May 16, 2012

Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain

Zulqarnain atau Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad bin Abdullah. Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat.

Komen seorang pembaca novel Macedonia: Alexander Agung dari Sabah. "Kepada sidang pembaca yang budiman, saya syorkan. Bacalah buku Hijab Raja Zulqarnain itu, tak rugi! Trust me. Kalau anda orang yang minat aksi perang, inilah
bukunya.”

Seorang lagi memberikan komen dalam Facebook, Saya suka metod di dalam novel yang ditulis itu. Dengan cara lain dapat memberi galakan
kepada mahasiswa untuk mengkaji sejarah. Tapi secara peribadi saya melihat konteks dasar dalam buku ini menjelaskan bahawa Alexander adalah Zulqarnain qurani. Sebenarnya saya lebih bersetuju jika dinilai bahawa Zulqarnain itu adalah Cyrus the Great. Setelah melihat bibliografi rujukan novel ini saya yakin yang tuan telah menilai kedua-dua karya kritis yang dikarang oleh Wisnu Sasongko dan Dr. Afarez Abdul Razak. Apa-apa pun novel ini menarik. Tahniah."

Komen lain, "Sememangnya saya minat hal dibincangkan tuan. Terima kasih dan tahniah di atas usaha tuan yang bertungkus lumus untuk menghasilkan sebuah karya yang menarik ini.”

Satu komentar yang dimaklumkan oleh seorang pembaca berkenaan novel ini. "Namun, dari segi penceritaan Macedonia, dia tabik. Kalau demo sudah ada 4 - 5 buah novel sejarah lagi, perghhh....idola baru selepas Pak Latip. Ami n."

Keterangan foto atas - 7 Mei 2012: Saya bersama Penulis Maya Iris dan rakan-rakan di pejabat JARING. Mereka membeli novel Macedonia: Alexa
nder Agung - Hijab Raja Zulqarnain.

Bagi sesiapa yang tiada kesempatan datang ke PBAKL 2012 lalu, sila dapatkan novel
Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain d i rangkaian kedai buku POPULAR Bookstore di seluruh negara. Bagi pemegang kad Popular, ada diskaun 20% untuk Pilihan Popular Mei 2012. Tawaran diskaun ini akan berlangsung selama dua bulan; Mei dan Jun 2012.

Berkaitan: Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012
Testimoni Macedonia: Alexander Agung - Teruja, kagum, belas, geram sepanjang tempoh pembacaan
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 mempesonaka
n

Gebang bukan sebarang gebang
Bergebang dalam majlis ilmu
Datang bukan sebarang datang
Datang demi memeriahkan perbukuan ilmu.

0 comments: