Sekarang, Masjid Nurul Hidayah, Kg.
Pandan Dalam, Selangor
Ustaz
Zulqarnain bin Awang menjawab satu soalan dari seorang wanita berkenaan peranan
Sultan Murad I dalam misi jihadnya.
“Sejak
ibu kota Khalifah Uthmaniah dipindahkan ke Adrianopel yang kemudiannya diberi
nama Edirne, gerakan jihad semakin giat ke benua Eropah. Dengan tertubuhnya
pasukan elit tentera Islam Yeniseri yang dibentuk dari kalangan anak-anak ibu
bapa Kristian yang gelandangan, Sultan Murad I menerapkan semangat cintakan
Allah dan mati syahid. Pasukan ini bukan sahaja kuat dan ampuh, malah yang
lebih utama ialah mereka memahami Islam dan sangat cintakan Allah. ............
@@@@@@@@@@
Perang
Maritsa, 1371 Masihi
Sultan Murad I bertekad meneruskan agenda jihad yang dirintis oleh leluhurnya sebelum ini ke atas wilayah-wilayah Eropah. Tidak berapa lama kemudian, beliau berjaya menawan Macedonia, dan seterusnya kemenangan demi kemenangan membuatkan pimpinan gereja Kristian Barat gusar.
Sultan Murad I bertekad meneruskan agenda jihad yang dirintis oleh leluhurnya sebelum ini ke atas wilayah-wilayah Eropah. Tidak berapa lama kemudian, beliau berjaya menawan Macedonia, dan seterusnya kemenangan demi kemenangan membuatkan pimpinan gereja Kristian Barat gusar.
Pope Urban V di Rom berucap di
gereja utama, “Nampaknya ancaman oleh Sultan Uthmaniah semakin mengugat
survival agama kita. Justeru saya akan menyeru sebuah pakatan bagi berperang
dengan tentera Islam. Saya akan pastikan tentera Serbia, Bulgaria, Hungari,
penduduk Wallachia dan sekutu Balkan lain menganggotai Tentera Salib bagi
menghancurkan kemaraan agama Islam ke Eropah ini.”
Tidak berapa lama kemudian,
sebuah angkatan besar dibentuk dari ucapan berapi-api Pope Urban V itu. Pasukan
Tentera Salib berjumlah 60 ribu kekuatan mula bergerak menuju Adrianople. Pada
masa itu Sultan Murad I sedang memerangi tentera upahan Catalan dalam tentera
Byzantine di Biga, sebuah bandar pelabuhan di pantai selatan bahagian Asia,
Dardanella.
Sebaik menerima maklumat risikan,
Panglima Lala Sahin Pasha yang berada di Adrianopel sebagai panglima
Semenanjung Balkan memohon bantuan tentera dari Sultan yang berada di wilayah
Asia Kecil.
Usai menghantar utusan menemui
Sultan Murad I, Panglima Lala Sahin Pasha merancang strategi sebelum tentera
bantuan tiba. Dia berkata, “Saya melantik Tuan Haji Ilbey sebagai komander
pasukan pemantau. Selain memantau dengan ketat pergerakan musuh, pasukan tuan
juga bertanggungjawab bagi melambatkan ketibaan mereka ke Adrianopel.”
Tuan Haji Ilbey mengangguk dan
berkata, “Insya-Allah, saya akan mengetuai pasukan yang akan dibentuk dengan
kadar segera.”
“Hari ini juga, Tuan Haji.”
“Faham, Tuan Panglima. Doakan saya.”
.......
Sebelumnya: Perang Konstantinopel: Pendahuluan
Perang Konstantinopel (1)
Perang Konstantinopel (2)
Perang Konstantinopel (3)
Perang Konstantinopel (4)
Perang Konstantinopel (5)
Perang Konstantinopel (6)
Perang Konstantinopel (7)
Perang Konstantinopel (8)
Perang Konstantinopel (9)
Perang Konstantinopel (10)
Perang Konstantinopel (11)
Perang Konstantinopel (12)
Sebelumnya: Perang Konstantinopel: Pendahuluan
Perang Konstantinopel (1)
Perang Konstantinopel (2)
Perang Konstantinopel (3)
Perang Konstantinopel (4)
Perang Konstantinopel (5)
Perang Konstantinopel (6)
Perang Konstantinopel (7)
Perang Konstantinopel (8)
Perang Konstantinopel (9)
Perang Konstantinopel (10)
Perang Konstantinopel (11)
Perang Konstantinopel (12)
** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
0 comments:
Post a Comment