Dec 12, 2014

Duhai Mata


Duhai kedua-dua mata
menangislah untukku
buat penghapus dosa
kerana umurku berserakan dari tanganku
dan aku tiada ilmu
bagi sebuah tahu yang menjadi rahsia-Nya.

Duhai kedua-dua mata
insaflah untukku dengan aliran air tangisan
kerana aku ingin menyapu
wajah dan janggutku
agar menjadi benteng sentuhan api neraka
justeru aku hamba-Nya yang banyak dosa.

Namun ...
aku bukan langau
tak mahu jadi langau
cuma ...
aku lalu di sini ...di sudut fana
untuk kembara yang masih panjang (panjangkah?).

Izinkan aku, buana.
mencari makna diri
dalam lestari dini
untuk anak bangsa pertiwi
demi Islam apatah lagi.

** Hakcipta Terpelihara 2015 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments: