Sebelum
Perang 20-Tahun yang bermula pada 2420 dan berakhir pada 2440, ekonomi dan
matawang dollar Amerika sudah melemah. Perang yang disebut sebagai Perang
Dingin Kosmik itu memakan banyak simpanan perbankan Amerika Syarikat dan
sekutunya Israel.
Kepercayaan
pimpinan industri dan kewangan dunia yang selama ini mengakui kekuatan wang
kertas dollar itu bergoyang hebat, justeru pasaran saham New York dan di
seluruh dunia merudum teruk.
**********
Walaupun
begitu, penulis Jerman ini turut mengakui, “Permasalahan
Al-Mahdi ini ialah suatu pemikiran yang ada kehendak kuat. Apabila ia mengakar
dalam sanubari, kepercayaan ini banyak bangkitkan perkara-perkara yang
menyalahi kebiasaan. Justeru orang-orang Islam memiliki kekuatan, dan teguh
menunggu munculnya Al-Mahdi. Mimpi mereka menjadi realiti. Ia akan terjawab
dalam hari-hari dan tahun-tahun mendatang.”
Fateh
Sa’adi berkata, “Allahu-Akbar!”
Kedengaran
suara Cheng Hui bertanya, “Mengapa, Fateh?”
Sahabat-sahabat
lain juga mengangguk, bertanyakan hal yang sama. “Lihat segmen dalam E-Sahih di
bawah tajuk besar ‘Penipuan-penipuan
Zionis Yahudi’,” jawab Fateh Sa’adi seraya tersenyum mesra.
Perjuangan
jihad diteruskan sehingga syahid atau menang. Itu tekad mereka.
Beberapa
hari kemudian, mereka memperoleh info sahih berkenaan pakatan ahzab yang
merancang menuju ke utara Israel di Lembah Mageddo. Dari situ gerakan
besar-besaran digembleng untuk mobilasi kemusnahan total.
Panji-panji
jihad terus berkibar megah demi umat Islam dan agama Allah yang hak.
“Ayuh
Mujahid Islam! Laungan Allahu-Akbar menanti kita di Mageddo!”
Imam
Mahdi masih belum ditemui oleh umat Islam. Namun bukan sekadar menunggu tanpa
berusaha. Janji Allah Maha Benar dengan usaha-usaha pemuda-pemuda jihad.
**********
20 Februari 2487
Pantauan
turut dibuat merentasi wilayah dan kota metro lain. Beberapa pesawat lonjong
dron yang dilengkapi teknologi halimunan dan dikendalikan oleh pilot di lokasi
tertentu menerawang di ruang angkasa.
Suapan
yang kembali ialah banyak... bahkan sangat banyak kejadian keganasan dan
bencana besar. Rangkaian bangunan saling bertindihan, api marak dengan nyalaan
tinggi menjulang awan, dan orang ramai merusuh serta saling bergaduh.
Situasi
anarki total di banyak kota metropolitan.
Susuk
berjubah amat hitam meneraju anasir anarki di New York, Los Angeles, London,
Beijing, Tokyo, Seoul, Moscow, dan banyak lagi lokasi. Aniaya dan ketidakadilan
merajai suasana.
“Menyerah
diri kepada aku!” Jeritan dalam bahasa Inggeris, Mandarin, Kantonis, Jepun,
Rusia dan lain-lain. Susuk itu dengan menunggang kuda-kuda pelbagai warna,
dengan angkuh menjerit tanda kemenangan. Juga ada kuda pucat, berbalam-balam
saling bertindih antara warna-warna terang susuk kuda.
Pihak
Mujahid Islam sedar itu adalah penyamaran dan sihir mainan Iblis, yang
menunggang Dajjal dalam mengacut minda sedar manusia di seluruh dunia.
“Namun, bagaimana dia boleh berada di banyak lokasi berlainan serentak? Pelik, tapi nyata. Ini adalah teknik penyamaran yang mengambil kaedah hukum fizik,” kata Dr. Wajihah bt. Abdul Malek, pakar persenjataan siber Mujahid Islam.
“Ya. Dia atau lebih tepat lagi ia... berjaya pecahkan hampir semua hukum fizik dan biologi. Mekanik kuantum dan relativiti masa. Partikel sub-atomik dipecahkan dan muncul di merata tempat berlainan serentak. Atau adakah ini sekadar penyamaran dari dunia Dajjal?” Komghazi Sulaiman Pasha berkata sambil matanya memberi tumpuan pada monitor berbeza.
Nota minda disusun agar tidak bercelaru.
“Aku memakai mahkota kebesaran perajaan. Perwakilan kuasa dunia bagi pihak maharaja. Ikut aku, dan kalian hidup. Tentang aku, kalian akan mati.” Susuk itu berkata lagi, dan kali ini siarannya boleh dilihat hampir di seluruh dunia yang masih ada siaran tv hologram.
Bau kematian. “Aku adalah kematian kepada sesiapa saja yang tak acuh dengan panggilan ini! Ini ultimatum yang tiada kompromi!”
Fragmen 1: ARMAGEDON: KONSPIRASI MAGEDDO (1)
** Hakcipta Terpelihara 2016 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
0 comments:
Post a Comment