Nusantara
Terjangan
menyendeng ke sebatang pokok melantun aura, lalu melayah. Sepantas hembusan
nafas, dia berdiri di dedaunan. Dia mengambil nafas dan bertasbih, amarah
diserap agar tidak menjadi bahana. Matanya galak menatap musuhnya yang
menyeringai marah. Musuh itu menghambur sumpah seranah.
Dengan
mudah si musuh terbang bersama tujahan angin ke atas. Dahan dan dedaunan pokok
itu dipupuk petaka. Namun Awang masih cekal mengimbang badannya, sambil membaca
sesuatu. Pasrah dalam doa.
Alih-alih
si musuh terpelanting menghempas ke sudut kiri, lalu terperosok ke dalam
rimbunan sebatang pokok yang hampir sama besar dengan pokok yang Awang sedang
kuasai. Tiupan angin panas terhenti.
Nun di sana
... kedengaran tiupan persis seruling. Awang kurang pasti dari arah mana, kerana ia
persis datangnya dari segenap sudut. Dia beristighfar dan mengucap takbir,
“Allahu-Akbar!”
Siaga ...
kerana dia tahu dari firasatnya, itu tiupan berbau hitam, sedang mengumpul
tentera syaitan yang bermitos petaka.
Umurnya
baru 20-an, tapi mengungguli ilmu persilatan tahap tinggi. Awang turun
perlahan-lahan dengan kaedah melompat dari dahan ke dahan. Sebaik mencecah
tanah, dia berlari pantas ke bunker perlindungan.
Setelah
memberi kata-kata semangat kepada beberapa orang sahabat, dia bergegas ke kubu
rahsia di mana Tok Ayah Nik berada.
Di segenap
sudut strategik dan bunker rahsia di semua bahagian pondok pengajian, beberapa
platun tentera Malaysia bersiaga penuh. Senjata bersedia sejak tiga hari lalu. Pihak
tentera Malaysia berpangkalan di Pasir Puteh, Kelantan, menyahut panggilan Tok
Ayah Nik. Walaupun mereka agak samar-samar dengan musuh yang bakal didepani,
tetapi mereka yakin dengan firasat tuan guru pondok itu.
Beliau –
Tok Ayah Nik - tuan guru pondok sekali gus seorang ulama yang sangat dihormati
di seluruh Nusantara. Pondok moden itu lengkap dengan semua teknologi terkini
dalam bidang pengajian. Cuma cara mengaji dan menuntut ilmu masih kekal dalam
kaedah bertalaqi – berdepan dengan guru dan para ustaz.
@@@@@@@
Dunia
kegelapan syaitan telah membuat onar di sini, dengan beberapa tinggalan sengsara
dan kesedihan. Tentera tunggangan Iblis itu makin giat daripada sebelumnya,
banyak alamat sudah dimaklumi oleh Awang dan Tok Ayah Nik.
Awang sedia
faham, hanya masa yang menentukan sebelum syaitan menebak mereka lagi. Justeru
tahap siaga berada dalam paras paling tinggi sejak tiga hari lalu, bukan ala
kadar sahaja. Sebarang kelalaian bakal memberi padah berdarah.
Tok Ayah
Nik menepuk bahunya lalu berkata, “Mu jangan bersedih lagi. Ingat pesan ayah mu
sebelum pergi dulu. Pondok ini kita kena jaga seboleh mungkin. Ini jihad kita,
Awang.”
Awang hanya
mengangguk.
“Jadikan
pesan almarhum ayah mu sebagai azimat. Kita berusaha dalam tawakal, semoga
kejadian lalu tidak berulang lagi.”
“Sudah lama
saya redha, Tok Ayah. Itu sudah takdir Allah Taala. Semoga ayah aman di alam
sana.” Sebaik Awang usai berkata begitu, dia sedekahkan bacaan al-Fatihah untuk
almarhum.
Akhirnya
Awang bertanya, “Tok Ayah, apa sebenarnya Tok Ayah lihat di Chieng Mai empat
hari lalu?”
Tok Ayah
Nik bercerita.
“Tok Ayah
tak boleh bercerita secara terperinci apa yang ada di kubu bawah tanah itu. Secara
mudah, ia berupa sebuah muzium lama ... paling tidak. Ruang besar yang gelap dan
penuh mistik kegelapan. Ia sebuah ruang yang sangat hina, tempat yang sukar Tok
Ayah bayangkan. Namun ia memang wujud, kalau tidak di sana ... di banyak lokasi
lain di seluruh dunia.
“Ia salah
satu ruang bawah tanah titipan kerajaan Iblis dari Segitiga Formosa. Di situ,
Tok Ayah dapat mengesan banyak peristiwa ngeri terjadi, dan ia kekal dengan
nafas syaitan ... busuk dan sangat cemar. Ia sebuah bunker dalam, di mana beberapa
arca syaitan bersayap diukir.
“Di
sekeliling dinding ruang jijik itu terdapat beberapa peti antik mumia, masih
ada bentuk.”
Awang bertanya, “Mumia yang diawet? Macam mumia Firaun dalam piramid?’
Awang bertanya, “Mumia yang diawet? Macam mumia Firaun dalam piramid?’
“Ya. Mumia
yang diawet dengan teknologi khas milik Dajjal. Bagi Dajjal, ia sebuah seni ...
seni kematian yang disimpan. Di atas beberapa meja, terdapat sekumpulan
tengkorak pelbagai saiz dan bentuk. Mayat kanak-kanak pun ada. Allah!”
Awang
terlopong, dan mengucap istighfar panjang.
Tok Ayah
Nik menambah, “Terdapat lebih kurang 10 patung dan lukisan ghotik barbarik.
Juga laci berkunci yang dapat dibuka oleh sahabat jin kita, di dalamnya Tok
Ayah lihat kulit manusia yang masih utuh. Di beberapa almari kaca ... Tok Ayah
melihat beberapa anggota badan manusia berada dalam balang cecair.”
“Kerja-kerja
Iblis dan syaitan, Tok Ayah,” sahut Awang. “Dari situ Tok Ayah memperoleh
firasat yang pasukan syaitan akan menyerang kawasan kita?”
Tok Ayah Nik mengangguk sebelum dia menekan di sisi telinganya. “Ada sebarang perkembangan?” Dia meraba-raba sebilah pedang yang melekat kemas di belakangnya.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
Tok Ayah Nik mengangguk sebelum dia menekan di sisi telinganya. “Ada sebarang perkembangan?” Dia meraba-raba sebilah pedang yang melekat kemas di belakangnya.
** Hakcipta Terpelihara 2014 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
0 comments:
Post a Comment