Kitab
suci al-Quran dalam surah al-Baqarah, al-Hijr, al-A’raf dan al-Isra’
menceritakan bahawa Allah berkata kepada para malaikat, “Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”
Para
malaikat bertanya, “Adakah Engkau, Ya Tuhan kami, hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”
Allah
menegaskan, “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang tidak kamu ketahui.”
Allah
berkata seterusnya, “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia daripada tanah
liat yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan
baunya. Apabila Aku sempurnakan kejadiannya serta Aku tiupkan
padanya roh daripada-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”
Setelah
selesai kejadian Adam, maka sujudlah sekalian malaikat, kecuali satu. Azazil
enggan mematuhi perintah Allah Azza Wajalla itu.
Allah
berfirman, “Apakah penghalangnya yang menyekat kamu daripada sujud ketika Aku
perintahkan kamu?”
Si
laknat itu menjawab, “Aku lebih baik daripada Adam. Engkau, wahai Tuhanku,
jadikan aku daripada api sedangkan dia, Engkau jadikan daripada tanah. Aku
tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia daripada tanah liat
yang kering, yang berasal daripada tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
Allah
murka. Justeru, Dia mengkafirkannya dengan bertegas, “Turunlah engkau dari syurga
ini kerana tidak patut engkau berlaku sombong di dalamnya. Oleh sebab itu,
keluarlah! Sesungguhnya engkau daripada golongan yang hina!”
Maka
jadilah dia Sang Iblis yang berbuat jahat dan ingkar akan perintah Penciptanya
yang Maha Perkasa lagi Maha Gagah.
***
Di dasar samudera yang
sangat gelap
Dia bermenung, mengimbas kembali saat-saat itu. Wajahnya
terlihat tegang, kadangkala tersenyum sinis. Azazil nama asalnya.
Pada suatu waktu – tatkala alam buana dihuni oleh banyak
kaum jin - dia diangkat menjadi maharaja bagi semua kaum jin itu. Dia adalah
sejenis makhluk jin yang sangat taat kepada Allah Taala dan diberi kepandaian
yang terlalu banyak, sejak diambil oleh malaikat di suatu peperangan.
Semakin lama hidup dan menghuni alam langit, dia menjadi sangat bijaksana, pandai mengatur
strategi, bijak mentadbir, tahu semua kelemahan jin lain, memiliki sakti yang
tinggi, pandai mencipta magis, banyak idea dan menjadi pujaan golongan jin
mukmin dan jin kafir.
Pernah mengetuai bala tentera perang bersama-sama
malaikat untuk menghapuskan satu golongan jin yang membuat kerosakan di alam
raya dengan perintah Allah. Dalam ketaatan kepada Penciptanya, tiada permukaan walau satu inci pun di Bumi
dan di Syurga yang didiaminya tidak disentuh oleh dahinya kerana sujud ke
hadrat Allah.
Tetapi rupa-rupanya terselit perasaan megah dan riak
dihatinya akan banyaknya ibadah ini. Selepas itu timbullah perasaan ego
dihatinya kerana telah mengetahui tiada satu pun makhluk Allah yang boleh
mengalahkannya, termasuk malaikat.
Allah Maha Mengetahui apa yang telah dia sembunyikan
dihatinya itu. Justeru kemudian Azazil diuji oleh Allah tahap imannya. Maka
terbukti yang Azazil tidak pernah
ikhlas dalam beribadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan dicop derhaka
akan perintah Allah, maka dihukum murtad dan kafir oleh Allah.
“Aku sangat benci manusia Adam itu!” Jerit batinnya.
Kemudian pada suatu ketika dia menghadap Allah Taala. Dia
memohon untuk dipanjangkan umurnya agar dapat menyesatkan seluruh musuh
utamanya iaitu manusia anak cucu Adam. Dia telah mendapat perkenan Allah dengan
diberi panjang umur sehingga ke hari kiamat.
** Hakcipta Terpelihara 2015 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
0 comments:
Post a Comment