduduk negeri Samudera memeluk agama Islam yang suci.
Sebelumnya: Sri Negara-Patani (1)
Sri Negara-Patani (2)
Sri Negara-Patani (3)
*** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

3 comments:
Maaf Tuan... kenapa tidak ada S.A.W di hujung nama Rasulullah S.A.W?
Sdr. Dinaz, sepatutnya kita secara automatik sudah memahaminya. Ucaplah Sallahu'alahaiwassalam. :-)
Salam tuan. Fragmen ke-4 semakin menarik. Teruskan!
Post a Comment