Perjalanan kedua ke arah Timur....
“Zamri, diskusi kita ini kelihatan seolah-olah di permukaan sahaja. Aku sudahcuba menelaah buku-buku rujukan, tetapi aku bagaikan tidak jumpa lagi kesimpulan yang harus ditaakul,” soal Zainal menampakkan kerut di dahi.
“Ya, aku tahu, Zainal. Tetapi kita memerlukan permulaan dalam pemahaman kata-kata Allah dalam surah al-Kahfi ini terlebih dahulu. Selain dari itu, kita mesti merujuk tafsir-tafsir ulamak berkenaan sosok ini. Memang sedikit pening dan akan menjadi berjela-dela jadinya apabila kita mendalaminya. Tidak mengapa. Kita diskusikan perlahan-lahan. InsyaAllah, kita akan bakal menemui apa yang dicari,” jawab Zamri yakin.
“Setelah berada beberapa lama di bahagian barat, Zulqarnain meneruskan perjalanannya ke arah timur. Allah memudahkan gerakan beliau dengan kata-kataNya:
“Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.” (Surah al-Kahfi ayat 89-91)
“Kata-kata Allah “daerah matahari terbit” merujuk kepada fonomena terbitnya matahari dari ufuk timur. Kawasan tersebut bukanlah di persisiran pantai seperti mana di perjalanan yang pertama,” lanjut Zamri meneruskan penjelasan yang difahaminya.
“Menurut hemat aku, ‘Suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya’ merupakan suasana satu kumpulan manusia yang mendiami kawasan di mana matahari terbit. Untuk memahami ayat ini, terdapat dua penafsiran dari ulamak Islam. Pendapat pertama mengatakan penduduk di situ tidak berpakaian ataupun bertelanjang bulat. Ini membawa maksud bahawa kaum manusia di situ masih lagi tidak bertamadun. Manakala pendapat yang kedua pula mengatakan kawasan kependudukan komuniti itu terdiri daripadapadang pasir yang tidak terlindung dari panas matahari. Struktur buminya berbanjaran dan gurun terbuka tanpa ada sebarang pokok,” Zainal menyambung.
“Kitacuba ringkaskan dahulu perjalanan Zulqarnain yang ketiga,” Zamri memberi cadangan.
Zamri menyambung, “Kemudian kita kupas satu demi satu secara terperinci. Sekiranya perlu, kita buat temu-janji dengan Dr. Mohamed. Pasti beliau boleh membuat sedikit pencerahan dalam hal yang kita diskusikan ini.”
Perjalanan ketiga....
“Pengembaraan yang dipandu Ilahi itu seterusnya menuju ke timur lagi sehingga tiba di suatu kawasan atau daerah di antara dua bukit. Aku bacakan terjemahan kata-kata Allah tersebut.”
“Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
“Dia menjawab: “(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulqarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. (Surah al-Kahfi ayat 83 – 98)
---- Akan bersambung.
Sebelumnya: Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (1)
Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (2)
Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (3)
Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (4)
Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (5)
** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
“Zamri, diskusi kita ini kelihatan seolah-olah di permukaan sahaja. Aku sudah
“Ya, aku tahu, Zainal. Tetapi kita memerlukan permulaan dalam pemahaman kata-kata Allah dalam surah al-Kahfi ini terlebih dahulu. Selain dari itu, kita mesti merujuk tafsir-tafsir ulamak berkenaan sosok ini. Memang sedikit pening dan akan menjadi berjela-dela jadinya apabila kita mendalaminya. Tidak mengapa. Kita diskusikan perlahan-lahan. InsyaAllah, kita akan bakal menemui apa yang dicari,” jawab Zamri yakin.
“Setelah berada beberapa lama di bahagian barat, Zulqarnain meneruskan perjalanannya ke arah timur. Allah memudahkan gerakan beliau dengan kata-kataNya:
“Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya. Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.” (Surah al-Kahfi ayat 89-91)
“Kata-kata Allah “daerah matahari terbit” merujuk kepada fonomena terbitnya matahari dari ufuk timur. Kawasan tersebut bukanlah di persisiran pantai seperti mana di perjalanan yang pertama,” lanjut Zamri meneruskan penjelasan yang difahaminya.
“Menurut hemat aku, ‘Suatu kaum yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya’ merupakan suasana satu kumpulan manusia yang mendiami kawasan di mana matahari terbit. Untuk memahami ayat ini, terdapat dua penafsiran dari ulamak Islam. Pendapat pertama mengatakan penduduk di situ tidak berpakaian ataupun bertelanjang bulat. Ini membawa maksud bahawa kaum manusia di situ masih lagi tidak bertamadun. Manakala pendapat yang kedua pula mengatakan kawasan kependudukan komuniti itu terdiri daripada
“Kita
Zamri menyambung, “Kemudian kita kupas satu demi satu secara terperinci. Sekiranya perlu, kita buat temu-janji dengan Dr. Mohamed. Pasti beliau boleh membuat sedikit pencerahan dalam hal yang kita diskusikan ini.”
Perjalanan ketiga....
“Pengembaraan yang dipandu Ilahi itu seterusnya menuju ke timur lagi sehingga tiba di suatu kawasan atau daerah di antara dua bukit. Aku bacakan terjemahan kata-kata Allah tersebut.”
“Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain. Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan. Mereka berkata: “Wahai Zulqarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?”
“Dia menjawab: “(Kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh. Bawalah kepadaku ketul-ketul besi”; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: “Tiuplah dengan alat-alat kamu” sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: “Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya”. Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya. (Setelah itu) berkatalah Zulqarnain: “Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar”. (Surah al-Kahfi ayat 83 – 98)
---- Akan bersambung.
Sebelumnya: Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (1)
Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (2)
Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (3)
Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (4)
Hijab Raja Zulqarnain – Sebuah Novel (5)
** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
0 comments:
Post a Comment