Mar 4, 2017

Hijab Kembara (4) - Bukan Berhijab


Syeikh Aq Syamsuddin bukan sekadar menjadi guru pakar dalam pengajian al-Quran, sunnah Nabi Muhammad dan fikah Islam sahaja, bahkan beliau adalah ulama bahasa yang bertanggungjawab mengajar Sultan Muhammad bahasa Arab, bahasa Parsi dan bahasa Turki semasa beliau berada di Manisa.

Beliau seorang ulama yang nasabnya bersambung kepada Khalifah Abu Bakar as-Siddiq dan pengetahuan anugerah dari Allah tidak terbatas dalam dimensi duniawi satu lapis sahaja. Wawasannya luas, seorang yang menghafal al-Quran pada usia tujuh tahun.

Syeikh Aq Syamsuddin juga pakar dalam ilmu matematik, ilmu falak dan  ilmu sejarah. Beliau menunjuk ajar Sultan Muhammad dengan tekun dalam membuka minda baharu dan strategis Al-Fateh dalam misinya menawan Konstantinopel.


** Hakcipta Terpelihara 2017 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments: