Pada 12 September 1396, Tentera
Salib dapat melihat benteng Nicopolis yang berada di atas tebing curam batu
kapur. Nicopolis yang terletak dalam kedudukan pertahanan semula jadi, adalah
kubu kuat utama mengawal Danube dan laluan komunikasi ke kawasan pedalaman.
Satu jalan kecil tersedia di antara jurang dan sungai.
Manakala kubu ini ialah sebuah
bandar berdinding dua, yang lebih besar terletak di atas tebing tinggi dan yang
kecil di bawahnya. Lebih jauh ke pedalaman dari benteng kubu, tebing bukit
miring curam ke dataran. Memang sebuah kubu perlindungan yang kukuh dan banyak
bekalan.
Gabenor Nicopolis, Dogan Bey,
melihat angkatan Tentera Salib dengan panji-panji salib berwarna hijau, merah,
putih dan simbol salib saltire berbentuk pepenjuru. Dia berkata kepada beberapa
orang pegawainya, “Saya yakin, dengan izin Allah, yang Sultan Beyazid akan tiba
bagi membantu melindungi kota ini. Dalam pada itu kita siap siaga dengan segala
kelengkapan perang yang ada.”
Di kem Tentera Salib segala
persiapan disegerakan walaupun mereka tidak membawa mesin pengepungan khusus.
Justeru itu di lokasi kem perkhemahan, mereka menyediakan banyak tangga bagi memudahkan
pendakian ke benteng kubu. Senjata menjanik juga banyak dibawa bagi tujuan
menghentam benteng-benteng kubu dengan batu-batu besar.
Seorang ketua platun tentera laut
menyatakan pandangannya, “Aku yakin sekatan ini akan menyebabkan penduduk kota
kelaparan. Mereka tidak akan dapat keluar melalui jalan darat dan air, justeru
makanan dan bekalan senjata tidak dapat masuk tanpa diketahui oleh tentera
kita.”
Rakannya mengulas setelah melihat
segala persediaan angkatan Tentera Salib. “Aku juga yakin kepungan kubu ini
akan berjalan lancar tanpa tentangan hebat dari tentera Islam. Ini hanya
permulaan kepada tujuan utama kita, yakni membebaskan Konstantinopel dari
kepungan Uthmaniah. Bagaimana pandangan kamu berkenaan bantuan tentera dari
Sultan Uthmaniah itu?”
“Aku tidak takut justeru mereka
tidak akan begitu cepat tiba ke sini.”
Nicopolis sudah dikepung selama
dua minggu tanpa serangan. Kebosanan mula mengitari di segenap kem Tentera
Salib. Bagi menghilangkan kebosanan itu, mereka berpesta, minum arak, bermain
dan sekali sekala melakukan aksi provokasi menghina kehebatan pertahanan
tentera Islam. Oleh kerana sibuk dengan pesta, mereka terlupa satu taktikal
penting; pasukan sentri tidak disediakan.
Dalam tempoh ini, tentera di
bawah pimpinan Sultan Beyazid I sudah melepasi Adrianopel dan kini meneruskan
pergerakan melalui laluan Shipka di tengah Bulgaria menuju utara ke Tirnovo.
Raja Sigismund mengambil langkah
bersendirian di ketika banyak kontijen Tentera Salib lain bersuka ria dengan
menghantar 500 orang pasukan berkuda meninjau sekitar Tirnovo, 70 batu ke
selatan.
Tidak berapa lama kemudian,
pasukan peninjau Salib itu kembali. Komander pasukan memberi laporan, “Tuanku!
Bala tentera musuh pimpinan Sultan Beyazid sedang berada di Tirnovo.”
Sebelumnya: Perang Konstantinopel: Pendahuluan
Perang Konstantinopel (1)
Perang Konstantinopel (2)
Perang Konstantinopel (3)
Perang Konstantinopel (4)
Perang Konstantinopel (5)
Perang Konstantinopel (6)
Perang Konstantinopel (7)
Perang Konstantinopel (8)
Perang Konstantinopel (9)
Perang Konstantinopel (10)
Perang Konstantinopel (11)
Perang Konstantinopel (12)
Perang Konstantinopel (1)
Perang Konstantinopel (2)
Perang Konstantinopel (3)
Perang Konstantinopel (4)
Perang Konstantinopel (5)
Perang Konstantinopel (6)
Perang Konstantinopel (7)
Perang Konstantinopel (8)
Perang Konstantinopel (9)
Perang Konstantinopel (10)
Perang Konstantinopel (11)
Perang Konstantinopel (12)
** Hakcipta Terpelihara 2011 Web Sutera. Plagiat adalah haram hukumnya dalam agama Islam.
2 comments:
Terbaik!!
Konstantinopel: Menjulang Panji Jihad mesti best. Tertawan dengan sejarah Istanbul.. :-)
Post a Comment