Akhirnya
mereka tiba di pinggir suatu tasik. Namun... mereka kaget dengan apa yang
dilihat. Hanya beberapa untaian air yang jatuh dari atas cenuram ke dalam tasik
di bawahnya. Tasik itu berubah menjadi suatu lopak air sahaja. Ruang lain
dipenuhi oleh pepasir yang berkilau dipanah terik cahaya mentari.
“Ya
Allah! Apa dah jadi ni?” Keluh Feiyan.
“Ke
mana mereka semua pergi?” Erkin bertanya.
“Siapa?”
Balas Mahesa Pamalayu.
“Semua
haiwan itu.”
“Lihat
di sana,” kata Mahesa Pamalayu sambil menunjuk ke satu sisi tepi cenuram.
Di
atas belebas batu tinggi, berdiri seekor singa dengan pandangannya ke arah tanah.
Makhluk dari tasik atas yang menjadi lagenda kaumnnya. Adakah benar wujud tasik
di atas?
Kemudian...
sang singa besar itu ditemani oleh seekor lagi. Kemudian seekor lagi muncul...
dan lagi, dan lagi. Lalu beratus ekor membentuk barisan panjang di sepanjang puncak
air terjun yang kering.
Feiyan
dan Erkin terlopong.
Kemudian
dua barisan terbentuk. Seorang budak lelaki botak menapak di laluan itu. Lalu semua
singa itu berlutut memberi hormat.
Untuk
beberapa saat, Mahesa Pamalayu menahan nafasnya. Dia terkesima.
Rona
wajah budak botak itu berubah menjadi dukacita, lalu suara raungan memecah
sunyi. Suara raungan membawa kesedihan dan berwalang durja. Suara tangisan
alam.
Ketiga-tiga
orang di bawahnya turut terasa, lalu mereka terjelepuk berlutut. Air mata
mengalir, terutamanya Feiyan yang teresak-esak.
Suara
tangisan budak botak itu semakin meninggi. Kemudian... merengek, dan sunyi. Mahesa
Pamalayu mendongak melihatnya. Sorotan mata budak botak itu mengarah ke daratan
yang kontang dalam beberapa minit. Khali.
Kumpulan
haiwan singa itu beralih dan berundur perlahan-lahan. Dan budak botak itu turut
sirna. Yang tinggal hanyalah cenuram yang sunyi.
“Jadi
sekarang kau dah jelas. Kita dalam sengsara,” satu suara menerpa deria telinga
mereka. Kirin muncul semula.
Aras
air kolam menurun. Lekas-lekas ketiga-tiga mereka turun dan menceduk air untuk
membasuh buka dan minum. Tapi aras air surut dengan pantas, diserap pepasir.
Aras
air di buku lali menjadi kering. Kontang! Kering sepenuhnya!
“Pergi
kembali ke perbatasan dua wilayah itu. Lalui hutan hitam itu, dan di hujungnya
kau akan temui apa yang dicari,” pemuda wali Allah berkata.
“Seluruh
planet begini kontang?” Mahesa Pamalayu bertanya.
“Apa
yang kau jangkakan?” Soal Kirin pula.
“Kau
orang ada kapsul energi itu. Gunakan secara saksama,” kata pemuda Wali Allah.
Mahesa
Pamalayu mengangguk dan berkata, “Dengan izin-Nya.”
Kirin,
Feiyan dan Erkin kehairanan melihat pelakuan lelaki dewasa itu.
“Kau
bercakap dengan siapa?” Tanya Kirin.
“Dengan
seorang hamba Allah yang mulia. Seorang manusia hebat.”
“Aku
tak nampak pun.”
“Ada
hikmah Allah yang kau tak fahami.”
Kirin
terdiam. Walaupun kurang memahami, tapi dia tak mahu bertanya lanjut. Apa yang
penting ialah survival kehidupan ini. Dia yang bersayap pun tiada kekuatan
selain yang sedia ada.
** Hakcipta Terpelihara 2016 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
0 comments:
Post a Comment