Buana Hampir Tiba di Melliana Pertama, 998 Masihi
Bandar metro yang dibangunkan oleh tenaga keseluruhan warganya kira-kira sepuluh dekad yang lalu musnah dalam masa satu malam sahaja, di dua abad mutakhir. Berlokasi di tanah tinggi utara Kemboja, Angkor Wat Kol Ker menjadi mercu tanda pusat kerajaan atau sebuah benua yang memanjang ke selatan berbatasan dengan Empayar Sriwijaya di Sumatera dan Empayar Shailandra di Jawa. Kerajaan-kerajaan itu juga saling berkerjasama membentuk sebuah tatakelola dunia – sebuah pentas dunia di Nusantara.
Bandar metro yang dibangunkan oleh tenaga keseluruhan warganya kira-kira sepuluh dekad yang lalu musnah dalam masa satu malam sahaja, di dua abad mutakhir. Berlokasi di tanah tinggi utara Kemboja, Angkor Wat Kol Ker menjadi mercu tanda pusat kerajaan atau sebuah benua yang memanjang ke selatan berbatasan dengan Empayar Sriwijaya di Sumatera dan Empayar Shailandra di Jawa. Kerajaan-kerajaan itu juga saling berkerjasama membentuk sebuah tatakelola dunia – sebuah pentas dunia di Nusantara.
Di sisi timur laut, Dinasti
Tang dari suku kaum bermata sepet memerintah, manakala di barat di Timur
Tengah, panji-panji Islam berkibar dan berkembang pesat meniup sebuah tamadun
baharu kemanusiaan. Muhammad, manusia ummi utusan Allah sudah wafat. Kini para penganutnya
tegar meneroka dunia baharu yang masih misteri di mana-mana. Gersang padang
pasir bukan penghalang usaha menyeru manusia agar kembali ke sembahan asal di
alam roh.
Pusat kota sebuah kerajaan
- Angkor Wat Kol Ker – adalah mercu tamadun manusia dalam Empayar Khmer. Rekabentuknya
maju tatkala Eropah masih berada dalam kegelapan. Di tengah-tengah bandar,
sebuah candi dibina dari ikatan bebatuan dengan menara tengahnya melebihi lima
ratus kaki. Di sekitarnya, banyak premis perdagangan, rumah kediaman dan
pasar-pasar makmur dengan aktiviti kehidupan.
Semua binaan itu
dibentengi oleh tembok setinggi empat belas kaki, menjangkau lebih sembilan batu
luasnya. Di luar tembok agam itu, terdapat parit sepanjang empat ratus ela yang
menjadi pelindung tambahan. Namun ... usaha jerih manusia di sini tidak cukup
untuk menghalang gerembolan musuh yang datang.
Kazab menyerbu melalui
gapura pelik yang wujud atau dirangka di muka planet ini. Kabut tebal menyaluti
bandar dan tanah lapang di sekelilingnya. Tiada manusia yang berani memasuki ke
dalam kabut itu selama hampir dua ratus tahun. Warga penduduk yang masih ada
untuk pertahankan bandar tidak pernah melihat wira-wira mereka keluar dari
situ.
Orang yang masih tinggal,
yang terselamat dari serangan gerembolan Kazab, gigih berusaha membina kembali
kerajaan di bahagian selatan. Lalu terbinanya Angkor Thom, ibukota terakhir
kerajaan Khmer. Ia dibentengi binaan khas sebagai pelindung kediaman sami,
pegawai istana dan tentera, serta bangunan pentadbiran kerajaan. Mereka cuba
memulih kembali mercu tamadun terdahulu. Tetapi tinggalan kerajaan itu tidak
kukuh seperti sebelumnya, sedia melalui era kemusanahan total.
Leluhur orang-orang Khmer
pada suatu masa berwisata hampir separuh dunia untuk mengelak daripada hambatan
Kazab. Untuk banyak generasi kemudiannya, mereka dapat menyekat gerakan pasukan
yang musnahkan pertiwi asal, sehingga gapura baharu terbuka di atas bandar
mereka. Tanah pertiwi mereka sebelum Kemboja menjadi legasi manusia purba yang
mengetahui rahsia Kazab dan satu kumpulan makhluk berakal. Rahsia keturunan
mereka telah dilupakan atau hanya diingati sebagai mitos bangsa. Lagenda yang tenggelam, mungkin.
Di pinggir kabut tebal
yang dibentuk oleh Kazab, seorang lelaki bernama To-Wer berdiri di lokasi pos
jaga diperbuat daripada blok-blok besar bebatuan yang diikat kukuh. Pondok jaga
itu dibina cukup tinggi di atas rabung menghadap kabut. Tetapi kini, kabut yang
asalnya berputar dengan warna abu-abu campuran kekuningan, telah berubah kepada
sangat gelap. Ia semakin mampat tidak seperti mana dilihat semenjak
bertempiaran lari dari Angkor Wat Kol Ker.
Ko-Wer menyorot pandangan merentasi
hutan ke kabut pelik itu.
“Itu bandar leluhur aku,”
katanya perlahan untuk diri sendiri. "Para wira bangsa persis disedut, hilang tanpa kesan."
Dia menderam marah. Hanya
deraman dalam ... sedalam rasa amarah yang sekian lama terpendam. Dia seorang
sami dari Angkor Wat, dilengkapi dengan banyak pengetahuan yang tersimpan dalam
puing-puing reruntuhan tamadun Khmer, juga diketahui oleh Kazab dan Al-Hin –
kumpulan makhluk berakal ciptaan Allah.
Namun sayangnya ...
dia masih tercari-cari, pengetahuan misteri itu tidak lengkap. Dia mengembara
ke sini dengan berjalan kaki untuk melihat Kazab. Di sini, di depannya,
terbentang hijab gelap sebagai hentian pertama yang kekal kelam.
** Insya-Allah, akan bersambung.
** Hakcipta Terpelihara 2013 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
9 comments:
Interesting. Kisah yg simbolik..
Cikpuan Azura July, insya-Allah, sebuah cubaan dan eksperimen. Menggarap taakulan sebuah hijab. Cubaan ke-4 setelah tiga novel sebelumnya.
Bermuda itu sendiri sudah satu tarikan, apatah lagi jika dinovelkan.
Kazab dan Al Hin: Adakah mereka penghuni bumi sebelum Adam?
Tuan Nazri Kadir, sabar menunggu. Cubaan dan adaptasi ... sebuah fiksyen. Ceritera dan adaptasi, sebuah misi berhijab. Mungkin berubah di kemudian hari olah kisahnya.
Saya dah baca dua buah novel sblm ni...alexander agung hijap raja iskandar dan juga kibaran panji panji al fateh....mmg best dan pendapat saya novel yang berat tapi banyak maklumat...tahniah bt penulis....
Sorry salah tajuk tadi..Alexander agung hijap raja zulkarnain
Hebat! Kaya maklumat. Kaya istilah. Kenyang minda saya petang ini. Tahniah!
Sdr. Ryia Sakura, terima kasih atas komen untuk dua judul novel:
1) Macedonia: Alexander Agung (Hijab Raja Zulqarnain)
2) Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH.
Teruskan membaca fragmen novel HIJAB BERMUDA akan datang.
Tuan Eyman Hykal, ini obor. Insya-Allah, hanya Allah.
Post a Comment