“Sepanjang sejarah yang kita maklumi, suku bangsa kita dan manusia tak dapat hidup dengan aman bersama-sama. Justeru, kefahaman kita tentang alam tidak dapat disalurkan sebaiknya kepada kumpulan manusia yang terbejat dengan dorongan nafsu mereka. Walhal dari kalangan suku bangsa kita, banyak juga yang tertipu dengan agamnya rupa bentuk kita. Kekuasaan yang kita dan manusia cintai itu, akhirnya menempa arca petaka yang dahsyat, maka tercetusnya sengketa berdarah dalam wilayah Eropah.
“Dalam
situasi ini, mahu atau tidak, kekuatan manusia jahat itu dengan penggunaan
sihir hitam, dapat mengatasi kekuatan kita. Hasilnya… sekian lama kita terpuruk
di dalam tempat persembunyian di jagat tersendiri.
“Dengan
izin-Nya jua, leluhur kita menemui sekumpulan manusia yang benar-benar bersifat
manusiawi. Beliau ialah Tok Ayah Nik, tuan guru pondok sekali gus seorang ulama
yang sangat dihormati di seluruh Nusantara.
“Pihak
kita turut menghadiri pertemuan
yang berlangsung di Madinah pada suatu ketika, secara diam-diam. Antara yang
hadir termasuk Tuan Guru dari Nusantara, dan beberapa
orang penting pertubuhan Islam dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Patani,
Mindanoa dan Singapura. Antara
ucapan, pacuan obor jihad dan kebijakan Syeikh Yassin Sulaiman seperti berikut,
seperti disampaikan oleh orang paling tua Majlis Syura Pangkalan Madinah.
“Aku masih ingat ucapan
Tuan Guru itu….”
“Tegakkan atau dirikan
negara Islam di hati tuan-tuan yang mulia, nescaya nanti ia akan berdiri di
atas muka bumi. Ulama adalah penting untuk umat Islam, kita sentiasa memerlukan
nasihat mereka. Ulama yang ikhlas bakal memberi ingat akan kelalaian,
membangunkan dari lena panjang, mengeluarkan umat dari kebodohan.
“Kebangkitan generasi jihad
Sultan Salahuddin al-Ayyubi dan Sultan Muhammad al-Fateh tidak lain adalah
hasil gerakan para ulama dalam mendidik, mengajar, dan menuntun jalan kenabian
untuk umat Islam. Peranan ulama adalah memurnikan akidah karut, membenteras
ajaran batil dan sesat, membersih amalan khurafat dan memimpin dalam beramal semua
sunnah Rasulullah SAW.
“Ulama juga memberi
pencerahan akan sejarah umat, sejarah manusia yang sengaja digelapkan oleh
Zionis-Yahudi. Pemalsuan sejarah dibongkar dan diambil ibrah oleh ulama bagi
diperikan kepada Islam dan umat manusia sejagat. Sejarah untuk diteladani,
bukannya terpasung dengan elemen bidaah karut Israiliyat yang memusnah tamadun
kemanusiaan.
“Pengekor dan pendamba hawa
nafsu sewajibnya dibenteras oleh ulama, mereka senantiasa mengajak umat ke arah
jalan rabbani, meniti jalan sutera kenabian sebermula Nabi Adam lagi. Justeru
ajaran para nabi dan rasul adalah melahirkan umat Muslim – dengan kata lain
semua penganut ajaran rasul adalah Muslim – sehingga ajaran Rasul Akhir Zaman,
Nabi Muhammad SAW.”
“Beliau
adalah Mogul Naga?” Kedengaran seseorang bertanya.
“Ya.. beliau adalah Mogul Naga yang kemudiannya diwarisi
oleh Tuan Guru di abad ini. Yakni Tuan Guru yang berserban dan berjubah putih dengan
senyuman manis. Janggutnya panjang, memutih kelihatan anggun di dagunya. Tetap
nampak gagah walaupun sudah menjangkau penghujung 60-an umurnya.”
“Kisah beliau ditabal sebagai Mogul Naga oleh suku bangsa kita?” Masih ada yang tidak mengetahui kisah kebijaksanaan manusia bernama Tok Ayah Nik dan kemudiannya Awang yang dikenali hanya sebagai Tuan Guru.
“Kisah beliau ditabal sebagai Mogul Naga oleh suku bangsa kita?” Masih ada yang tidak mengetahui kisah kebijaksanaan manusia bernama Tok Ayah Nik dan kemudiannya Awang yang dikenali hanya sebagai Tuan Guru.
“Begini…”
Ia sejuk dan panas
Ia putih dan ia hitam
Ia batu dan lilin
Ia adalah fitrah semulajadi tubuh
Dan warnanya merah.
Suku kaum naga sangat
gemar akan teka-teki dan rahsia metafora. Mereka senantiasa bertanding bagi
mengatasi kebijakan antara satu sama lain, lalu si bijak akan menerima darjat
lebih tinggi dalam komuniti.
Pada satu
pertandingan dalam Dewan Tetua Naga, seorang manusia dibenarkan untuk turut
serta. Namanya sangat dihormati di kalangan manusia dan dunia naga, justeru dia
ditabalkan sebagai Mogul Naga. Dia salah seorang manusia dari sedikit sahaja
manusia yang digeruni, ditakuti, bahkan sangat dihormati dari Alam Bawah,
termasuk dari wilayah persembunyian bangsa naga.
Jawapan kepada
teka-teki di atas ialah… jantung nurani manusia.
“Kini... perkembangan yang terarah ke Lembah Mageddo menjadi
tanggungjawab kita untuk turut serta,” putus Ketua Majlis Penasihat Naga.
** Hakcipta Terpelihara 2016 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
0 comments:
Post a Comment