Sudah lima hari Khairul dan Amin tidak ke tepian kolam itu. Bunga Teratai Besar dan Teratai Kecil saling berpandangan kerana kelibat sahabat karib itu tidak kelihatan.
“Hai bunga Teratai Besar, kenapa Khairul dan Amin tiada hari ini?” soal Teratai Kecil kerinduan.
“Entahlah, sahabat tersayang. Agaknya mereka berdua sibuk dengan pelajaran. Bukankah mereka akan menghadapi peperikasan SPM tahun ini? Biarkan mereka dahulu. Elok juga mereka ulangkaji subjek-subjek penting supaya nanti tidak gagal,” Teratai Besar tersenyum melihat kegundahan di wajah Teratai Kecil.
“Kita bernasib baik kerana kita tidak perlu lulus sebarang peperiksaan untuk meneruskan kehidupan kita. Hidup kita hanya di kolam sepi ini, berada di atas permukaan air. Sungguh kita diciptakan Tuhan sebegini rupa,” Teratai Besar meneruskan kata-kata sambil tertawa kecil keriangan dan bersyukur.
Tiba-tiba mereka ternampak kelibat si pengail yang pernah datang pada minggu yang terdahulu. Dia mencampakkan tali kail ke dalam kolam tersebut, sambil melihat dua kuntum bunga teratai yang berkembang mekar, indah di tengah kolam.
“Hai teratai! Ada lagi kamu di situ. Dapat juga aku memandangmu sepanjang aku berada di sini. Apa khabar kamu berdua? Rupamu yang mempersona itu dapat menghilangkan resah dan kebosanan hatiku ini.” Pemancing itu menghadiahkan sekuntum senyuman kepada dua kuntum teratai idaman sebaik habis kata-katanya.
“Hei, si kecil! Apa maksud kata-kata orang itu? Mengapa hatinya resah dan bosan?” soal Teratai Kecil apabila mendengar kata-kata si pemancing tersebut.
“Begitulah kehidupan manusia, Teratai Kecil. Itu lumrah dunia. Perasaan resah gelisah, bimbang, bosan dan terjadinya perselisihan sesama mereka. Manusia menjalani kehidupan dengan pahala dan dosanya. Sekiranya mereka pandai membawa diri, baiklah kehidupan mereka. Namun jika sebaliknya, maka mereka akan hanyut mengikut arus yang bakal memusnahkan kehidupan mereka di dunia dan di akhirat,” jelas Teratai Besar yang mempunyai banyak pengalaman hidup.
Teratai Kecil tekun mendengarnya. Teratai Besar meneruskan kata-katanya, “Kehidupan di dunia ada sempadan tersendiri. Setiap onar kejahatan bakal mengundang murka Tuhan.”
-------------------------------------------------------------------
“Alahai, jemu pula rasanya memancing di kolam ini. Sedari tadi pancing aku tidak dimakan ikan. Umpan yang aku gunakan tidak disambar seekor ikan pun,” keluh si pemancing kebosanan.
“Agaknya di kolam ini tiada ikan. Tempatnya cantik, tetapi tiada ikankah? Mustahil tidak terdapat ikan yang menjadi penghuni di dalam air yang jerneh dan tenang ini. Bunga teratai banyak pula,” tambah si pemancing dengan raut muka kecewa. Berkerut dahinya memikirkan akan fenomena pancingnya tidak dimakan ikan. Sudah dia kali dia ke sini.
“Wahai teratai yang cantik jelita, di dalam kolam ini tiada ikankah? Agaknya di sini tempat kamu mandi dan bercanda. Sebab itu tiada ikan,” tanya si pemancing memandang tajam ke arah dua kuntum teratai yang tercatuk diam. Namun kelopaknya sedikit beralun-alun dibuai angin semilir yang bertiup dari arah hutan berdekatan. Kesejukan menyelubungi suasana. Nyaman. Tetapi hati dan sanubari si pemacing itu kurang nyaman. Wajahnya kelihatan terus diamuk resah.
Kedua-dua bunga teratai ketawa perlahan-lahan. “Manalah sang ikan mahu makan umpan pancing kamu. Air di sini jerneh. Justeru itu bayang-bayang kamu ternampak oleh sang ikan. Dia orang ketakutan, seolah-olah ternampak gergasi,” kata Teratai Besar sambil tertawa.
“Ikan di sini tidak makan umpan cacing. Dia orang memilih umpan,” tambah si Teratai Kecil dengan nada bergurau sambil matanya memandang si pemancing. “Pergilah kamu ke tempat lain. Mungkin ada rezeki kamu nanti.”
Tidak lama kemudian, si pemancing pun bangun dan berlalu dari situ, seolah-olah mendengar perbualan dua kuntum teratai tadi.
-- Akan bersambung.
Sebelumnya: Semurni Suara Alam (1)
Semurni Suara Alam (2)
*** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.

0 comments:
Post a Comment