Apr 24, 2012

Perang Konstantinopel (4)

Tahun 32 - 34 Hijrah, bersamaan 653 – 655 Masihi, Peperangan Tiang-Tiang Kapal

Sebuah demi sebuah kapal perang Byzantine tenggelam bersama bala tenteranya. Banyak yang terbakar. Akhirnya Maharaja Constantine II berteriak, “Undur! Undur! Kembali ke Konstantinopel!” Dia mengaku kalah.

Salah seorang komander perang Byzantine melarikan diri ke Syracuse, yang merupakan bandar terbesar di Sicily. Manakala bagi menyelamatkan diri dan bimbang tentera Islam akan mengejarnya, Constantine II menyamar sebagai orang biasa semasa berundur ke Konstantinopel.

@@@@@@@@@@@@

Selepas kekalahan itu, Constantine II mengatur serangan balas semasa berada di Konstantinopel setelah selamat melarikan diri. Dia berkata, “Beta tidak berpuas hati. Kita sudah mengalami kekalahan. Beta akan membalas dendam!”

Dalam tempoh beberapa bulan, kerajaan Byzantine berupaya mengumpulkan sebanyak 2,200 buah kapal perang bagi menyerang Mesir.

Dalam pada itu, cuaca buruk melanda di sebahagian Laut Mediterenean / Laut Tengah. Ketua besar Majlis Paderi memberi nasihat, “Tuanku, menurut hemat saya elok Tuanku batalkan sahaja hasrat untuk menyerang Mesir pada kali kedua. Cuaca amat buruk sekarang.”

Constantine II tetap berdegil. Dia berkata, “Tidak! Beta tidak akan hiraukan apa juga cubaan yang mendatang. Hasrat beta tiada siapa pun yang dapat menghalangnya!”

Pelayaran disegerakan. Pada permulaan segalanya berjalan lancar. Namun apabila armada yang lebih besar berbanding peperangan di utara Alexandria sebelumnya tiba di tengah laut, rebut kencang melanda. Akibat kedegilan dan dendam kesumat Constantine II itu, hampir kesemua kapal perang musnah dan tenggelam bersama bala tentera yang dibawa.

Hanya beberapa buah sahaja yang terselamat, termasuk kapal yang dinaiki oleh Constantine II. Dia mendarat di Pulau Sicily. Ketibaan beberapa kerat tentera Byzantine bersama maharajanya tidak disenangi oleh penduduk Pulau Sicily. Komplot dirancang. Akhirnya Constantine II dibunuh.

Sebelumnya: Perang Konstantinopel: Pendahuluan
Perang Konstantinopel (1)

Perang Konstantinopel (2)

Perang Konstantinopel (3)


** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments: